Cari Entri Dulu

30 Julai 2010

SABAR DALAM AL-QURAN. (BACA SEJENAK DAN RENUNGKAN)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dalam keadaan aku yang sedang terumbang ambing ini, Allah beri pertolongan kepada aku. Alhamdulillah. Di saat hati aku gusar tadi, aku jelajah ke blog lain mencari entry yang menenangkan jiwa, dan akhirnya aku jumpa entry yang bermakna dari blog Baincardin. Terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu.



"Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu’" (Al Baqarah : 45)




"Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." (Al Baqarah : 153)




"Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar." (Al Baqarah : 155)




"Sekarang Allah telah meringankan kepadamu dan dia telah mengetahui bahwa padamu ada kelemahan. Maka jika ada diantaramu seratus orang yang sabar, niscaya mereka akan dapat mengalahkan dua ratus orang kafir; dan jika diantaramu ada seribu orang (yang sabar), niscaya mereka akan dapat mengalahkan dua ribu orang, dengan seizin Allah. Dan Allah beserta orang-orang yang sabar." (Al-Anfaal : 66)"




"Dan Kami jadikan di antara mereka itu pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami ketika mereka sabar. Dan adalah mereka meyakini ayat-ayat Kami. (As-Sajdah : 24)"




"Sesungguhnya laki-laki dan perempuan yang muslim, laki-laki dan perempuan yang mukmin, laki-laki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, laki-laki dan perempuan yang benar, laki-laki dan perempuan yang sabar, laki-laki dan perempuan yang khusyuk, laki-laki dan perempuan yang bersedekah, laki-laki dan perempuan yang berpuasa, laki-laki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar." (Al-Ahzab : 35)




"Tidakkah kamu memperhatikan bahwa sesungguhnya kapal itu berlayar di laut dengan nikmat Allah, supaya diperlihatkan-Nya kepadamu sebahagian dari tanda-tanda (kekuasaan)-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi semua orang yang sangat sabar lagi banyak bersyukur." (Luqman : 31)




" Dan orang-orang yang sabar karena mencari keridhaan Tuhannya, mendirikan shalat, dan menafkahkan sebagian rezki yang Kami berikan kepada mereka, secara sembunyi atau terang-terangan serta menolak kejahatan dengan kebaikan; orang-orang itulah yang mendapat tempat kesudahan (yang baik)," (Ar-Ra'd : 22)




"Maka bersabarlah kamu dengan sabar yang baik." (Al Ma´aarij : 5)




"(yaitu) orang-orang yang sabar, yang benar, yang tetap taat, yang menafkahkan hartanya (di jalan Allah), dan yang memohon ampun di waktu sahur." (Ali Imran : 17)




"Sifat-sifat yang baik itu tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang sabar dan tidak dianugerahkan melainkan kepada orang-orang yang mempunyai keuntungan yang besar." (Fushshilat : 35)




***********************

"Kadangkala masa terasa suntuk untuk berbuat itu ini. Tapi pastinya rugi bagi mereka yang tidak mahu meluangkan sedikit masa untuk mempelajari dan menghayati ayat-ayat-Nya."

-maCy


Bain pula telah copy dari maCy.. Sama-sama lah kita berkongsi ilmu.

Cakap pasal sabar, aku berani mengatakan hentam lah aku, herdik lah aku, hina lah aku, sesungguhnya aku tidak gentar dan aku hanya mampu bersabar. Dan aku percaya Allah sentiasa bersama orang-orang yang sabar. 


p/s: saya nak balik KL. Dalam tempoh 2 minggu lagi. Sila memeriahkan Stadium Bukit Jalil ye!

24 Julai 2010

"MAMA, JANGAN TINGGALKAN KAKAK"

Frasa mimpi yang masih melekat dalam minda aku sehingga kini. Sayu aku ketika membuka mata pagi tadi.

Latar tempat mimpi malam tadi adalah di kawasan lot kedai berhampiran rumah aku dan di hospital. Hospital, tempat yang sayu.

Aku masuk ke dalam salah satu bilik di hospital tersebut dan terus menerpa ke arah mama. Adik-adik aku berwajah sayu, mengalirkan air mata. Mama? Mama juga sedang sayu dan tunduk. Aku kaget.

