Cari Entri Dulu

28 November 2011

Tinggalkan Si Dia Demi Allah. Mari Berhijrah

Aku berharap hati ibu bapa kami terbuka dan redha dengan keputusan kami. Dalam masa yang sama membantu kami menempuh fasa hidup baru. Sokongan dan galakan sangat diperlukan. Aku dah cuba lupakan hal ini namun ia masih bermain di fikiran. Aku sendiri tak dapat nak elak bila dah mula terkenang impian tersebut. Lebih lebih lagi bila foto majlis perkahwinan mula berlambakan di dinding laman sosial itu. Lagi lah tak mampu nak resist dari mengharap kan.

Tipu lah kalau aku kata aku dah tak mengharap.  Aku tak pernah putus harap dengan Allah. Aku tahu dia dengan aduan ku, rintihan ku, permintaan ku. Dan aku paham Dia tahu masa yang terbaik untuk berikan apa yang aku mahu. Aku cuma perlu tunggu dengan sabar. Bersabarlah.

Aku juga tahu ibu bapa kami mahukan yang terbaik buat kami. Sebab itu mereka tidak bersetuju takut kami tak mampu menghadapi fasa baru itu nanti. Doakan kami! Insyallah kami boleh!

Kini aku cuba buang rasa dahulu yang aku pernah katakan pada diri sendiri yang aku tak mampu nak buat. Ya. Ia hilang sedikit demi sedikit. Dan aku tak rasa sakit malah aku rasa tenang dari hari ke hari. Aku harap dia jua begitu.

Kini tangisan ku banyak ku habiskan mengenangkan perkara2 yang tak patut dulu dulu kala.
Kini setiap kali aku hendak tidur, setiap kali selepas solat dan setiap masa, aku sentiasa berfikir

“BAGAIMANA SESEORANG ITU MENGHADAPI MATI?”

“BAGAIMANA RUPA MALAIKAT IZRAIL KETIKA DIA DATANG KEPADA KU NANTI?”

“ BEGITU SAKITKAH MATI ITU?”

“SEMPATKAH AKU MENGUMPUL BEKALAN UNTUK DIBAWA KESANA?”

Hmmmmm.

Bila terkenang semula benda2 jahil yang aku buat dulu aku terus sebak, mata basah, panas. Bukan ketika bensendiri sahaja, tetapi ketika makan beramai2 sekalipun. Jika aku teringat pasti mahu mengalir air mata ini. Walau bagaimana pun aku cuba juga tahan. Malu.

15 November 2011 titik permulaan segala perasaan ini. Semoga Allah memberkati Ustaz Abdul Kamil insyallah.. Ustaz di hantar oleh Allah untuk menyedarkan aku. Alhamdulillah. Pada kali ini aku dapat terima dengan hati terbuka.

Tamparan nya sangat pedih. Tidak kuat namun pedih. Tertusuk kedalam jiwa sampai bibir tak mampu berkata kata. Diam seribu bahasa. Hanya Allah saja yang mengerti betapa sebak nya aku ketika itu. Malu pada Allah. Malu!

Namun aku rasa bersyukur kerana Allah buka hati ku untuk meninggalkan mana yang patut. Tambah2 lagi dengan sms dari mama pada hari yang sama cukup buat aku untuk membuat keputusan ini. Keputusan yang disangka berat namun ia mudah juga rupanya.

Apa yang aku fikir, aku hanya perlukan Allah untuk hidup. Aku hanya perlu bergantung kepada Allah untuk menghadapi sebarang keadaan. Allah sentiasa ada untukku. Sentiasa ada.

Aku harap tahun 1433H ini akan membuka satu lembaran baru dalam hidupku untuk aku sentiasa mengabdikan diri hanya kepada Allah.

Jangan kata aku tak berusaha langsung. Aku ingat kata kata Allah itu. Aku ingat. Aku harus sentiasa berusaha untuk mendapatkan kehidupan yang terbaik.

Setiap ujian yang Allah turunkan adalah mengikut kemampuan aku. Jadi insyallah aku mampu mengharungi nya kerana Allah itu ada. Sentiasa ada untuk membantu hambanya.

Aku mohon agar aku diberi panduan untuk memilih yang terbaik.

