Cari Entri Dulu

24 Julai 2010

"MAMA, JANGAN TINGGALKAN KAKAK"

Frasa mimpi yang masih melekat dalam minda aku sehingga kini. Sayu aku ketika membuka mata pagi tadi.

Latar tempat mimpi malam tadi adalah di kawasan lot kedai berhampiran rumah aku dan di hospital. Hospital, tempat yang sayu.

Aku masuk ke dalam salah satu bilik di hospital tersebut dan terus menerpa ke arah mama. Adik-adik aku berwajah sayu, mengalirkan air mata. Mama? Mama juga sedang sayu dan tunduk. Aku kaget.

Apakah yang terjadi? Mengapa semua begini?

Aku terus bertanya kepada adik lelaki ku dan dia mengkhabarkan pada ku bahawa, "Penyakit mama dah serius, bila-bila masa sahaja mama boleh pergi". Aku terus memeluk mama dan aku turut sayu bersama.

Aku menangis, aku bayangkan hidup ku tanpa mama. Di saat itulah frasa itu terkeluar dari mulut ku, "Mama, jangan tinggalkan kakak". Dan aku sambung menangis. Dan terus menangis.

Mama kelihatan cantik dalam mimpi itu. Yang aku ingat mama pakai tudung sarung yang berwarna putih. Sungguh berseri.

Aku lega tatkala bantal tidur ku digegarkan oleh telefon bimbit ku. Aku lega itu bukan realiti. Alhamdulillah....

Ya Allah, berilah peluang untuk mama sembuh dari penyakitnya. Aku sanggup menggantikan tempat mama daripada melihat mama sakit.

Antara koleksi mimpi yang sayu dalam hidupku. Aku tidak mahu membuat koleksi lagi!


p/s : Mama, I love u.

7 reaksi homosapien:

sweetsal berkata... [Reply]

window camni senang nk komen...

ingatkan betui2 mimpi..bila baca tadi memang sedih tul..dh ngalir airmata ni..ish2 sayangilah mama kamu selagi dia ada didunia ni..

nasazfrog... berkata... [Reply]

sebak betul baca ringkasan mimpi itu... bekalkan doa agar dia diberi kesihatan yang baik..:)

Nas berkata... [Reply]

huhu.....mimpi nie mmmg sayu dowh...
aku harapkan mama ko sembuh.....ak pon sayang mak ak jugak...huhu


jom bace entri terbaru nas klik:

tips-jagalah gigi kita

Along Tapa berkata... [Reply]

kalo aku jadik mak ko n baca post ni, aku akan cakap dari ko buat nyawa ko buat galang ganti nyawa aku, lagi baik ko hidup dengan gembira..tu dah cukup buat aku suka....sekurang2nya ada gak bekalan doa anak yang solehah utk aku nnt...

p/s:aku tumpang simpati dgn mak ko..aku doakan dia cepat baik ek~~

Blog nostalgia budak Muor

Pena Crystal berkata... [Reply]

Salam mashi..

Sayu mimpi awk.jangan patah semangat yer.doakan semoga kesihatan ibu awk cepat sembuh.InsyaALLAH..=P

xazryx berkata... [Reply]

hum .sedih gile klu mimpi camtu .

PuanPepel berkata... [Reply]

huhu...seram mmpi gtu..bleh nangis smpi ke pg..

Catat Ulasan

komen lah dengan ikhlas ya. Aku terima sahaja manis atau tajam.