Cari Entri Dulu

23 Jun 2010

APA KENA BUAT JIKA TERTINGGAL SOLAT SECARA TIDAK SENGAJA?

Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca sekalian.
Ada sesiapa yang pernah menghadapi situasi tersebut? Aku mengaku aku pernah. Alasan? Aku tidur. Bila bangun memang rasa menyesal.

Solat ibadah wajib, berdosa besar jika meninggalkannya. Jadi apa harus kita lakukan? Bagi perempuan yang datang bulan, haruskah mereka ganti solat yang ditinggalkan mereka selama mereka datang haid? Haa, nak tahu jawapan nya, jom baca petikan dari forum di Halaqah.net.


*******

Saya telah tertinggal waktu solat disebabkan tertidur atau dalam keadaan terlupa setelah masuk waktu solat yang baru. Lantas dengan teringatnya ketinggalan solat tersebut, saya terus mengerjakan solat tersebut tanpa berlengah lagi. Soalannnya ialah, perlukah niat utk solat yg tertinggal tersebut ditambah dengan 'qadaan' atau niat biasa?

terima kasih


************
wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr qwer dengan kadar kemampuan yang terhad, Insyaallah.

Didalam Islam, terdapat perkara-perkara yang dima'afkan oleh Allah swt yang disebabkan perkara diluar kawalan, seperti lupa atau tertidor, lantas menyebabkan seseorang itu tertinggal melakukan kewajipannya. Sabda Rasulullah saw :

إِنَّ اللَّهَ تَجَاوَزَ عَنْ أُمَّتِي الْخَطَأَ وَالنِّسْيَانَ وَمَا اسْتُكْرِهُوا عَلَيْهِ

"Sesungguhnya Allah mengampunkan Umatku mengenai kesalahan dan kelupaan, dan apa yang mereka dipaksa melakukannya" - [Hadith riwayat Ibn Majah #2043, disahihkan oleh al-Albani didalam Sahih Ibn Majah #1662].

Begitu juga halnya dengan ibadat Solat dimana solat yang tertinggal disebabkan tidur atau pun terlupa hendaklah dilakukan sebaik sahaja bangun atau teringat tanpa sebarang kifarat yang lain. Hadith dari Anas ibn Malik ra berkata : Nabi saw bersabda :-

مَن نسي صلاةً أو نام عنها فكفارتها أن يصليها إذا ذكرها

"Barang siapa yang terlupa solat atau tidur dan terlepasnya, kafarahnya ialah bersolatlah sebaik sahaja dia ingat" - [Hadith riwayat Muslim #684].

Scenario ini juga merujuk kepada waktu solat bagi seseorang yang tidur atau terlupa jatuh telah berlalu, lalu dia segera menunaikannya, maka solat tadi dikategorikan oleh sepakat ulama' sebagai Solat Qada'. Menurut Dr Wahbah Al-Zuhaily, definasi Qada' ialah "melakukan sesuatu amalan yang diwajibkan selepas dari waktunya". Dr Al-Syarabaasi pula mendefinasi Solat Qada' sebagai :

وأما فضاء الصلاة فمعناه أن يصلي الإنسان الفرض الذي لم يستطع أن يصليه في موعده المحدد له؛

"Dan bagi Solat Qada' maknanya ialah Solat fardu seseorang yang tidak mampu dia bersolat pada masa yang ditentukan untuknya" "-[Yaaluunak 1/46]

Maka Niat Solat pada masa itu dianggap sebagai Qada' dan bukan Tunai. Cuma menurut ulama' tersebut Qada' solat orang yang tertidur dan lupa tidak dianggap sebagai dosa. Menurut bekas Mufti Mesir, Dr Nasr Farid Wassel :-

اتَّفقَ العلماء على أن قضاء الصلاة الفائِتة واجب على الناسي والنائم عنها لقول الرسول صلى الله عليه وسلم: "إذا نسِيَ أحدٌ صلاةً أو نام عنها فلْيَقضِها إذا ذكَرها " لأنه يكون آثِمًا بترْك الصلاة والقضاء عليه واجب ، وهذا هو مذهب جمهور العلماء، ويَجب عليه كذلك الاستغفار والتوبة وكثْرة صلاة التطوُّع.

"Sepakat ulama' bersetuju mengenai hukum Qada' Solat wajib keatas LUPA dan TIDOR sebagaimana hadith Nabi saw : (Apabila terlupa seseorang didalam solat atau tidor, maka lakukan solat segera apabila ingatnya) kerana sesungguhnya adalah berdosa meninggalkan solat dalam Qada' keatasnya wajib, Ini adalah mazhab jumhur ulama', dan wajib keatasnya memohon keampunan dari Allah dan bertaubat dan memperbanyakkan solat sunat"

Ulama' melihat alasan tidor dan lupa merupakan alasan yang syarie dan bukanlah alasan-alasan lain seperti sibuk, malas, tidak sampai seru, tidak ada masa dan sebagainya, yang mana menurut sebahagian ulama' seperti Ibn Taimiyah rh. tidak boleh dilakukan qada' keatasnya melainkan bertaubat dan melakukan banyak solat sunnat. Ulama'-ulama' mazhab membenarkan qada' terhadap solat tersebut (yang bukan alasan syarie). Ulama' Salaf hanya menerima Qada' solat wajib keatas sebab-sebab Lupa dan Tidor sahaja sebagaimana hadith diatas, akan tetapi Jumhur Mazhab mewajibkan Qada' Solat diatas sebab-sebab yang lain. WA.

wassalam
======
Rujukan

1. Dr Ahmad Al-Syarabaasi. Yaaluunaka fi al-diin wa al-hayaah - 1. cetakan baru. Beirut : Daar Al-Jiil [t.t]. (ms 46)

2. Dr Wahbah al-Zuhaily. al-Fiqh al-Islami wa adillatuh - 2. cetakan ke 3. Damsyik : Dar al-Fikr, 1989.

3. Dr Nasr Farid Wassel. كيفية قضاء الصلاة الفائتة. url :http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=44556



*********


p/s : perlukah ucap kata sayang di dinding fesbuk selalu sedang kan kita boleh ucap melalui telefon? Kalau kadang-kadang aku tak kisah. Mungkin sesetengah orang rasa ianya romantik. Tapi bagi aku kalau ucap selalu lepas kahwin baru romantik kan....



4 reaksi homosapien:

Cik Ct Fadzil™ berkata... [Reply]

salam.. smoga kita dampunkn ALLAH SWT ats sgala dosa yg dlakukan..

p/s ; search cni kalu ajin.., ;)
http://dunia-ctie.blogspot.com/2010/06/tag-by-yaya-contest-mata-mempesonakan.html
wassalam..

Khairunnisa' berkata... [Reply]

Jazakallah khair untuk info di atas ni :) I learnt something today.

wunny berkata... [Reply]

salam..

nak comment bahgian p/s tu jea. hehe
haa betol tuu.
kadang-kadang pelik jea dengan couple2 yang sibuk dok tayang2 luahan cinta mereka.
kalau dah kahwin mesti rasa lagi bermakna kan.
hee~ :)

Nama Diberi Hizzul Hamli berkata... [Reply]

tpi klu stiap seminit satu, its annoying right dear...
hwhehehehe :)

Catat Ulasan

komen lah dengan ikhlas ya. Aku terima sahaja manis atau tajam.