Cari Entri Dulu

19 September 2011

Pelajar Tahun 3

Bukan darjah 3 lah. Tahulah muka aku macam baby baby lagi. kikiki. *kidding*


Dalam tempoh 4 bulan aku duduk rumah, macam-macam yang berlaku. Bila fikir balik, rasa macam tak nak balik UMP (Universiti Malaysia Pahang, kampus Pekan).  Rasa macam nak jaga rumah, nak uruskan rumah. Tapi aku sedar yang aku mempunyai tanggungjawab lain sebagai seorang anak, sebagai seorang umat Islam dan juga sebagai seorang pelajar.

Kalau aku ikutkan emosi, memang aku dah lama berhenti belajar. Tapi kalau ikut hati, mati. Ikut rasa, binasa.

Jadi aku buka minda dan lapang kan jiwa, aku tahu segala dugaan yang datang menimpa bukan datang tanpa hikmah. Segala yang jadi,ada hikmahnya. Janganlah tak percaya dengan pernyataan tersebut.

Bila kita rasa kita susah, ada yang lebih susah berbanding kita. Maka bersyukur lah. Allah bagi kita ujian hidup yang susah kepada kita sebab Dia sayang kepada kita. Percayalah.

Bersyukur lah. 

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. Sihat sebelum sakit. Muda sebelum tua. Kaya sebelum miskin. Lapang sebelum sempit. Hidup sebelum mati. Jadi hargailah kehidupan yang anda miliki sekarang ini nescaya, segala perit jerih hidup itu akan menjadi sumber inspirasi untuk anda menjadi orang yang hebat.

Nak tahu apa yang aku selalu bisikkan kan pada diri sendiri tika aku tak dapat apa yang aku kehendaki?
Tak semua yang kita nak kita akan dapat. Ada sebab kenapa Allah tak nak beri apa yang kita minta. Macam yang kita tahu, ada hikmah disebalik kejadian. Marilah sentiasa bersyukur dengan apa yang ada!
Tu ha, bila aku tak dapat dean list sem lepas, sedih tak ingat kot. Tapi bila pikir balik result yang aku dapat ini cukup baik berbanding mereka yang lebih rendah dari aku. *Istighfar*

Lagi satu, jangan selalu pikir kita aja yang mempunyai masalah dalam dunia ini, orang lain tuh ada masalah sampai buat dia rasa nak tarik nyawa sendiri tau *hepp murtad terus kalau bunuh diri tau*. Sebab itulah Allah kurniakan akal kepada manusia, so that we would be able to solve any kind of problems.

Hehe. 

Entry macam takde kaitan dengan tajuk. Tapi memang betul lah aku dah 3rd year ni. Tak lama lagi boleh lah kahwin. ops! :)

Semoga mereka yang aku sayang masih mampu tersenyum kerana senyuman kalian lah buat aku mampu tersenyum. 


p/s: Nak balik rumah. wuwuwuwuwuw

2 reaksi homosapien:

Cha sahaja berkata... [Reply]

hoi...ko ingt sket..ko dh tua tu..hahaha..;D

namaakulynn berkata... [Reply]

hohoho. selamat 3-rd yr lah ye! hehe. goodluckkk! :)

Catat Ulasan

komen lah dengan ikhlas ya. Aku terima sahaja manis atau tajam.