Cari Entri Dulu

12 Januari 2011

HOMESICK IN SUDDEN

Apakah? Perasaan ini datang semula. Rasa tak ingin berada di sini. Kata orang, semangat harus kuat. Ya, kata itu mudah, buat nya payah. Graf semangat aku bukan selalu berada di tahap atas dan akan tetap sama pada titik y di sepanjang paksi x. Tidak. Aku manusia biasa yang sering terumbang ambing macam kamu jua. 


Halangan yang kecil mampu mengubah jalan cerita seseorang. Kerna setiap perkara ada kesannya. Kesan kecil itu lebih merana. Parah jika tak dirawat. Apa da aku merepek mengkhinzir buta ini. Aku hanya ingin menaip. Supaya resah ini hilang. Ya, aku resah dengan halangan ku itu. Mahu dihapuskan, tetapi mustahil buat masa ini. Aku jua tidak pasti bagaimana ia boleh cukup sifat untuk menjadi halangan.

Duh. Pelawaan big boss segan untuk di tolak, takut untuk diterima. Tugas pembantu kepada pembantu nakhoda kapal jua berat. Membantu mengemudi kapal. Silap hari bulan karam di lautan hijau. Mati meninggalkan nama yang cukup jelik. Nauzubillah.

Aku tahu ada hikmah Tuhan letakkan halangan itu pada aku. Melekat. Hati pedih, telinga parah, mata buta. Betapa dahsyat nya halangan ini. Ia memori hitam yang tak mungkin luput. Jika bercendawan sekalipun, ia masih di situ. Ya, masih di dalam organ di sebalik skeleton ini.

Aku merasa tiasa siapa yang akan sempat sampai ke perenggan ini kerna pabila tamat baris satu, halaman ini akan terus dipangkah keluar. Tidak mengapa. Aku pasti tiada yang mengerti. Kerna itu aku menulis compang camping begini. Tunggang terbalik tatabahasa, bersepah tersurat dan tersirat. Aku suka kerna aku dapat menaip. 

Muatan masukan kali ini agak tidak cantik struktur nya kerna aku tidak tekan 'backspace' setelah ayat panjang tertaip dimuka skrin. Lain cerita jika aku jadi auk, ya, itu sangat pasti untuk di ruang balikkan. Ah sudah, kembali merepekan di sini. 

Baca nota. Tidur. Bangun dan mula kan lembaran baru. Ikut saja jalan takdir ini dengan redha, Insyallah, Allah is always by our side. 

p/s: Entri yang tak perlu di promote di fesbuk, nuff, twitter dan gb.

4 reaksi homosapien:

Tanpa Nama berkata... [Reply]

chill yok mas...homesick mmg selalu terjadi kpd student...hehe

kalo rindu sekali pun, cara mudah selalulah kol or msj family dirumah...at least terubat jugak rindu kan...

aja2 fighting

^_^

student life

zul berkata... [Reply]

kuatkan smgt mas.

Masturah Idrus berkata... [Reply]

@tanpa nama

sy tahu awak siapa. thanx awak... :)

Masturah Idrus berkata... [Reply]

@zul

insyallah...

Catat Ulasan

komen lah dengan ikhlas ya. Aku terima sahaja manis atau tajam.