Apakah yang terjadi? Mengapa semua begini?

Aku terus bertanya kepada adik lelaki ku dan dia mengkhabarkan pada ku bahawa, "Penyakit mama dah serius, bila-bila masa sahaja mama boleh pergi". Aku terus memeluk mama dan aku turut sayu bersama.

Aku menangis, aku bayangkan hidup ku tanpa mama. Di saat itulah frasa itu terkeluar dari mulut ku, "Mama, jangan tinggalkan kakak". Dan aku sambung menangis. Dan terus menangis.

Mama kelihatan cantik dalam mimpi itu. Yang aku ingat mama pakai tudung sarung yang berwarna putih. Sungguh berseri.

Aku lega tatkala bantal tidur ku digegarkan oleh telefon bimbit ku. Aku lega itu bukan realiti. Alhamdulillah....

Ya Allah, berilah peluang untuk mama sembuh dari penyakitnya. Aku sanggup menggantikan tempat mama daripada melihat mama sakit.

Antara koleksi mimpi yang sayu dalam hidupku. Aku tidak mahu membuat koleksi lagi!


p/s : Mama, I love u.

23 Julai 2010

PENGUNJUNG KE 12345!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Akhirnya jumpa jugak pengunjung bertuah tersebut. Dia ini antara blogger yang rajin blogwalking ke blog aku. hehe. Tak sangka. Siapa orang nya?


Inilah orang nya. Tahniah Krole! 

Nah, ini bukti nya..


Tahniah sekali lagi!! Mesti semua tanya apa yang aku nak belanja encik Krole kan? Itu rahsia. Biar Krole yang bagitau sendiri kat korang.

Krole kena tunggu lah ye.. Mashi busy sedikit, tapi jangan risau, janji tetap janji. :)



p/s : Cakap pasal janji, takut pulak aku nak percaya kat orang-orang besar di universiti aku ini.

09 Julai 2010

GAMBAR HARI INI - 8


Calon suami untuk korang. :)


p/s: siapa calon suami aku?

07 Julai 2010

ULASAN USTAZAH SITI HAJAR MENGENAI BERTUDUNG TETAPI SANGGUL TINGGI.


Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Sekarang tengah hujan lebat. Kilat main kejar-kejar. Bahaya kalau online sekarang, tapi takpe, aku guna bateri. Selamat kah? Itu yang kita tak tahu.

Ok. Aku pernah mengemukakan persoalan tentang bertudung tetapi bersanggul tinggi dalam entri ini, di mana aku musykil dengan jawapan yang diberikan oleh Dr. Mashitah. Jadi aku pun merajinkan diri untuk bertanya kepada Ustazah yang mengajar di Maktab aku dulu. 

....waalaikumussalam..Masturah yang dikasihi ...

....Pendapat sebelum saya rujuk buku;
....Seperti Dr. Masitah sepanjang saya belajar tidak ada Tok Guru kata bersanggul itu haram kerana ada rambut yang panjangnya tak boleh disuruk dan itu saja caranya ia dikemaskan di dalam tudung.
.....Tetapi sekarang, niat bersanggul itu dijadikan fesyen untuk menarik perhatian orang lain.Apabila niat itu sudah begitu pastilah haram dan kebanyakannya tudung itu adalah jenis lilit tidak melepasi dada dan jarang.
....Kesimpulannya , situasi pertama adalah harus dan situasi kedua haram .Kalau Ustazah dapat jawapan bersandarkan dalil ,Ustazah beritahu kemudian.Allahua`lam.....



Terima kasih Ustazah atas respon Ustazah itu. Ianya seiring dengan apa yang aku fikirkan. 

Bukannya senang ye nak sorok sanggul itu dalam tudung bagi yang berambut panjang. Lainlah rambut pendek. Takde hal punya. Cuma jangan sengaja meninggikan nya semata-mata kerana trend. Ada apa dengan trend? Dekat Padang Mahsyar nanti mana ada trend. 

*kilat tengah berperang*


p/s: Isnin depan aku ada dekat Pahang sampai lah Raya. Aku naik sem 3 loh..

