Bukan fesyen tudung sahaja.
Semua lah. MIX &MATCH macam mana pun mesti ada yang tak kena. Kadang-kadang rasa diri ini macam fashion victim pun ada. Kesian kan?
Bila aku tengok cara pemakaian orang lain, aku rasa cantik dan sesuai ja diorang pakai macam tu. Cuba aku pakai? JANGAN CUBA.
Aku buat entri ini sekadar nak menyedarkan diri aku sendiri ja. Kalau orang lain nak sedar jugak, you are welcomed bebeh!
Im lost in myself.
Dah bermacam cara pemakaian aku cuba. Semua aku rasa tak sesuai. Yang aku selesa pakai tshirt lengan panjang and jeans/slack. Tudung yang aku selesa adalah tudung sarung. Tapi, aku suka buat diri aku tak selesa.
Ikut trend badan binasa. (Ayat untuk aku, jangan butthurt ok)
Bila tengok gadis itu pakai macam itu aku nak try, bila tengok dia buat macam tu aku nak try, tapi aku terlupa yang aku sebenarnya sedang menyusahkan diri sendiri hanya kerana mengikut trend.
Ya, tak salah nak nampak cantik, tapi kalau sampai dah nampak macam 'pathetic', better balik ke diri yang asal. Pakai ikut selesa, bukan ikut nafsu tengok orang lain.
Buat masa ini aku tak banyak tudung sarung yang ikut spesifikasi yang dibenarkan, tudung bawal pun banyak yang jarang, jadi aku akan teruskan lah pakai pashmina mengikut keselesaan dan spesifikasi yang telah ditetapkan dalam Islam.
Pashmina tuh besar, tapi kalau masih tak dapat cover tang depan tuh aku tak tau lah.
Apa yang penting sekarang adalah pakai mengikut apa yang telah Allah tetapkan, keselesaan dan kemampuan.
Orang yang berfesyen tip top ini selalunya ada sumber kewangan yang takkan putus lah dalam masa terdekat ni, mereka mampu memiliki item-item fesyen tersebut. Jadi bagi golongan yang macam aku yang sederhana gitu, kita utamakan lah duit itu untuk benda yang lebih bermakna (makan minum, menabung ke. Aku tak kata yang berfesyen tuh guna duit untuk benda yang tak bermakna.)
Boleh nak beli baju cantek-cantek mahal-mahal tapi jangan sampai tak makan. Lagi satu, bila membeli, ingat lah mereka yang sering meminta sedekah tapi kita buat tak layan tuh, orang yang tinggal kat rumah macam nak roboh tuh. Makan pakai mereka tak tentu, kita pulak asyik membeli kain baju walhal kat rumah almari tuh macam nak pecah dah penuh dengan baju. Duit kita selamba biar mengalir, di akhir nanti baju tuh jadi kain buruk semata-mata. Duit lebur macam tuh ja.
Lagi satu tolong fikir habis habis sebelum membeli. Aku ada sesal sedikit lah beli baju entah apa apa dulu. Sekarang rasa malu nak pakai baju saiz kecik even aku memang keding gini. Jadi baju-baju tuh aku longgok setempat. Tak ke kufur nikmat tuh. Astaghfirullah.. T__T
Marilah kita sentiasa berpesan-pesan sesama kita ya :)
Jadi diri sendiri - Be yourself
Macam over ja menaip malam ini. Jaga diri semua. Jangan lupa pada pencipta kita.
Assalamualaikum.
p/s: Ahad ini akan ke Bandar Baru Bangi dengan berbaju kurung. Senior kahwin. *jelez*
5 reaksi homosapien:
yep. sy suka. hehhe
mmg adalah nafsu nak pki tudung ikut trend skrg.
tp nak buat ape kan. takde guna je.
useless. nt fashiorn tu da luput. muncul pulak pesen br. hehhe. besederhana lagi baik. :)
cantik camane pon fesyen tu, takkan boleh lawan ayunya seorang perempuan yang berbaju kurung. serious! ;)
sy mls betul nk pakai fesyen2 nie...rasa cm xselesa ja...haha bkn apa, spesis xreti nk berfesyen :P
Berfesyen ni kena ikut kesesuaian kita.
Macam akak, sekarang ni akak dah cakap kat husband akak.
Akak taknak pakai seluar.
Nak lebih kepada skirt atau long dress je.
Tapiii ...
Akak suka je kalau keluar pakai baju kurung jugak! Hehehe.
After some trail and error, we will discover what we look good in rather than following fashion and others.
Catat Ulasan
komen lah dengan ikhlas ya. Aku terima sahaja manis atau tajam.