Seriously serious babe. Aku memang tengah menahan diri dari upload gambar aku. Ada jugak lah yang terlepas, tapi di blur kan or tepek line kat mata. Baik tak payah upload macam itu kan. Gedik.
Kadang-kadang tuh, dah siap edit and letak watermark lagi. Tapi tak jadi nak upload.
Jealous jugak tengok gadis-gadis lain tempel gambar diorang kat entry-entry diorang. Aku pun teringin. TERINGIN weyh. Tapi bila pikir balik, apesal aku ni teringin sangat? Meh lah aku nak kongsi sedikit perasaan aku ini time zaman-zaman jahil blog 2 tahun yang lalu. Aku yang jahil ok. Aku tak cakap korang.
Aku inginkan pujian.
Siapa tak suka di puji kan? Sebab dengan pujian kita senang hati. Kita gembira. “Yeay, ada orang kata aku comey!”. Bangga pun ada. Lagi ramai orang puji, lagi bangga kita. Ada yang kata dia tak bangga pun. Jangan tipu. Jauh di sudut hati kau akan terdetik perasaan itu. Kini, aku rasa aku memerlukan lebih banyak doa dari pujian. Semua itu hanya lah dunia semata-mata. Cantik kacak muka kita akan hilang dimamah usia juga. Banyakkan pujian terhadap Pencipta kita.
Aku cuba menarik pembaca.
Aku sedaya upaya posing comey habis. Senyum lebar tak hengat. Buat aksi manja. Sebab apa? Sebab aku rasa bila letak muka yang senyum plastic ini akan menarik minat orang untuk membaca blog aku. Sebab aku rasa, gambar ini salah satu elemen penting bagi sesuatu blog. Ia akan menarik pembaca. Makin banyak gambar yang cantik, makin ramai lah pengunjung nya. Tapi. Tenyata hipotesis aku salah. Tak ramai pun yang datang. Mungkin aku tak cukup lawa kot. Haha.
Kenapa sekarang menahan diri dari upload gambar?
Jenayah siber. Orang curi gambar-superimpose-jual-dapat duit. Mungkin kerana hobi, mungkin juga kerna dendam.
Bomoh. Tak perlu ambil gambar pakai camera power-power dah. Copy paste dari internet dan jom jumpa bomoh!
Maruah diri. Mungkin akan ada pihak yang memandang serong atas perlakuan kita di dalam gambar tersebut. Katakan lah, kau dulu bad girl, sekarang dah baik. Manalah tahu ada orang dengki tabor fitnah dengan menggunakan history kau dulu. Hati-hati dalam melakar sejarah.
Tiada gambar yang cantik. Erk.
Akhir kata, mungkin adalah lebih baik kita mengurang kan aktiviti memuat naik (upload) gambar kita yang cun melecun itu. Save lah untuk tatapan bakal suami anda. Lagi satu, entry ini sekadar pendapat dari aku. Dan tiada kaitan dengan sesiapa. Ini cuma luahan hati aku yang teringin nak upload gambar, tapi aku asyik cancel kan ja.
p/s: entry ini ditaip pada 3 hari yang lepas. sekarang baru dapat publish. Aku tulis kat word dulu. Chrome aku ada probs. T__T
03 Disember 2010
TAHAN DIRI DARI UPLOAD GAMBAR MUKA SENDIRI.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
12 reaksi homosapien:
mmg kene berhati2 bila nk upload gmbar sndiri skang ni. mcm2 bole berlaku.
betull tadi ade bace blog ni, kenapa ade seorang perempuan bertudung menjadi follower blog gay... bila tengok, rase nye pempuan tu dianaya dgn pihak yg x bertanggung jwb.. me pun cuba nak kurangkan upload gmbr sendiri kat blog, cukuplah kat header 2 je.. kat fb lagi.. haish... byk nye gmbr sendiri di upload..
baicardin: betul. perlakuan manusia sukar dijangka...
misz myza : itu lagi satu sebab. gambar yg di upload mudah diguna pakai untuk tujuan lain. takot woo..
Ternyata anda berhati-hati.. Tapi hariz kadang2 terlepas jugak :(
http://profhariz.com
aku paling takut yg jenayah siber tu lah
skrg macam2 orang boleh buat
P/S : Download Filem : Jangan Pandangan Belakang Congkak 2 & Devil
kadang terlupa gak. excited nak tunjuk muka. dah ditegahpun nak gak tunjuk. haih, manusia-manusia.
haha..buat masa ni aku berjaya tak tempek gambor aku kat mana-mana....lalala~~
Gorengbaek - Along oh along....kemana ko menghilang???
Hangit habis dah - Luahan perasaan...luahan perasaan
Saya punya beberapa kebijaksanaan indah.
hariz: harus berhati2..
hans: tau takpe.. org sekarang byk pandai and creepy..
cik tipikal: manusia mudah lupa, sbb tu kena same2 beringat..
along: ko mmg terbaek r along!!
anon: jika begitu indah kebijaksaan awk, papar kan nama k.. anyway good la..
bahaya sekarang. macam2 org boleh buat dgn gambar tu. klu kena bomoh. err..lagi takut
agreeeeeeeeeeeeeeeee sgt3333333333! watpe nk tempek muka kt blog smpai penuh n kasi beratkn page loading kan? better simpan gambar utk suami, pk 2 kali kalo nk letak gmbr comey2 gedik2 sbb kalo bandingkan diri dgn prostitute (teetttt) sama jer kan kalo nak jual muka sndiri semata2 nak trafik. masyaAllah. xtaw da bdk2 zmn skng =.=!
Kedengarannya bagus, saya suka membaca blog Anda, hanya ditambahkan ke favorit saya;)
Catat Ulasan
komen lah dengan ikhlas ya. Aku terima sahaja manis atau tajam.