Cari Entri Dulu

14 Februari 2011

TAK PERCAYA PADA PUJIAN ORANG, RELA PUJI DIRI SENDIRI.

Gadis: Kau nampak cantik!

Jejaka: Comey la awak ni..

TIPU.

Haha. Itu yang terlintas di fikiran aku, sementara bibir hanya mengukir senyuman dan dan buat muka gedik. Ya. Aku tak percaya.

Aku tak tahu apa yang orang psychology istilah kan sikap ini, tapi aku memang susah nak terima bulat-bulat pujian orang. Walhal kadang-kadang aku mengharapkan pujian. Heh!

Kadang-kadang pujian itu membawa kehancuran, kritikan pengiring kejayaan. Kadang-kadang okeh.

13 Februari 2011

LEHA ADA MASALAH. SIAPA DOKTOR CHENTA? TOLONGLAH RAWAT DIA


Leha ini seorang gadis. Leha ini ada satu masalah. Masalah untuk melupakan sakit yang dia dapat dulu. Tapi Leha ini jenis lupa bab duit. Korang pinjam lah kat dia duit, gerenti dia tak mintak sampai bila-bila. Leha kata, kan bagus dia boleh lupa sakit itu macam dia lupa hutang orang pada nya. Tapi Leha kata susah. Allah betul-betul tengah uji dia.

Korang semua mesti ada sejarah hitam kan. Leha kata sejarah dia tu tak hitam sangat, kelabu-kelabu simen je. Tapi dia tetap tak boleh lupa. Luka dia tuh berparut, tapi kadang-kadang tiba-tiba berdarah. Leha ini silap hari bulan memang gone lah.

Berapa kali entah aku nasihat kan Leha supaya bukak buku baru. Toksah diingat benda lama dah. Let by gone be by gone. Entah apa Leha ni merepek. Lepas itu dia tanya aku balik, “kalau kau dengan lesbo-lesbo kau selalu share duit yang ada, tetapi satu hari itu dia terus ragut semua duit itu dan tuduh kau selalu cilok duit lebih. Lah ragut duit, lesbo-lesbo kau pun kena ragut sekali. Apa perasaan kau? Mesti kau sakit kan? Kau rasa senang tak nak lupa sakit itu?” Aku bisu.

Memang dalam luka Leha sampai dia buat analogy yang buat aku kurang paham. *haha*

Tapi aku kesian lah pada Leha sebab sakit dia itu menghantui dan mengrohi dia sampai sekarang. *bukan kes duit, duit itu hanya analogy semata-mata*

Kesimpulannya, jangan lah jadi orang yang busuk hati. Bukan apa, takut orang dah tak tahan dengan kebusukan itu, nanti depa duk simbah Clorox dan bahan kimia yang boleh buat diri korang terhakis pulak. Lepas habis terhakis, semua dah tak nak dekat sebab diorang tahu dulu korang ini busuk.

p/s: aku dan keyboard berkawan baik sebab aku dan jadi S/U untuk kelab dan persatuan. 

09 Februari 2011

MUSIBAH CINTA

Cinta itu kita tak nampak.
Cinta itu ibarat angin.
Bila ada kita rasa, bila tiada kita resah.

Hidup ini perlukan cinta.
Dunia ini perlukan cinta.

Pilu.

Cinta sering disalah erti.
Cinta sering dipersalahkan.
Cinta sering menjadi mangsa.
Alasan manusia cetek kedalaman ilmu.

Ya.

Bila cinta, harus berkorban,
Korban masa.
Korban harta.
Tetapi bukan korban jiwa!
Bukan korban dara.
Lainlah jika akad itu telah terlafaz.
Tika itu sudah jadi kewajipan demi sang bidadaranya.

Jika betul suci cinta nya,
hati juga harus suci.
Akal juga mesti suci.

Kuatlah gadis!

Apa ada dengan kata-kata keparat itu?
Usah takut ditinggalkan kerana Tuhan bersama kita.
Tuhan tak mungkin meninggalkan hamba NYA,
malah hamba NYA yang sering membelakangkan penciptanya.

Gadis molek

Dunia fana ini penuh dusta.
Penuh janji palsu.
Hati-hati sayang.
Semoga kalian jauh dari musibah cinta.


p/s: ayat di atas dikarang ketika aku mengantuk dalam majlis formal.

p/s: Tips dari aku; Kalau nak hilang kan rasa mengantuk, buat otak korang cergas. Maksud aku dengan berfikir. Salah satu benda yang aku suka fikir adalah reka bentuk pusat jana kuasa elektrik yang agak unik terutamanya ketika dalam perjalanan balik kampung dan keluar dari kota lumpur. Anda?