Cari Entri Dulu

28 November 2011

Tinggalkan Si Dia Demi Allah. Mari Berhijrah

Aku berharap hati ibu bapa kami terbuka dan redha dengan keputusan kami. Dalam masa yang sama membantu kami menempuh fasa hidup baru. Sokongan dan galakan sangat diperlukan. Aku dah cuba lupakan hal ini namun ia masih bermain di fikiran. Aku sendiri tak dapat nak elak bila dah mula terkenang impian tersebut. Lebih lebih lagi bila foto majlis perkahwinan mula berlambakan di dinding laman sosial itu. Lagi lah tak mampu nak resist dari mengharap kan.

Tipu lah kalau aku kata aku dah tak mengharap.  Aku tak pernah putus harap dengan Allah. Aku tahu dia dengan aduan ku, rintihan ku, permintaan ku. Dan aku paham Dia tahu masa yang terbaik untuk berikan apa yang aku mahu. Aku cuma perlu tunggu dengan sabar. Bersabarlah.

Aku juga tahu ibu bapa kami mahukan yang terbaik buat kami. Sebab itu mereka tidak bersetuju takut kami tak mampu menghadapi fasa baru itu nanti. Doakan kami! Insyallah kami boleh!

Kini aku cuba buang rasa dahulu yang aku pernah katakan pada diri sendiri yang aku tak mampu nak buat. Ya. Ia hilang sedikit demi sedikit. Dan aku tak rasa sakit malah aku rasa tenang dari hari ke hari. Aku harap dia jua begitu.

Kini tangisan ku banyak ku habiskan mengenangkan perkara2 yang tak patut dulu dulu kala.
Kini setiap kali aku hendak tidur, setiap kali selepas solat dan setiap masa, aku sentiasa berfikir

“BAGAIMANA SESEORANG ITU MENGHADAPI MATI?”

“BAGAIMANA RUPA MALAIKAT IZRAIL KETIKA DIA DATANG KEPADA KU NANTI?”

“ BEGITU SAKITKAH MATI ITU?”

“SEMPATKAH AKU MENGUMPUL BEKALAN UNTUK DIBAWA KESANA?”

Hmmmmm.

Bila terkenang semula benda2 jahil yang aku buat dulu aku terus sebak, mata basah, panas. Bukan ketika bensendiri sahaja, tetapi ketika makan beramai2 sekalipun. Jika aku teringat pasti mahu mengalir air mata ini. Walau bagaimana pun aku cuba juga tahan. Malu.

15 November 2011 titik permulaan segala perasaan ini. Semoga Allah memberkati Ustaz Abdul Kamil insyallah.. Ustaz di hantar oleh Allah untuk menyedarkan aku. Alhamdulillah. Pada kali ini aku dapat terima dengan hati terbuka.

Tamparan nya sangat pedih. Tidak kuat namun pedih. Tertusuk kedalam jiwa sampai bibir tak mampu berkata kata. Diam seribu bahasa. Hanya Allah saja yang mengerti betapa sebak nya aku ketika itu. Malu pada Allah. Malu!

Namun aku rasa bersyukur kerana Allah buka hati ku untuk meninggalkan mana yang patut. Tambah2 lagi dengan sms dari mama pada hari yang sama cukup buat aku untuk membuat keputusan ini. Keputusan yang disangka berat namun ia mudah juga rupanya.

Apa yang aku fikir, aku hanya perlukan Allah untuk hidup. Aku hanya perlu bergantung kepada Allah untuk menghadapi sebarang keadaan. Allah sentiasa ada untukku. Sentiasa ada.

Aku harap tahun 1433H ini akan membuka satu lembaran baru dalam hidupku untuk aku sentiasa mengabdikan diri hanya kepada Allah.

Jangan kata aku tak berusaha langsung. Aku ingat kata kata Allah itu. Aku ingat. Aku harus sentiasa berusaha untuk mendapatkan kehidupan yang terbaik.

Setiap ujian yang Allah turunkan adalah mengikut kemampuan aku. Jadi insyallah aku mampu mengharungi nya kerana Allah itu ada. Sentiasa ada untuk membantu hambanya.

Aku mohon agar aku diberi panduan untuk memilih yang terbaik.

Aku juga berdoa agar dia bertemu pilihan yang terbaik buat dirinya. Jika kita berjodoh pasti kita akan bertemu kelak dimana aku menanti akad itu dilafazkan oleh kamu di hadapan tok kadi nanti dengan penuh debar dan syukur. Mudah mudahan. Insyallah.

p/s: Hari hari dengan zikir munajat oleh Dr Badrul Amin. Hari hari juga dengar IKIM sebelum tidur. Hari-hari juga aku cuba cari masa untuk ber’dating’ lebih lama dengan Allah. Semoga Allah merahmati kehidupan kita semua. Doakan aku. J

0 reaksi homosapien:

Catat Ulasan

komen lah dengan ikhlas ya. Aku terima sahaja manis atau tajam.