Tajuk diatas bukan kata-kata aku. Kecuali ayat terakhir. Keberkatan bukan sahaja datang dari solat. Awak lupa tuh.Lagi satu, sesungguhnya Allah dah memberi kelonggaran (rukhsah) kepada musafir seperti mereka. Diorang boleh ja Jamak kan Maghrib dengan Isyak right? Sudah sepak mula ditetapkan pada pukul 7.30pm. Bukan mereka sengaja tidak mahu solat.
Perlawanan bola sepak diantara Singa dan Harimau Malaya sebentar tadi agak menarik sebab banyak gol. Tapi tak menarik lah buat negara kita kan? Apa-apa pun alhamdulillah. Sekurang kurangnya aggregate kita tak jauh tapi bahaya 2-0.
Sudah lah dengan mukadimah.
Tadi, sambil tengok game, sambil tuh aku lepak kat timeline (Twitter). Semasa separuh masa pertama, Harimau kita kena hentam teruk. Cian dia. Jadi, mulalah pelbagai tohmahan keluar di twitter. Ada yang baik ada yang keji.
Agaknya, kalau kita rembat banyak gol tadi, tohmahan itu akan jarang keluar di timeline. Percayalah.
Sekali lagi entry ini berkenaan dengan aurat, juga tak lupa tentang kebersihan.
Kalau awak kata, mereka kalah kerana tidak solat, awak terlupa ada beberapa perkara lagi. Mereka juga tidak menutup aurat. Masih dengan seluar atas lutut mereka. Bagaimana dengan itu pula? Awak marah orang ini sepak melayang, awak marah orang itu tak pandai tangkap bola, tetapi kenapa awak senyap tentang aurat yang dipamerkan sepanjang 90 minit itu?
Kenapa tiada yang lantang bersuara tentang itu di timeline walhal ianya sudah berlarutan entah dari tahun bila.
Tidak lupa juga dengan rambut seseorang yang telah mengalami evolusi warna itu. Aku tak tahu lah kan. Mungkin dia tak sihat ke apa ke aku tak tahu lah kan. Tapi apa yang aku tahu rambut sebelum evolusi adalah berwarna hitam. Dia mengubah ciptaan Allah. Dia buat Allah murka jika benar dia ubah secara sengaja. Lelaki belum berkahwin pun ada yang kena mandi wajib (jangan tipu), jadi sah ke mandi wajib dia? Bersih kah dia? Hanya Allah yang tahu.
Aku tak kata tohmahan tidak solat punca pasukan negara kita kalah sebentar tadi, aku cuma tak pasti kerana Allah saja yang mengetahui akan berkat atau tidak perlawanan sebentar tadi.
Dalam entry ini jugak aku hanya ingin menyuarakan benda lain yang orang kerap terlupa.
Kadang kadang pula, bila kita emosi, akal kita letak tepi, agama kita buat lupa. Cepat cepat lah tenangkan diri, kerana bila dalam keadaan tenang kita mampu membuat keputusan yang terbaik insyallah.
Sentiasa ingat, apa yang telah terjadi dalam hidup kita adalah yang terbaik buat kita. Allah Maha Mengetahui. Dan ingatlah, Allah boleh tarik nikmat kesenangan dunia dalam sekelip mata. Allah Maha Besar!
p/s: All the best #HarimauMalaya untuk perlawanan di Malaysia pula nanti. Jangan lupa perintah Allah. :)
p/s: Aku bersenang hati kalau ada yang komen, tapi minta tolong jangan tinggalkan apa-apa link didalam komen ada ya. Kerjasama amat dihargai. :)
24 Julai 2011
"Tidak Solat,Tiada Keberkatan,Sebab Itulah #HarimauMalaya Kalah" Awak Terlupa Sesuatu Sebenarnya
nukilan
Masturah Idrus
pada
12:39 PG
labelan
agama ku Islam,
Harimau Malaya,
kebersihan,
pendapat,
Sukan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
11 reaksi homosapien:
setuju..terharu baca entri ni.
tp aku nak bgtahu sikit.. rambut kalu kaler dgn pewarna permenant sah amik wuduk(or mandi wajib).. sbb dia menyerap air..sbb tulah berinai dibolehkan..jgn nak kata org yg kaler rambut tak solat sbb air wuduk dia tak sah..
@Tanpa Nama:
Sebab tu aku state kat situ Hanya Allah yang tahu. Aku tak bagitahu sah ke tidak.
assalamualaikum....cik kak oi...macam lah x leh jamak...jauh singapore tu dengan FAM....
@zan-get-sue[change_the_world]:
ni mesti tak baca entry ni.
faham je entry ni..mmg benar pon ape yang dikate2kan tu..pasal aurat tu...aku pon sokong jugak...tapi awak seharusnya menidakkan pasal tak solat tu, kite tak tau..so dah jadik fitnah aite...bukan setuju dan tambah point pula kan? aite...
@zan-get-sue[change_the_world]:
thanx for reminding
terima kasih kerana bersuara seperti apa yang aku ingin suara kan.
dan aku hanya mampu tersenyum melihat satu penyakit. bila seseorang post sesuatu buah akal yang melibatkan agama sikit, akan ada juga lah yang cuba mencari salah silap dengan mengambil perspektif spesifik.
ilmu tu kadang kadang boleh buat penyakit.
weh..lau nk tgk bola, leh wat jamak ke??
ku x phm ni..
@Cha sahaja:
salah satu syarat nak jamak yang aku tahu kalau kau musafir yang travel lebih 2 marhalah. boleh lah jamak.
Catat Ulasan
komen lah dengan ikhlas ya. Aku terima sahaja manis atau tajam.