Sedang di main kan : Hanyut - FT.
Tengahari tadi, di dalam kelas public speaking, telefon n81 bergegar. Lama, aku tengok. "Mama" tertera di skrin. Mahu ku angkat tangan untuk minta izin keluar. Tetapi Miss Yap harus di beri perhatian ketika itu. Habis kata-kata, aku terus keluar dan menelefon mama semula. Mama suruh update pasal info kat IEM. Tapi aku tahu, dia sedang sunyi.
Loh. Panas mata seketika. Rindu datang. Ok. sambung taip.
Selepas Perkara IEM habis di bincang kan, mama tanya tentang plan balik cuti tahun baru cina. Mama yang ku sayang, kakak balik. Dont worry. Kakak akan berada di rumah selama seminggu. Ok?
Perbualan bersambung. Mama mengatakan mama dan papa akan ke Melaka hujung minggu ini untuk berubat. Mama pergi check up hari itu, its getting worse. Doctor suruh mama guna that machine, mama papa refuse. Sebab itu papa nak bawak mama pergi Melaka. Permudahkan lah urusan mereka Ya Allah.
Other than that, mama cakap pasal tempat study ihsan, pasal iyah tak sihat, pasal ibal yang seperti tidak interested untuk ke sekolah. Mama kata, papa suruh ibal pergi sekolah agama pun dia rela. So, mama bercadang nak hantar dia masuk sekolah teknik next year. Adik-adik ku, I miss you all so much ok.
Perbualan berlanjutan selama 10 minit. Padahal ada kelas ini. Lalalala. Family comes first. Miss them.
p/s: Sayangilah dan rinduilah keluarga anda.
3 reaksi homosapien:
semoga dpermudahkan segala urusan..amin;)
Harap lancar semuanya, aminn
@nur mudrikah and @biela sapine
thanx dear..
Catat Ulasan
komen lah dengan ikhlas ya. Aku terima sahaja manis atau tajam.