Assalamualaikum. Hari ini hari Selasa sudah.
Situasi 1-Alam sekolah
Setiap kali nak mula sesi persekolahan yang baru, aku akan gelabah tak tentu pasal. Pikir pasal nak beli baju, kasut sekolah, pencil box, beg sekolah, alat tulis dan banyak lagi. Bajet macam suka sangat ke sekolah padahal akulah puteri kecik yang suka tak datang sekolah. Ini ketika aku sekolah rendah ok. Tapi pencapaian aku ok. Selagi tiada catatan grade C, aku rasa itu ok.
Berbalik tentang membeli barangan sekolah tadi. Aku ini memang gadis demand sedikit ketika itu. Kasut lama tak rosak pun nak beli baru. Baju ok lagi tapi still nak beli yang baru. Pencil box cun lagi, tapi nak beli baru jugak. Konon-konon nak up to date. Boolaweh.
Kadang-kadang macam hilang pedoman bila pergi sekolah. Bukan apa. Pergi sekolah bergelak ketawa dengan kawan. Bunyi je loceng, ayuh pulang! Tapi pedoman itu kembali bila aku masuk ke asrama. Alhamdulillah.Ok. Situasi yang aku dah mula pandai berfikir. Bijak..bijak..
Situasi 2-Alam universiti.
Setiap kali nak mula semester baru. Aku akan gelabah pasal lain pulak. Duit PT dah habis sebab bayar yuran. So, awal-awal sem aku dah pape kedana. Alhamdulillah, biasiswa PAMA (duit papa mama), masih ada untuk menampung anak dara dia yang masih merangkak-rangkak belajar segala benda tentang letrik.
Di alam ini aku tak kisah sangat pasal nak beli baju, kasut, or apa-apa macam semasa sekolah dahulu. Barangan harian dan peribadi lebih penting. Oleh sebab aku jarang outing dan papa mama tak bulih nak jenguk aku selalu di Pahang sinun, so aku beli lah apa yang patut sebelum balik kampus. Makanan, barang mandi, dan barang keperluan yang lain.
Duit itu sangat penting. Kalau tidak aku tak mungkin hidup di alam ini sebab makan kena beli sendiri, buku kena beli sendiri, duit yang ada kena jaga sendiri. Papa mama tak dapat nak kawal sangat sebab aku jauh dan papa mama ada anak yang lain selain aku untuk dijaga juga. Aku dah besar, so aku kena pandai guna duit. Kena pandai berjimat. Tak bulih berlebihan. Aku bukan dari keluarga senang. Aku kena sedar kenyataan itu. Alhamdulillah aku sedar.