Cari Entri Dulu

09 Januari 2011

SETIAP ORANG ADA FOLLOWERS DAN HATERS TENSENDIRI. LUMRAH ALAM.

Assalamualaikum. Hari ini Pekan, Pahang masih sejuk.

Jika dah dikatakan ianya lumrah alam, maka ianya seerti dengan realiti hidup. Yeke? Memandai je. haha. Yelah kot. Walau kita baik macam mana pun, kita tetap akan ada haters. Walau kita jahat macam iblis sekali pun, akan ada orang yang follow kita.

Kita tak boleh nak nak bagi harapan tinggi pada diri sendiri di mana semua akan sayang kita jika kita baik, pemurah, gojes tak hengat and so on lah.

Jika berfikir sesaat, kita akan cakap followers lah yang buat kita kuat selama ini. Mereka menyokong kita, berdiri di belakang kita. Yelah. Apo-apo je lah. Tapi, cuba-cuba lah berfikir selama seminit pulak, korang akan mendapati bahawa haters la yang buat korang hebat sebenarnya. Bukan hebat yang gah tuh tapi seorang manusia yang hebat, yang betul-betul kuat mental nya.

Jika nak dibanding kan followers dengan haters, haters lebih concern terhadap kelemahan seseorang berbanding followers yang sering menjulang orang itu dengan pujian. Am I right? Realiti kan?

Kalau nak maju, kelemahan harus dibaiki, bukan disembunyi. Kalau orang itu salah, katakan salah, bukan buat orang itu tak sador salah dia.

Kesimpulan nya, hidup ini harus seimbang, kalau tak seimbang kita hilang pertimbangan untuk menetukan haluan hidup. Sayangi lah followers dan haters anda kerana kita bersaudara. ececececeh.

Jangan suka bila dipuji, jangan benci bila di keji. Hidup ini saling memerlukan. Think wisely.

p/s: pasal petik-petik nama bloggers tuh, artis pun selalu kena petik-petik nama jugak, tapi sesetengah dari mereka tak cepat melatah sebab dia tahu benda itu macam kentut, sekejap aja bau nya hangit, lama-lama hilang lah.

p/s: gambar-gambar kacak dengan jelita kita ini memang lah hak kita, tapi kita ini hak Allah yang mutlak. So siapa yang lebih berhak atas gambar itu?

p/s: gadis-gadis, lengan pun aurat ya bukan rambut sahaja. :)


13 reaksi homosapien:

Nur Mudrikah berkata... [Reply]

setuju. lengan pun aurat jugak;)

sama2 kita menjaganya..insyaallah

ENCIK TIKUS berkata... [Reply]

kentot ? LOL

matang rasanya bila baca entry nie, hehe

LovelyMe berkata... [Reply]

doble LIKE tuk entry ni.

XDD

Along Tapa berkata... [Reply]

aku setuju dengan pendapat ko mashi..

tapi kalo haterz tu jenis kondem dan kondem je is ok...tapi kondem sampai membuatkan blog kita kena banned dengan blogger.com, tu memang surely shit la..ehem..sori..terHHD pula...

Gorengbaek - Pengaruh sekolah yang tak patut dibawak pegi rumah...

Hangit habis dah - Lu kan..perangai macam p*** la bangang...

Unknown berkata... [Reply]

setuju :)

hana berkata... [Reply]

i loike dis entry..
hehe

PokCik BoTak berkata... [Reply]

pokcik bersalah ke?..haha

ezany berkata... [Reply]

biasa la dunia blogger.. dari dulu ade jer gaduh2..

Masturah Idrus berkata... [Reply]

entri ini umum. bukan setakat di dunia blog, malah ia bersifat global. :)

Dolmar Desserts berkata... [Reply]

hmmm, tulah...kalau dengar pendapat followers je memang tak kemana lah kita. Siapa tak suka kena junjung tinggi2. Ambil pengajaran ;)

Salam masturah!

Unknown berkata... [Reply]

terbaik la lesbo ku


*lama tak singgah komen >.<

Pojiepooh Abdullah berkata... [Reply]

"haters lebih concern terhadap kelemahan seseorang berbanding followers yang sering menjulang orang itu dengan pujian" - ada kebenarannya.. bak kata org2 tua, tak hidup dek puji, tak mati dek keji.. ambil mana2 yg positif utk bangunkan diri..

thanks coz dah buka mata POjie :)

PojiePooh; Hanya Satu...

Kujie berkata... [Reply]

duduk dalam dunia yang berkilau2 femes amos memanglah sentiasa dilambung ombak....

p/s lengan tu aurat - teringat seseorang yang buat advertorial cream ape entah....

Catat Ulasan

komen lah dengan ikhlas ya. Aku terima sahaja manis atau tajam.