Terima kasih sebab pernah buat aku senyum dulu.
Terima kasih jugak sebab pernah nyanyi lagu ini dulu.
Aizat - Lagu Kita
Banyak kali dah aku macam berniat untuk berkawan dengan orang masa lalu. Tapi apakan daya, bila melihat mereka kenangan lalu berlegar legar dalam kepala dengan gedik nya. Mungkin satu hari nanti kita akan berjumpa juga dan saling senyum semula. Eh kejap, dengan dia ni aku aku tak pernah senyum depan-depan. Komunikasi terhad di telefon bimbit sahaja.
FYI, entry sebelum ini yang tentang lagu 'semua tentang kita' tuh. Itu lagu yang dituju kepada aku di dalam surat padal 4 tahun lepas. Kalau tak silap lah.
Selamat malam. Rasa bahagia bila berkumpul satu famili di twitter tadi. :)
p/s: sejak kebelakangan ini kenangan semakin aktif datang memujuk-mujuk. Apakah ini satu petanda?
p/s: selamat hari jadi yang ke-15 adikku Nor Muhammad Iqbal. PMR nanti score tau dan selalu lah jadi hamba Allah yang taat perintahNya. Insyallah.. Tak lupa juga kepada abang ku Nor Mohd Iskandar yang juga menyambut hari jadi nya yang ke 27. Selamat Hari Jadi!
1 reaksi homosapien:
kesian..
sabarlah ye...
Catat Ulasan
komen lah dengan ikhlas ya. Aku terima sahaja manis atau tajam.