Cari Entri Dulu

05 Julai 2010

BILA AKU JADI UMI NANTI, AKU..


Assalamualaikum dan selamat sihat semua.. haha

Ai Masturah...dah tak sabar nak jadi Umi? Dah tak sabar, tapi macam tak layak lagi. Aku tak paham dengan segelintir pasangan suami isteri tak suka ada anak. Pelik. Rasa terganggu kah? Yeke? Bukan ke anak itu tandanya bahagia? Mungkin kot laa.. Ok. Back to the topic. 

Ilham untuk menulis entri ini datang dari mata aku sendiri. Aku lihat budak-budak sekarang. Aku perhati saudara-saudara aku. Dan. Aku simpati dekat ibu bapa mereka. Bukan semua. Kalau aku kata simpati itu korang paham-paham je la kan.

Oleh sebab itu, aku ingin menetapkan dalam hati aku untuk mendidik anak-anak aku sebaik mungkin. Aku tak nak anak-anak aku buang aku setelah mereka rasa rimas dengan aku. Nauzubillah.

BILA AKU JADI UMI NANTI, AKU..

1. Hantar anak aku pergi MENGAJI untuk mengenali Allah, mengenali Islam. Bukan ajak tengok AF.



2. Ajar anak aku HIDUP SEDERHANA. Supaya mereka tidak lupa diri dan berpijak di bumi nyata. Supaya tiada bersikap angkuh dan bongkah serta megah diri. Supaya mereka kuat menghadapi dugaan hidup. 

Bila kita terlalu senang,dan kaya dengan harta, kita terlupa keadaan yang teruk dan lupa untuk bersedia menghadapi hari kejatuhan. Tatkala kesusahan menjengah, kita mula mengeluh dan menyalahkan tuhan. Astaghfirullah..

3. Ajar anak aku erti HIDUP BERDIKARI. Supaya anak aku tak terlalu bergantung pada orang lain melainkan Allah Yang Maha Esa.

4. Galakkan anak lelaki aku ke rumah Allah, masjid. Selain dari beribadah, boleh jugak dia belajar sesuatu di masjid, seperti mengetuai bacaan Tahlil. 



5. Akan jaga anak gadis aku sebaik mungkin. Orang kata susah jaga anak perempuan.


6. Ingatkan mereka tentang MATI adalah sahabat karib semua hamba Allah.



7. Akan BERHENTI KERJA. Aku nak jaga anak aku. Aku tak nak maid jaga. Selepas semua dah pandai bawa diri, barulah aku fikir nak kerja balik.




Semua yang disenaraikan adalah impian aku. Last point itu aku tak pasti lagi. Akhir kata, aku nak jadi umi.



p/s : hari-hari aku fikir tentang kematian.

4 reaksi homosapien:

sHaiRA haIFA berkata... [Reply]

bgus..
sdh ada perancangn yg pasti

Nama Diberi Hizzul Hamli berkata... [Reply]

syg nk jdi papanye boleh....
ehehehe

cik enon berkata... [Reply]

salam,wah bagus sudah ada perancangan.teruskan!!

setiap apa yang kita lakukan,tidak mustahil turut anak2 kita lakukan juga.
kalau uminya sekarang sudah melakukan dosa yang 'itu', tak mustahil anak2 nya juga akan melakukan dosa yang 'itu'.
kalau kita melakukan dosa yang dianggap 'kecil' itu,mungkin pada zaman anak kita dosa 'kecil' itu, tak dah dipanggil dosa.naudzubillahi min zalik...
cukupkan ilmu didada sekarang,seiring dengan iman yang mantap.perbaiki mana yang kurang,topap iman yang asik down.insyallah,setiap usaha akan tuhan dibalas dgn sebaiknya.
mahu menjadi umi yang baik,harus juga perlu ada 'abi' yang baik.bersama2 membina keluarga yang bahagia dunia akhirat.

tertarik membaca impian saudari tentang perkara no 4 dan 5.
mahu menjaga anak gadis sebaiknya dan mahu anak lelakinya pergi selalu ke masjid.
ha..disini mungkin kita boleh pupuk diri kita dahulu untuk melakukannya dulu sebelum anak2 kita nanti.kesolehan kita sekarang menjadi cerminan pd anak2 kita kelak.


teruskan berusaha menjadi orang yang Baik dan Bertaqwa.buat apa yang Allah suke,tinggal apa yang Allah larang.kadang2 pe yg kita suka Allah xsuke,tp apa yang kita suka Allah tak suka.

~selamat menjadi umi yang baik nanti(~.*)

kaizen shinobi berkata... [Reply]

woah! terbaik punya~ hohooho

Catat Ulasan

komen lah dengan ikhlas ya. Aku terima sahaja manis atau tajam.