Cari Entri Dulu

19 Julai 2011

Mungkin Awak Sudah Lupa Awak Ada Aurat yang Perlu Ditutup dan Dijaga

Penggunaan awak itu sekadar untuk nampak lebih mesra, aku masih menggunakan kata nama 'aku' dalam entri ini.


Tak kira lah lelaki atau perempuan, masing-masing ada aurat yang perlu dijaga. Mana boleh main suka tayang sahaja kepada yang bukan mahram. 

Semua yang bergelar seorang Muslim wajib tahu bahawa Allah telah perintahkan kita untuk menutup aurat. Tapi kebanyakan Muslim masa kini hanya Muslim di kad pengenalan sahaja. Sedih.

Aku belajar dari masa lalu. Dahulu aku fikir tidak mengapa kalau tayang kaki, tapi aku sedar kaki juga sebahagian aurat yang perlu aku jaga. Kini, aku amalkan memakai stokin bila aku keluar dari rumah. Aku harap aku istiqamah.

Teguran buat para pemain bola sepak, tak kira lah anda bermain untuk suka suka atau untuk negara, tolong lah pakai pakaian yang boleh menutup aurat anda. Selalu sahaja aku ternampak lutut jejaka jejaka itu. Selalu sahaja aku ternampak peha jejaka itu bila dia terjatuh di atas padang. Serius awak tak tahu awak sedang mendedahkan aurat dan sedang ingkar perintah Allah?? Aku kata selalu kerana aku suka menonton perlawanan bola sepak. Aku menonton bukan untuk melihat aurat awak semua.

Aurat seorang lelaki hanya setakat dari pusat hingga ke lutut sahaja, takkan itu pun tak mampu nak jaga?

Tak susah untuk berubah. Yang penting usaha dan istiqamah.

Siang tadi aku pergi melihat page Ombak Rindu di facebook. Astaghfirullah. Ke mana agaknya hilang rasa takut kepada Allah ya sampai mereka mampu berpakaian terdedah dan mengghairahkan serta melakukan photoshoot? Mana pergi rasa malu. Kalau bukan Islam itu tidak mengapalah. Tetapi awak terang-terang seorang Muslim. Berpakaian sebegitu dan berada dalam jarak yang amat rapat dengan seorang lelaki yang sudah pun  bergelar suami orang? Mana pergi rasa malu itu?

Awak bukan hidup di negara yang diharamkan memakai hijab, awak hidup yang di negara yang bebas mengamalkan agama masing-masing. Tapi kenapa tak terdetik rasa bersyukur dengan pemberian Tuhan, malah awak ingkar perintah Nya?

Kalau awak rasa awak berhak buat apa sahaja atas dunia ini, awak kena ingat kembali bahawa Allah berhak keatas hambaNya. Kalau awak kata awak tak sedia untuk berubah, awak perlu paksa diri untuk berubah kerana apa wajib, tetap wajib dibuat walau awak tak bersedia macam mana pun. 

Tak perlu lah aku sebut nama nama yang berkaitan, kerana secara umumnya ia sekadar buat peringatan kepada kita semua, kepada aku juga.

Aku jenis yang tak kuat untuk bersuara menggunakan kotak suara, jadi aku suarakan disini. Harap ada yang dengar suara aku disini. 

Jangan kata aku seorang yang bajet hebat kerana menulis ini semua, kerana setiap kali aku menulis,aku mengingatkan diri aku sendiri. 


p/s: Jangan terlalu taksub menjadi leader sampai kebebasan orang lain awak nak sekat. Mentang mentang awak otai dalam dunia blog, awak ingat awak boleh nak senang2 mengarah blogger lain buat itu atau jangan buat ini. Lain lah blogger itu buat perkara yang ternyata salah. Itu boleh lagi diterima kalau awak suruh dia berhenti buat begitu. Please consider other's feeling first. Jangan main langgar ja. Who are you to rule them? Kalau bagi nasihat itu, ayat bagi cantek sedikit. Jangan tahu nak mengarah sahaja. 


8 reaksi homosapien:

Nailah Azman berkata... [Reply]

Assalamualaikum.

Akak suka entri niiiiiiiii to the max!!!
Manusia memang kadangkala alpa.
Disangka yang dia sudah habis menutup aurat sedangkan ada bahagian aurat lain yang dia lupa tutup. ;)

Meck berkata... [Reply]

dah lama aku bloigwalking..susah nak jumpa blog ni. syabas!

N berkata... [Reply]

Tertarik dengan entry ni. kadang org main sound depan2 buat kita rasa down then nak naik angin.elok la nasihat dengan cara berhikmah.itu lebih baik ;))

hamzah ian berkata... [Reply]

aku suka entry ni..

Farhani Mazlan berkata... [Reply]

suka sgt entry ni.. :)

izwanyusof berkata... [Reply]

bila konsep "takpe" menjadi tradisi..

LynnAiza berkata... [Reply]

like like like! ;)
setuju dengan komen kakneklah..

gadisBunga™ berkata... [Reply]

salam. suka entri ni.

halus. berhemah. dah mudah-mudahan berkesan.

Catat Ulasan

komen lah dengan ikhlas ya. Aku terima sahaja manis atau tajam.