Cari Entri Dulu

23 September 2011

Tiada Cinta Muka Buku / Tiada Cinta Atas Talian

Aku rangkum kan semua didalam satu entri. Bukan aku berniat nak letak pasir dalam periuk nasi sesiapa, tapi ini realiti. Secara jujurnya, aku memang tak minat dengan lirik lagu ini, serta yang mendendangkannya sejak lagu ini famous. Entah lah, ada aura yang tak best. Lagu ini aku suka, tapi bukan lirik ok.

Cinta atas talian, atau bercinta selepas sesi perkenalan dalam mana-mana rangkaian sosial tidak kira lah yang lama-lama punya, atau pun yang baru. Paham tak? Maksudnya, korang bercinta dengan orang yang korang tak tahu latar belakangnya, tak tahu cara hidup dia, dan tak tahu siapa dia sebenarnya menerusi rangkaian sosial (baca: social network). Memang dia ada letak gambar, but are you sure that picture is belong to him/her?

Ok. Kali ini aku nak fokus kepada ladies aja. 

Dulu aku ada banyak kenalan yang aku tak pernah jumpa. Seriously. I love to make new friends. Tapi sedih, they all are liars. Alhamdulillah ketika itu aku anak gadis yang tak suka keluar rumah untuk bersosial. Aku bersosial pun dengan kawan sekolah yang aku kenal. 

Ada satu kes tuh, aku bersyukur sangat aku dapat tahu dia tuh penipu selepas aku contact dengan adik dia. Nasib baik sangat Allah sayang aku, kalau tak dia nak datang jumpa aku tau. Silap silap dia culik aku. ceyt. You are not UTP's student, but you budak kolej apa tah. You dont have a car. Liar. Banyak benda kau tipu aku. Apesal? Aku kawan aje dengan sesiapa tak kira pangkat atau darjat. Aku bukan high taste bab memilih kawan. Kau baik, kita kawan. Thats it.

Berbalik kepada percintaan online ini, mungkin ada yang sudah berjaya pun ke jinjang pelamin. Korang memang berjodoh. Tapi ingat lah anak gadis sekelian, kes dapat jodoh dari fesbuk atau tuiter dan lain lain bukan perkara yang selalu terjadi. Aku percaya lebih banyak kegagalan yang berlaku menerusi percintaan online ini. Kalau kejayaan berlaku, aku harap korang kekal sehingga ke akhir hayat

Perempuan memang cepat cair dengan lelaki yang layan dia dengan baik, caring sweet and so whatever lah. Itu senjata lelaki. Its up to them nak guna untuk kebaikan atau sebaliknya.So korang lah yang kena sediakan shield yang terbaik untuk prevent senjata macam tuh dari orang lelaki gamp. 

Selain dari itu, perempuan juga cepat meletakkan kepercayaan terhadap lelaki nice tadi. Sebab itu lah bila abang cayang yang korang tak pernah jumpa tuh ajak keluar, korang excited dan terus setuju. At last, he is a middle-age man, yang dah kahwin anak 1. Taik. Mungkin juga dia nice for the first met, tapi mungkin dia akan tunjuk belang di kemudian hari. Dalam masa itu dia gain kepercayaan korang terhadap dia. Gamp gila kan.

Lepas korang dah masuk perangkap lelaki gamp ini, seterusnya dia mintak yang itu. Ala yang itu tuh. Lelaki gamp memang nak benda tu aje. Gamp betul. Lepas dia minta, kemungkinan korang nak terlepas dari cengkaman dia agak sedikit. Hati hati.

Kalau korang sekadar nak nyanyi lagu ini sambil cuci baju ke takpe lah, tapi jangan berangan korang akan senasib dengan gadis dalam MV cinta muka buku tuh. Jangan. 

Jangan terniat pun nak ambil jalan mudah cari jodoh dalam social network ini, sebab majority of the user are all just a liar. Percayalah. Korang tak tahu, mungkin mamat tuh buat fake profile semata-mata nak cari awek. Pathetic.

Kalau korang sayang mak bapak korang, tolong jangan buat diorang susah hati. Penat tau besarkan korang, dan akhirnya diorang kecewa sebab tak dapat melindungi korang dari perkara yang tak baik. Korang tahu apa maksud aku.

Jodoh di tangan Allah. Berdoalah korang akan dapat jodoh yang baik. Siapa tak nak lelaki yang baik kan? 

Hati hati jugaklah ladies dengan pakwe kesayangan korang tuh kalau diorang dah mula sentuh sentuh korang. Maybe it will reach that 'part' soon before you get married. Hati hati.

p/s: Aku jadi sebegini rage selepas tengok cerita Trust. Mungkin ada babak yang kurang sesuai, dan perkataan yang agak kasar, tapi ada pengajaran disebalik itu untuk para gadis yang mudah menaruh cinta kepada lelaki atas talian


15 reaksi homosapien:

Ery Farieha berkata... [Reply]

amboii. mcm terkena kat aku. hahahahaha

bg aku kepercayaan tu dtg lepas kau dah selalu jumpa dia. selagi tak kenal, tak jumpa, mmg jgn harap nak cintan2. hahaha

masturah idrus berkata... [Reply]

@Ery Farieha: you are one lucky gurl lesbo. harap2 korang berkekalan hendak nye :)

Liyana Lunia. berkata... [Reply]

ingat parent kita, senang :D

Huda Luna berkata... [Reply]

ehem. aku no komen. kang aku cakap macam2 kang.
haha. lagi banyak aku cakap lagi payah. baik aku diam.

masturah idrus berkata... [Reply]

@Liyana Lunia.:

yup! :)

masturah idrus berkata... [Reply]

@Huda Luna:

Alaaaaaaa. cakap lah cakap lah.......

NuR 'aQiLaH berkata... [Reply]

sentaphatimaknak. eheh

Shee Kinn berkata... [Reply]

Trust???... Rekomen sikit...cerita apa tu?...English?

Cha sahaja berkata... [Reply]

lelaki yg baik utk perempuan yg baik..gahgahgah..;S

ninie_azriena berkata... [Reply]

nice entry..suka sangat2..
tapi kalau dah jodoh nya begitu, kena terima lah..
banyakkan berdoa, moga dipermudahkan segala urusan =)

masturah idrus berkata... [Reply]

@NuR 'aQiLaH:

opssss :p

masturah idrus berkata... [Reply]

@Shee Kinn:

Yup. Cerita omputeh. Tak digalakkan menonton jika umur anda kurang dari 20. hehe. serius, bahasa yang diorang guna kasar. Tak sesuai untuk budak2.

Cuba google cerita ni. Dia pasal budak belasan tahun yang baru dapat laptop. Dia suka habis masa chatting and she met a guy. Lelaki tu jahat. Kesian that gurl.

masturah idrus berkata... [Reply]

@Cha sahaja:

Insyallah....

masturah idrus berkata... [Reply]

@ninie_azriena:

Thanks!

Insyallah...

Bilal binti Robah berkata... [Reply]

org yg selalu ditipu bukan bermakna dia bodoh
tetapi dia berhati baik dan sangka baik
FTW!

Catat Ulasan

komen lah dengan ikhlas ya. Aku terima sahaja manis atau tajam.