Cari Entri Dulu

17 Jun 2010

KEBAIKAN MEMAKAI PANTY LINER (UNTUK WANITA SAHAJA)



Keputihan, peluh dan lembapan selepas membuang air boleh menyebabkan pembiakan bakteria pada seluar dalam, dan seterusnya mengakibatkan masalah lain pada bahagian sulit anda seperti kegatalan yang ada kalanya bersifat kronik.

Menurut kajian yang dilakukan di Barat, setiap wanita mungkin pernah mengalami masalah kegatalan itu sekali dalam seumur hidup mereka, namun ada juga wanita terutama di kalangan remaja dan wanita muda yang kerap mengalaminya.

Malangnya, kebanyakan wanita yang menghadapi masalah berkenaan enggan mendapatkan rawatan. Selain malu, sikap masyarakat yang masih menganggap masalah membabitkan bahagian sulit seperti kedatangan haid, kegatalan, keputihan dan lelehan yang keluar sebagai sesuatu yang tidak boleh dibincangkan secara terbuka menyebabkan masalah berkenaan terus berlaku.

Ini mengakibatkan ramai wanita terpaksa ‘menderita’ dalam diam walaupun hakikatnya penyakit itu boleh dirawat. Perkara sama juga berlaku kepada remaja yang mungkin beranggapan lelehan yang ada kalanya mendatangkan bau tidak menyenangkan sesuatu yang cukup peribadi untuk dibincangkan bersama ibu atau rakan.

Hakikatnya, masalah pada bahagian sulit tidak berlaku kepada individu tertentu kerana boleh dikatakan semua wanita mengalaminya. Tanpa pengurusan yang baik, masalah dialami boleh berlarutan dan menyebabkan penyakit yang lebih serius seperti kegatalan kronik.

Lazimnya, ini berlaku apabila lembapan pada seluar dalam tidak ditangani dengan baik. memahami masalah wanita hari ini, pelbagai jenama termasuk Carefree tampil dengan penyelesaian mudah bagi mengelakkan lembapan tidak menyenangkan pada bahagian berkenaan.

Pengalas seluar atau lebih dikenali dengan istilah dalam Bahasa Inggeris, iaitu panty liner, berfungsi sama seperti tuala mandi bagi memastikan kawasan pada seluar dalam sentiasa kering dan segar sepanjang hari.
Berbeza dengan tuala mandi pengalas seluar lebih nipis kerana hanya digunakan pada hari biasa dan bukannya ketika kedatangan haid, tetapi sebaiknya ia dipakai setiap hari sebagai persediaan kedatangan haid. Begitupun, sama seperti tuala mandi pengalas seluar juga mempunyai pelekat yang dapat mengekalkan kedudukannya.

Selain itu, pemakaian pengalas seluar juga boleh mengelakkan kotoran degil yang sering berlaku pada bahagian V seluar dalam, malah anda dapat mengelakkan bau kurang menyenangkan selama kira-kira lapan jam sehari terutama jika anda sedang mengikuti kegiatan lasak.

Pengguna digalakkan memakainya setiap hari dan menukar pengalas seluar dalam itu sekurang-kurangnya dua kali sehari bagi memastikan kesegaran.

Pengalas seluar mempunyai tiga lapisan
# Lapisan teratas - menyerap lembapan daripada kulit.
# Lapisan penyerapan nipis - menjadi tempat lembapan di simpan.
# Lapisan bawah - mencegah lembapan keluar.

Sumber : Seri Kasih


p/s : aku tak sangka ada jugak yang tak puas hati dengan aku.

2 reaksi homosapien:

Ryan Valentine berkata... [Reply]

suke pakai ni.. wangi~

princeduyong berkata... [Reply]

ye ke...ilmu..ilmu...thanks..

Catat Ulasan

komen lah dengan ikhlas ya. Aku terima sahaja manis atau tajam.