Cari Entri Dulu

21 September 2011

Senyum Depan Lensa | Kenapa Korang Suka Tunjuk Muka Di Laman Sosial?

Aku suka senyum. Betul. Bagi yang tak kenal mesti kata aku TIPU. Yeah.

Selalunya lah, first impression orang terhadap aku adalah "Kau nampak sombong" , "Muka kerek", "Nampak garang" bla bla bla... Nak aje aku tempel gambar muka aku kat blog ni kan bagi orang tengok betapa sweet nya bila aku senyum *hehe* , tapi tak best lah. Setiap kali aku cuba nak tempel gambar, macam macam thoughts datang. Akhirnya aku lupakan sahaja hasrat aku yang murni tuh. 

Lagi pun kalau aku tempel gambar, korang bukan dapat apa pun kan. Mungkin ada dapat something lah kan. Dapat layan nafsu, dapat puji puji, dapat maki maki. Biasalah tuh. Manusia memang macam tuh. Mungkin juga ada yang nak buat final year project dengan mengumpul gambar gambar gadis kan? Who knows, gambar korang mungkin dijadikan sample. Untunglah.

Dulu aku memang kaki memuat naik (baca: upload) gambar muka sendiri masuk blog. Sungguh aku rajin buat perkara ini. Apa yang best pun aku tak tahu. haha. Sekarang tak dah. Malas upload gambar ada muka sendiri. Sebab macam takde pulangan yang baik untuk aku setelah aku upload dengan gigih nya.

Aku pun teringin nak tahu kenapa kaum aku suka upload gambar cantek cantek dengan fesbuk, blog dan mana mana laman sosial. Nak tahu sangat. My reason before was "I wanna show my life, my world". Tapi aku dapati agak tak relevan dah alasan aku tuh. 

Maksud aku, tak relevan lah nak tunjuk kehidupan dengan hanya menempel gambar yang mengandungi muka sahaja. Itu macam nak tunjuk something else ja kan? hehe. Kalau betul nak tunjuk life, mungkin korang boleh elakkan dari ambil gambar bahagian muka sahaja yang memenuhi ruang gambar tersebut. Tunjuklah background kat mana ke apa kan. Semua benda yang kita buat bermotif. So kalau ambil gambar lepas pakai tudung cecantik, baju cecantik, apakah motif nya itu. haaaa. Korang sahaja yang tahu.

Kalau aku, aku ambil gambar lepas pakai cecantik sebab aku suka nak tengok diri aku. Bukan suka nak bagi orang lain tengok diri aku selalu. Owh creepy. 

Hey, ingat aku ni tak suka ke ambil gambar sendiri? Aku ada satu folder yang penuh dengan muka aku tau. haaa. Tapi sekarang tak berminat lah nak letak kat blog. Sebab nak bagi laki aku ja yang menatap muka aku ni. kikikikikiki

Lagi satu aku takut aku terlepas pandang pada aurat aurat yang terdedah dalam gambar tu kan. Tak pasal-pasal saham dosa aku meningkat dengan mendadak bila orang tengok dia share orang tengok dia share orang tengok dia share. Ha. Berkali ganda dosa yang aku dapat. Sebab nak layan nafsu upload gambar, aku tanggung dosa yang banyak amat. Hambek.

Hati hati lah ladies. 

p/s: Any rumah kosong around Semenyih?


6 reaksi homosapien:

eMy ManS berkata... [Reply]

haha! drpd upload gmbr, bek bukak web manga! bnyk page ley tgok..rugi2~

PokCik BoTak berkata... [Reply]

ntah...aku pun musykil mas...tapikan mas, kalau ltak gambar cntik2 lam blog... follower cepat naik oooo...hahah

Aujinz berkata... [Reply]

Haaaaa..itu yang kita tak tau tuee..
Yang limited edition tue yg mahal tue..lg susah
Org nk nmpk muka, lg misteri wooo..

Tunjuk muka selalu, walopon cun, lama lama org jelak jugak.

izuddinrahim berkata... [Reply]

pikir2 ade tak gambar aku yang muka je? HAHAHA.
takde kot.. :p

Faizal n Fashitah berkata... [Reply]

Untuk melariskan blog..so letak la pic cantik2 ekeke. Ermm reason lain plak, mungkin sebab gedik kot.ehek.

Syahbinar Shuib berkata... [Reply]

setuju dgn entry ni.
gambar tu kira dah mcm market utk org jadi top :)

Catat Ulasan

komen lah dengan ikhlas ya. Aku terima sahaja manis atau tajam.