Kelibat: rupa seseorang atau sesuatu yg kelihatan sepintas lalu sahaja, imbasan (Kamus Dewan Edisi Keempat)Kalau tak silap aku, pada bulan Mac aku mula rasa macam ni di UMP Kampus Pekan
| Blok A, Kolej Kediaman 5, UMP Kampus Pekan |
Bilik aku kat kampus bersebelahan dengan toilet, jadi aku memang tak kisah lah nak pergi toilet malam-malam buta atau pagi-pagi buta. Serius. Kalau aku dah berhajat nak buang, aku pergi jugak toilet walaupun ketika itu pukul 4 pagi.
Tapi aku tak nampak kelibat tu ketika aku membuang la, aku selalu nampak ketika aku cuci mug aku di sinki. Sinki berdekatan dengan pintu masuk/keluar bilik air tuh. Bila aku tengah syok main buih masa cuci cawan tuh, aku macam nampak ada yang lalu tepi aku. Mula-mula aku biar ja. Tapi bila dah habis cuci aku pikir balik, kenapa tak dengar bunyi tapak kasut/selipar pun? Aku panjang kan leher jenguk ke luar bilik air, eh takde orang pun.
Aku terus cakap, aku silap pandang kot. Dan melupakan.
Keadaan ini berterusan, kadang-kadang sekali toleh macam ada benda, bila toleh balik takde apa pun. Peristiwa ni bukan kat UMP ja, kat rumah pun jadi lagi.
Ada sekali tuh, bila aku pandang ke satu sudut aku nampak macam ada manusia bersaiz kecik, aku paling tempat lain dan aku paling semula ke sudut tu sebab kat rumah ni mana ada budak kecik kecuali teddy buncit tuh (haha). Macam biasa tiada apa di situ.
Paling latest semalam. Aku ada kat dapur, aku nampak macam adik aku menuju ke dapur dari ruang tamu. Aku berpaling ke tempat lain dan bercakap, bila aku pusing belakang aku tengah cakap sorang-sorang rupanya dan adik aku ada dalam bilik ketika itu. Terdiam aku semalam.
Mungkin ini mainan minda atau aku salah pandang. Tapi dah kerap sangat tersalah pandang ni.
Korang rasa aku ini bermasalah ke sebenarnya?
p/s: Lain kali nak buat pau lagi lah. Eksaited bila pau menjadi sebab ini kali pertama aku buat. (of course dengan bantuan mama)

