Cari Entri Dulu

13 Februari 2011

LEHA ADA MASALAH. SIAPA DOKTOR CHENTA? TOLONGLAH RAWAT DIA


Leha ini seorang gadis. Leha ini ada satu masalah. Masalah untuk melupakan sakit yang dia dapat dulu. Tapi Leha ini jenis lupa bab duit. Korang pinjam lah kat dia duit, gerenti dia tak mintak sampai bila-bila. Leha kata, kan bagus dia boleh lupa sakit itu macam dia lupa hutang orang pada nya. Tapi Leha kata susah. Allah betul-betul tengah uji dia.

Korang semua mesti ada sejarah hitam kan. Leha kata sejarah dia tu tak hitam sangat, kelabu-kelabu simen je. Tapi dia tetap tak boleh lupa. Luka dia tuh berparut, tapi kadang-kadang tiba-tiba berdarah. Leha ini silap hari bulan memang gone lah.

Berapa kali entah aku nasihat kan Leha supaya bukak buku baru. Toksah diingat benda lama dah. Let by gone be by gone. Entah apa Leha ni merepek. Lepas itu dia tanya aku balik, “kalau kau dengan lesbo-lesbo kau selalu share duit yang ada, tetapi satu hari itu dia terus ragut semua duit itu dan tuduh kau selalu cilok duit lebih. Lah ragut duit, lesbo-lesbo kau pun kena ragut sekali. Apa perasaan kau? Mesti kau sakit kan? Kau rasa senang tak nak lupa sakit itu?” Aku bisu.

Memang dalam luka Leha sampai dia buat analogy yang buat aku kurang paham. *haha*

Tapi aku kesian lah pada Leha sebab sakit dia itu menghantui dan mengrohi dia sampai sekarang. *bukan kes duit, duit itu hanya analogy semata-mata*

Kesimpulannya, jangan lah jadi orang yang busuk hati. Bukan apa, takut orang dah tak tahan dengan kebusukan itu, nanti depa duk simbah Clorox dan bahan kimia yang boleh buat diri korang terhakis pulak. Lepas habis terhakis, semua dah tak nak dekat sebab diorang tahu dulu korang ini busuk.

p/s: aku dan keyboard berkawan baik sebab aku dan jadi S/U untuk kelab dan persatuan. 

0 reaksi homosapien:

Catat Ulasan

komen lah dengan ikhlas ya. Aku terima sahaja manis atau tajam.