Cari Entri Dulu

07 Julai 2010

ULASAN USTAZAH SITI HAJAR MENGENAI BERTUDUNG TETAPI SANGGUL TINGGI.


Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Sekarang tengah hujan lebat. Kilat main kejar-kejar. Bahaya kalau online sekarang, tapi takpe, aku guna bateri. Selamat kah? Itu yang kita tak tahu.

Ok. Aku pernah mengemukakan persoalan tentang bertudung tetapi bersanggul tinggi dalam entri ini, di mana aku musykil dengan jawapan yang diberikan oleh Dr. Mashitah. Jadi aku pun merajinkan diri untuk bertanya kepada Ustazah yang mengajar di Maktab aku dulu. 

....waalaikumussalam..Masturah yang dikasihi ...

....Pendapat sebelum saya rujuk buku;
....Seperti Dr. Masitah sepanjang saya belajar tidak ada Tok Guru kata bersanggul itu haram kerana ada rambut yang panjangnya tak boleh disuruk dan itu saja caranya ia dikemaskan di dalam tudung.
.....Tetapi sekarang, niat bersanggul itu dijadikan fesyen untuk menarik perhatian orang lain.Apabila niat itu sudah begitu pastilah haram dan kebanyakannya tudung itu adalah jenis lilit tidak melepasi dada dan jarang.
....Kesimpulannya , situasi pertama adalah harus dan situasi kedua haram .Kalau Ustazah dapat jawapan bersandarkan dalil ,Ustazah beritahu kemudian.Allahua`lam.....



Terima kasih Ustazah atas respon Ustazah itu. Ianya seiring dengan apa yang aku fikirkan. 

Bukannya senang ye nak sorok sanggul itu dalam tudung bagi yang berambut panjang. Lainlah rambut pendek. Takde hal punya. Cuma jangan sengaja meninggikan nya semata-mata kerana trend. Ada apa dengan trend? Dekat Padang Mahsyar nanti mana ada trend. 

*kilat tengah berperang*


p/s: Isnin depan aku ada dekat Pahang sampai lah Raya. Aku naik sem 3 loh..

10 reaksi homosapien:

suhaisweet berkata... [Reply]

Jaga aurat bebaik..tak terjawab kat akhirat dik oii..Anyway Nice..My very da very latest.. Bahaya!

kaizen shinobi berkata... [Reply]

hmm... tengok niat la betol2..

tapi kan... kemaskan selagi boleh, jangan biarkan nampak sangat la.. hehe macam jawapan ustazah tuh kan? hehe

lagi 1, kalau pakai tudung 'yuna' aq rase memang nampak kot sorok cne pun... so? cari tudung style lain.. ahaks~

Tanpa Nama berkata... [Reply]

hoho. kalo pakai tudung bawal pon ade bonjot2 walopon ikat tak tinggi. tp yg penting niat kan kan. kalo nak pegi kelas xde makna nak trend2 deh =.=

p/s: botak boleh? :P

death_luver berkata... [Reply]

same jugek..
tertanye2 ape hukum sanggul tinggi neh..

kompius..
tapi betul kata ustazah tuh...
pucuk pangkal dari niat kita...

lagipun buat ape sanggul tinggi2..
kalau rambot panjang pon.
leh sorokkan ape tanpe buat sanggul tinggi2...

myQza berkata... [Reply]

bila sanggul dah tinggi.
jalan bergoyang.
tarik perhatian lelaki.
sama mcm kita pakai gelang tgn atau kaki yg ada loceng.
sama dengan kalau kita letak key chain di beg yg ada bunyi.

pokoknya : tarik perhatian lelaki :))

Hassanah R.A.S.A. berkata... [Reply]

setuju dengan pendapat ustazah tu
tp ade sesetengah orang yang pi bubuh kain & etc kat rambut,
kononnye nak ikut perkembangan semasa+nampak cantik

mari singgah,kalau rajin komen (=
Kartun dulu-dulu Part 2

Seindah.Bidadari berkata... [Reply]

salam..niat tak boleh menghalalkan cara..=) jgn meninggi2kan sanggul untuk kelihatan cantik..itu dah salah..sebenarnya ada hadith yg berkaitan..ziarah di blog sy..ada entry baru yg berkaitan..=)

RABUN berkata... [Reply]

tak lawa langsong, macam alien! kalau ada yang cakap lawa memang sah lah kita memang umat yang duk dalam zon kritikal...

Nur Fannun berkata... [Reply]

tak timbul soal niat dlm bab haram. haram ttp haram..sptutnya seorg ustazh mmberi jwpn jelas dan betul ikut al-quran & hadis...

aku pun rmbut pjg..rmbut sumbat je dlm serkup..kdg2 ikat dandan rmbut spya tak perlu ikt wt toncang..klu sanggul pun snggul cm org tua..bkn cam org prmpuan tgh pantang..

Sabda Rasulullah saw "Wanita yang berpakaian tetapi sebenarnya telanjang untuk mencari perhatian lelaki, yang melenggok-lenggokkan tubuhnya, yang kepalanya seperti punuk unta, mereka itu tidak akan masuk syurga" (Muslim)

Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)

Azza Azman berkata... [Reply]

beTUL TU.. SANGGUL TU TAK HARAM TAPI CARA DAN NIAT KITA TU YG PENTING.

Catat Ulasan

komen lah dengan ikhlas ya. Aku terima sahaja manis atau tajam.