Aku juga berdoa agar dia bertemu pilihan yang terbaik buat dirinya. Jika kita berjodoh pasti kita akan bertemu kelak dimana aku menanti akad itu dilafazkan oleh kamu di hadapan tok kadi nanti dengan penuh debar dan syukur. Mudah mudahan. Insyallah.

p/s: Hari hari dengan zikir munajat oleh Dr Badrul Amin. Hari hari juga dengar IKIM sebelum tidur. Hari-hari juga aku cuba cari masa untuk ber’dating’ lebih lama dengan Allah. Semoga Allah merahmati kehidupan kita semua. Doakan aku. J

15 November 2011

Semua Tak Mahu Tentang Kamu

Jangan sampai ada yang benci.


Sejarah mungkin berulang, walau engkau ku maafkan oh kekasih. Tapi mungkin hanya sementara, keinsafan di hatimu.. - Newboyz

Setiap apa yang terjadi dipanggil sejarah. Sila jangan bayang buku sejarah SPM, aku alah. Sedikit. Sepatutnya subjek ini menarik, aku bikin tak menarik. Sayang.

Balik semula ke sini. 

Sejarah aku dan kamu. Sejarah yang tak akan mungkin aku lupa, dan akan senantiasa menari dangdut di pemikiran ku lagi lagi bila terlihat kamu di mana mana. Sungguh. Sungguh. Panahan kamu dulu cukup buat aku ingat akan kamu sehingga akhir waktu. Dahsyat tak dahsyat tak?

Apa ini erti aku belum memaafkan mu? Apa ini erti aku mendendami dirimu?

Aku sendiri tidak tahu. Serius.

Apa yang jelas, aku kurang senang dengan kehadiran mu selepas kejadian itu. Buat aku tidak mahu tahu semua tentang kamu, tetapi apa yang menyukarkan kehidupan aku adalah dengan kehadiran rangkaian sosial yang wujud tika ini. Buat aku mahu 'tengok' kamu saja. Buat aku mahu cari mana lemah mu, mana hebat mu.

Mana lemah ku, mana hebat ku sampai kamu panah aku begitu sekali tika dulu? Apa aku ini awek satan sehingga kamu tergamak menjadi kan homosapien itu sebagai askar mu untuk membunuh ku? Kamu tukar medan riang jadi medan perang. Kamu menyedihkan!

Setelah saat itu, kaca kepercayaan hancur berderai. Tak mampu di gam walau dengan gam gajah ata dugong sekali pun. Ia akan tetap berderai kerana kamu telah siramkan gam itu dengan air keji (air loji mungkin). Lantas tak mungkin melekat kembali.

Aku katakan sekali lagi. Hati hati mencoret sejarah. Kelak bakal mengundang parah.

Sungguh dirimu telah ku maafkan. Senang memaafkan, namun kamu perlu tahu di memori cip yang tertanam didalam otak ku ada tersedia ruang khas buat segala jenis sejarah hitam gelap pekat malam. Wow. Ruang yang mungkin boleh buat aku bertukar menjadi salah seorang pesakit di rumah sakit mental. Minta dijauhkan!

Aman lah dirimu dengan hidup mu. Cukup cukup lah berjalan jalan mencari pasal. Kamu takkan mampu menanggung akibatnya. Percayalah. Kamu tampak kuat dan gagah, namun naluri aku kuat mengatakan kamu ada lemah di situ. Ya disitu. *pandai2 lah assume sendiri. Penat dah aku taip*

Arios!

p/s: At last, ada jugak cerita lain selain cerita kahwin. hahahahahahaha

12 November 2011

Aku Mampu Sebenarnya. Awak Juga.



Sangat stress sampai aku fikir tidak mahu membuat apa-apa. Pemikiran orang bingai. 

Tak boleh. Sila berbuat apa-apa. Selagi nyawa dikandung badan selagi itu jangan pernah ada erti putus asa dalam kamus dewan diri kamu. 

Allah menguji aku atas kemampuan diri aku. Seharusnya aku mampu menghadapi saat sukar ini. 

Mungkin aku stress kerana terlalu banyak pikir. Bukan sahaja isu di 'sekolah', di rumah juga ada isu. 

Aku penat. Aku harap Allah berikan aku kekuatan terus menerus menghadapi dunia ini.

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma'aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." (Surah Al-Baqarah ayat 286)



Smile Masturah! Its charity. 

p/s: Ya aku penat.
Enhanced by Zemanta