Cari Entri Dulu

12 Mei 2011

MELUAT DENGAN FENOMENA FESYEN BERTUDUNG?

Aku tahu sebabnya. Dan kerana itulah mereka yang tak bersalah turut sama merasa kesan itu. Aku lah tuh. #EhYeke.


Kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Walhal ada saja yang pakai elok dan rapi, tetapi terkena jua. 

Jadi aku nak cuba lah bagitahu perspektif aku berkenaan dengan fesyen yang kurang digemari oleh sesetengah pihak. 

Kreatif wanita zaman kini bergaya kan. Warna warni. Rambu ramba. Aksesori yang pelbagai. Pin yang cute. Cekak pun ada! Molek sungguh lah kalau combine semua. Tapi kita kena ingat bahawa Islam mengajar kita supaya bersederhana. 

Cuba lah kita semak diri kita balik. (bukan samak baby baby). Kita beli cermin bukan sekadar nak tengok ada cili ka sayur ka di celah gigi. Kita tengok cermin untuk pastikan tiada yang salah. Nak harap kawan tegur, payah sikit. Kalau anon tegur, butthurt pulak kan. Kalau bulih tengok lah cermin yang besaq, yang cover whole body. Baru nampak kalau kalau ada yang pelik dan tak berapa nak betul.

Sambung pasal cermin. 

Kalau dah habis mengaplikasi kan fesyen bertudung yang dipelajari itu, cuba tengok cermin balik. Apa betul fesyen yang korang gayakan? 

Tutup dada tak? Tutup rambut habis-habis tak? Tutup leher tak? Sanggul terover ke tak? Pendek kata
tutup aurat tak?

Ada pihak yang panas hati sebab ada diantara kita (gadis/wanita) ini pakai tudung tapi tak ikut syariat Islam. Nampak dada, tambahan pula baju tu saiz kanak-kanak, dasat tuh. Apa lah salahnya beli tudung/selendang besar sikit so dapat cover kawasan itu? 

Pelis, jangan lah duk ikat rambut itu tinggi-tinggi. Sila elakkan sanggul palsu juga ya. Bersyukur lah dengan apa yang ada. 

Gadis/wanita yang suka berfesyen mesti memiliki duit yang lebih banyak dari aku kan? (duit aku dalam wallet dan dalam bank tak banyak, siyes) Jadi apa salah nya beli kain tudung yang berkualiti dan tebal sikit. Kain jarang-jarang itu patut buat langsir ja.

Cuaca di Malaysia panas? Kalau panas dunia pun kita tak mampu nak tahan, macam mana kita nak menghadapi nasib kita di padang mahsyar nanti. Panas di sana lebih dahsyat. Rasa macam matahari itu sejengkal dari kepala kita. 

Hah lagi satu. cover cover lah leher tu ye. 

Apa lagi yang sebab yang buat orang meluat? Sebab pelik ka? Tak cukup kukuh. Tiada yang salah menjadi pelik selagi ia tak mengganggu hidup sesiapa atau menyalahi apa-apa.

Berlebihan? mungkin. 

Apa-apa pun, kalau kita ikut cara yang betul, hidup kita akan aman, jika tak aman juga, tandanya Allah nak uji. Kita hadapi lah ujian itu dengan redha. 

Anyway, saja nak tunjuk muka-muka yang aku admire. 

simple and nice


Of coz aku admire cara mereka bertudung. Dan sikap konsisten diorang. Tu aje.

p/s: Mungkin mereka tahu aku berkecil hati semalam. Tapi kini aku sudah kembali senyum. :) 

15 reaksi homosapien:

Unknown berkata... [Reply]

sangat2 lah bersetuju!!!
sebab, mereka2 ni bertudung, but pki leggings,
bertudung, tp pki pki baby t..
bertudung, tp pki ketat.. hehe

Nailah Azman berkata... [Reply]

Akak tak suka yang berhijab tapiiiiii ...
Haih lahhh ...
Ditegur salah, tak tegur lagiiiiiiiii salah!

Dah tegur sehabis baik pun dikata macam-macam.
Then how?

Haji Yusuf berkata... [Reply]

stuju ngan kamu..nyampah giler tgk yg pakai tudung tp mcm bogel..pastu kalo aku usha reti lak nak marah.

izuddinrahim berkata... [Reply]

sangat setuju. sekarang ni tudung menjadi fesyen, bukan menutup aurat. pelik bukan? sebab itulah timbul masalah bertudung tapi baju ketat, bertudung tapi terdedah sana sini. semoga Allah memberi hidayah kepada kaum kita. =)

Jom Masak Channel berkata... [Reply]

aku pon pakai tudung tak sesempurna mana. tapi aku pakai yg biasa2 jer. takdela cam pelik2 sangat macam fesyen skrg. huhuhu...kdg2 bila aku tengok diorang pakai pelik2, i was like, amenda diorang pakai ni. T__T

MR. SYAH berkata... [Reply]

nice entri.. ramai skang bertudung utk nmpk cantik dan ikut fesyen terkini bukannya utk menutup aurat...

hana berkata... [Reply]

erm..
sekarang bertudung dah jadi satu trend dan tuk tujuan fesyen semata2..
bukan nye nk cube menghayati pe yg Allah suruh tu..
sume smata2 trend bukan sebab Allah..

♥ Izni ♥ berkata... [Reply]

yes iz skong;. sbb skrg ni byk org pkai tudung skdr berfesyen.. bla kta tegur kta plak kena mrh.. -_-!!

Norizyana berkata... [Reply]

mangse fesyen kot...:)

Azza Azman berkata... [Reply]

hehe.. kalau yang melampau sangat tu risau jugak..

LanaBusyBee berkata... [Reply]

like komen norizyana tuh ^^...terbeli tudung yg pendek terus lana kasi pada org yg pakai mcm tu je huhuhu

nescafe_ais berkata... [Reply]

tudung untuk agama..pakai seksi untuk dunia...hehehehe

Negara Paling Banyak Membunuh

dy Rahman berkata... [Reply]

as salam.. salam ziarah..
tutup bukan balut kan?? hehe

www.dunialandax.com berkata... [Reply]

ya..sekarang ni,tengok tudung,dah macam Pelamin..Penuh Hiasan sana sini..manik sana sini..Heiishh

gilacool berkata... [Reply]

Setuju gila lah!! Benci dan sakit mata tgok perempuan macam tu

Catat Ulasan

komen lah dengan ikhlas ya. Aku terima sahaja manis atau tajam.