05 Julai 2010

BILA AKU JADI UMI NANTI, AKU..


Assalamualaikum dan selamat sihat semua.. haha

Ai Masturah...dah tak sabar nak jadi Umi? Dah tak sabar, tapi macam tak layak lagi. Aku tak paham dengan segelintir pasangan suami isteri tak suka ada anak. Pelik. Rasa terganggu kah? Yeke? Bukan ke anak itu tandanya bahagia? Mungkin kot laa.. Ok. Back to the topic. 

Ilham untuk menulis entri ini datang dari mata aku sendiri. Aku lihat budak-budak sekarang. Aku perhati saudara-saudara aku. Dan. Aku simpati dekat ibu bapa mereka. Bukan semua. Kalau aku kata simpati itu korang paham-paham je la kan.

Oleh sebab itu, aku ingin menetapkan dalam hati aku untuk mendidik anak-anak aku sebaik mungkin. Aku tak nak anak-anak aku buang aku setelah mereka rasa rimas dengan aku. Nauzubillah.

BILA AKU JADI UMI NANTI, AKU..

1. Hantar anak aku pergi MENGAJI untuk mengenali Allah, mengenali Islam. Bukan ajak tengok AF.



2. Ajar anak aku HIDUP SEDERHANA. Supaya mereka tidak lupa diri dan berpijak di bumi nyata. Supaya tiada bersikap angkuh dan bongkah serta megah diri. Supaya mereka kuat menghadapi dugaan hidup. 

Bila kita terlalu senang,dan kaya dengan harta, kita terlupa keadaan yang teruk dan lupa untuk bersedia menghadapi hari kejatuhan. Tatkala kesusahan menjengah, kita mula mengeluh dan menyalahkan tuhan. Astaghfirullah..

3. Ajar anak aku erti HIDUP BERDIKARI. Supaya anak aku tak terlalu bergantung pada orang lain melainkan Allah Yang Maha Esa.

4. Galakkan anak lelaki aku ke rumah Allah, masjid. Selain dari beribadah, boleh jugak dia belajar sesuatu di masjid, seperti mengetuai bacaan Tahlil. 



5. Akan jaga anak gadis aku sebaik mungkin. Orang kata susah jaga anak perempuan.


6. Ingatkan mereka tentang MATI adalah sahabat karib semua hamba Allah.



7. Akan BERHENTI KERJA. Aku nak jaga anak aku. Aku tak nak maid jaga. Selepas semua dah pandai bawa diri, barulah aku fikir nak kerja balik.




Semua yang disenaraikan adalah impian aku. Last point itu aku tak pasti lagi. Akhir kata, aku nak jadi umi.



p/s : hari-hari aku fikir tentang kematian.

TAB 'TUTORIAL PILIHAN'

Assalamualaikum dan selamat pagi yang nak dekat tengahari. hehe.

Pagi ini aku bukan nak buat sesi tutorial sebab aku bukanlah expert dalam hal ini. Kebanyakan object dalam blog aku semua nya aku belajar dari tutorial yang di buat oleh blogger lain. Thanks!

Ramai yang bertanyakan pasal button SHARE Facebook itu. Sorry, lambat bagi feedback.

Nampak tak tab yang ada bawah header aku itu?


Nampak kan.... Jadi, disitulah tempat aku senaraikan kesemua tutorial yang aku pakai. Ada lagi yg tak list tuh sebab tak jumpa website orang itu. 



Ini lah rupanya ok.. Aku tak suka buat sesi tutorial sendiri. Sebab kadang-kadang certain blogger tak berjaya buat tutorial itu, then nanti banyak sesi soal jawab yang aku tak boleh nak jawab. Adeh. So lebih baik aku list kan sahaja tutorial berserta link untuk memudahkan korang rujuk kepada pemilik tutorial itu. 

All the best!



p/s: Dia dah start sem baru, aku? Next week. :)

03 Julai 2010

GAMBAR HARI INI - 6


Cikgu zaid, cikgu Kimia aku masa form 5 dulu. 

Best, cool, sempoi.

p/s:  bila nak konvoi ke maktab lagi?