Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Tajuk macam puas giler kan? Memang puas woo.. Seronok tengok bilik air bersih, berkilat-kilat *silau!*. Aktiviti mencuci bilik air ini memang memerlukan semangat yang tinggi! Kalau tak tinggi, memang cincai je lah kerja korang.
ini bukan bilik air rumah aku. Sebab rumah aku takkan ada jamban duduk. Hate it! Additional info, ustaz yang ajar aku TITAS masa sem 1 kata, bila awak menggunakan jamban duduk untuk melepaskan hajat besar awak, umpama awak berdiri semasa melakukannya. Der, giler tak puas guna jamban duduk.
Kembali ke aktiviti mencuci. Bila datang semangat aku, memang habis-habisan aku cuci bilik air tuh. Sekali dengan baldi dalam bilik tuh aku bersihkan. Gentel sana, gosok sini.
Aku tak suka setan menyebuk dekat rumah aku, jadi aku kenalah bersihkan port lepak diorang kan. Bagi diorang blah. Syuh....
Aku paling tak suka orang yang GELI nak bersihkan bilik air, lagi-lagi kalau dia juga salah seorang pengguna bilik air itu. Menyampah sampah dengan orang yang terlalu pentingkan kebersihan diri dia sampai tak nak buat benda yang konon-konon jijik. What da cow...layak ke gelaran pembersih tu melekat pada diri kau? nehi babuji. Tak kira berada di asrama atau rumah, sila jadi pengguna yang bertanggungjawab ok.
Ok sambung cerita, ada kebaikan nya cuci bilik air ini. Sebab pertama of course lah sebab kebersihan, lagi satu korang dapat lepaskan tension korang dengan menggosok lantai dengan sekuat hati! Waalaweh!! Best loh.. Puas sesangat.
Lepas dah basuh bilik air, aku mandikan teddy pink buncet tuh haa.. Mama dah banyak kali suruh. Aku je yang takut. Takut Tedy tak rupa Tedy dah.. Tapi Tedy still comey!
Akhir kata, kalau kita nak tahu orang tu pembersih atau tidak jenguk bilk air orang itu. Hati-hati ye, manalah tahu tiba-tiba sedara mara korang datang main suprise2 semata-mata nak tumpang toilet. Bersihkah bilik air anda? Ha.... Watch out!
mood : hepy tengok bilik air yang bersih, ada sesiapa yang nak upah aku?
p/s : pemain bola pun macam kanak2 kan, lepas dah gol, keeper sorok bola, pemain lawan datang nak ambil, sekali kena tumbuk daa... ape ntah!
p/p/s : adakah anda blogger yang menggunakan rupa paras untuk menarik pengunjung datang ke blog anda??
14 reaksi homosapien:
tak menahan betul aku baca apa ustaz tu ckp.
umah aku ada 2-2.
tapi aku x pernah pakai yg duduk. buat sebab mak aku sakit lutut. :)
akak basuh bilik air seminggu sekali...waktu cuti...weekday taksempatlah dik...klu dah tak tahan terpaksa jugaklah basuh...huhuhu...memang tak bleh tengok toilet kotor...tapi kat rumah akak toilet duduk...mcam mana tu..
kena cuci jamban masa l.i
ya basuh bilik air tu mmg puas hati.. kdg2 I guna cara tu lpskn geram..kdg2 pkul 2 3 pg pn leh je nk basuh toilet :D
err, I bukan jenis yg cantik..so org dtg blog bkn tngok muka I laa kot :D
@sI tEDI : time ustaz cakap semua buat muke pelik..haha
agak nye dah tua baru berguna kot jamban duduk tuh.. haha
toilet kat hostel aku sem lepas da 2 bulan xbasoh...berkulat...ngeh2...last2 lepas kne sound,basuh gak...huhu
@Zaidah : smggu sekali? bagus nye... keep it up kak!
ustaz kate tak elok gune jamban duduk...
@FeezMior : wah...... pg2 basuh toilet???
dasat! hehe
@Wan Perlis : best kan.... hehe
@nas : tak boleh blah 2 bulan.... eeeuuww
yeah! yeah! yeah! saya pon suka cuci tandas. gosok2 lantai dengan dinding guna ZIP sangat berkesan membuang daki2 degil (ini iklan tidak berbayar). walaupon amik masa berjam2 untuk cuci sorang2 setiap inci toilet tapi puas. rasa macam esoknya nak buat open house biar semua orang nampak toilet berkilat. hahaha..
Saya suka cuci tandas bila bahan-bahan mencuci mencukupi~
@Nur Hidayah Yahya : kite same laaaa.... sy pun gune ZIP gak... hehe
@Khairunnisa' : betul2...
Catat Ulasan
komen lah dengan ikhlas ya. Aku terima sahaja manis atau tajam.