Cari Entri Dulu

16 Jun 2010

MENTOR BLOG AKU

Assalamualaikum dan salam sejahtera. *ceyt, macam pembaca berita* Sesi kali ini aku nak perkenalkan mentor-mentor blog aku yang telah menjadi sumber inspirasi aku semasa aku masih lagi di tahap baby-baby lagi dalam dunia blog. Ya, blog aku lahir setahun yang lalu. Ok. Jom jalan-jalan kenal mentor aku.


Aku mulakan dengan saudari yang telah menarik aku masuk ke dalam dunia blog ini.

klik gambar untuk singgah blog dia.

Nama saudari ni Najatun. Kawan aku sejak form 4 dan telah menjadi roomate aku ketika di matrik melaka. Sekarang dia ada dekat Egypt. Dah gila tak sabar nak balik Malaysia. hehe. Najat lah yang ajak aku buat blog. First Entry aku pun ada nama dia. Template blog dia always simple and ringan. Entri blog memang sedap di baca lah, ala-ala 'gedik' sometimes! haha. Overall, entri blog dia adalah penulisan dari hati. Jarang ada copy paste. Siapa yang gemar kan pembacaan yang simple and fun, boleh lah pergi blog dia dengan tekan gambar kat atas tu okeh. Terima kasih Najat!

Seterusnya adalah blog senior aku semasa di maktab

klik untuk singgah blog dia.

Dia pelajar UTP. Aku admire penulisan dia dari maktab lagi. Puan Hasimah adalah guru Bahasa Melayu aku ketika aku form 5. Dan beliau suka memberi sample jawapan exam penulisan, dan salah satu sample jawapan tersebut adalah penulisan Abir Abhar iaitu tuan punya blog. Penulisan dia gempak woo... Kenapa dia mentor aku? Ok. Sebelum ini design blog dia lain,sekarang dah simple sedikit. Dulu, dia guna 3 column. Time tuh aku suka tengok widget blog dekat side bar dia. Dan aku teringin nak buat macam tu jugak tapi tak reti sebab tak tau nak cari kat mana. *masa tuh aku masih lagi suci berblog, ilmu blog ciput je*. Penulisan blog dia pun ala-ala 'gedik' jugak. haha. And dia suka bergambar sambil posing comey. haha *jangan marah ye Abir*. Jom singgah blog dia!

Yang terakhir adalah kenalan di alam maya.

klik untuk singgah blog dia.

Dia ini salah satu blogger yang dikira otai jugak lah. Tak silap aku lah kan, aku kenal blog dia dari myspace. Entri yang aku baca ketika itu adalah dalam bahasa Inggeris. Walaweh! Masa itu aku kagum sebab ada anak Melayu yang boleh tulis entry berbahasa Inggeris dengan vocab yang superb. BTW nama dia Asfan dan sekarang dia berada di New Zealand. Entri dia the best! Kadang-kadang ayat dia memang pedas dan lazat! nyum3... haha. Singgah blog dia, dan korang takkan menyesal. Percayalah. haha.

Merekalah antara orang yang menjadi tempat rujukan aku semasa di awal pembabitan aku dalam dunia blog. Terima kasih!



p/s : ada orang mempersoalkan kenapa aku suka buat entri pasal aurat padahal aku pun pakai tak betul. haha. hati-hati dalam mencipta sejarah hidup, takut kena cela di kemudian hari. :)

6 reaksi homosapien:

kenwooi berkata... [Reply]

cool.. =)

NK berkata... [Reply]

mak malu nyahhhh

Abir Abhar berkata... [Reply]

masturah, alaaa.. terharunye... tak layak lah jadi mentor2 ni..
hehe..
neway, thanks ye! terus lah berblog.. and i'll always be ur loyal silent reader!
ngee
*cikgu shima guna my essay ke? wah wah.

masturah idrus berkata... [Reply]

@kenwooi part mane yg cool ken? hehe

masturah idrus berkata... [Reply]

@NK alalalala..... maceh ye najat! hehe

masturah idrus berkata... [Reply]

@Abir Abhar same2...hehehe

p/s:yup3.. cikgu shima gune your essay, cool kan...haha.. all the best!

Catat Ulasan

komen lah dengan ikhlas ya. Aku terima sahaja manis atau tajam.