Cari Entri Dulu

21 Januari 2011

TAKUT AKAN KERABAT ABANG ALEX.

Lubang sudah pecah kah? Atau mereka yang bijak menduga? Cemas.



Aku suka untuk bernakalan. Ya bernakalan. Memang itu diri aku. Tetapi di dalam nakal ada juga terselit kecut. Lelaki kan. Kita tak boleh nak jangka kelakuan mereka. Bahkan semua orang pun kita tak mampu nak jangka apa yang dilakukan.

Sebab kita tahu kuasa lelaki lebih dan lebih kuat dari gadis. Itu fakta.

Kerabat itu counter attack. Aku rasa seperti di serang dengan cara yang menakutkan. Psychology attack. Mungkin.

counter attack


Salah aku juga. Aku yang memulakan permainan nakal ini.

Untuk menenangkan hati yang bergelora kalah gelora ribut, aku hanya menanti saat aku tiba di rumah. Mungkin dengan menjauhkan diri pada satu jangka masa, ribut akan berhenti, matahari mula menyinari.

Aku setia pada anak Pakcik Hamli. Ya. Dia antara lelaki yang aku rasa selesa untuk berkomunikasi selain dari keluarga dan teman rapat.

Apabila perkara ini berlaku, hilang terus kenakalan untuk meneruskan permainan nakal. Sungguh.

Aku cepat percaya, dan cepat hilang kepercayaan. Kini?

Aku hilang kepercayaan pada kerabat Encik Alex. Kerana aku takut. *Lari!

p/s: Nasib baik air teh 'o tidak dijampi. Nauzubillah.

TEH 'O'


25 Februari 1981
Pembuat air teh terhebat selepas mama.

Terima kasih Abang Alex

Pakcik Makcik, jangan aim kita untuk dijadikan bakal menantu kerana bakal mertua & adik ipar kita sudah sayang kita. 

Betul ke Encik H? 

Jangan ambil serius sangat tentang hal ini Encik H. Awak tahu kita nakal sedikit kan?

Sabar ya. 

Smile. 

p/s : kepala berdenyut tanda aku harus jauh dari skrin terang ini. 

19 Januari 2011

SEMPENA DUA MINGGU LAGI..




Rambut masih basah. Aku geleng-geleng kepala konon nak biar rambut cepat kering. Sexy. Konon.

Sempena dua minggu lagi..

Aku mahu belagak sedikit. Belagak menjadi orang dewasa. Mahu berahsia. Tidak mahu ia dihebohkan.

Sempena dua minggu lagi..

Aku tidak mahu minta mereka memberi barang pink, memberi duit yang tidak nampak, memberi untuk buat aku senyum. Tak perlu semua itu.

Sempena dua minggu lagi..

Aku rasa selamat kerana aku akan berada di rumah pada dua minggu yang akan datang.

Sempena dua minggu lagi..

Aku nak merepek sahaja di kamar putih ini. Persetan kan alexa itu.

Sempena dua minggu lagi..

Aku mahu bersiap sedia, mana tahu ada pinangan yang menanti.

Sempena dua minggu lagi..

Aku mahu sentiasa senyum. Debar.

Sempena dua minggu lagi..

Jangan lah mata-mata yang sedang melihat tulisan repekan aku tertipu dengan frasa-frasa kering di atas kecuali senyum, alexa dan selamat berada di rumah itu. haha.

Aku  hanya senyum menanti.

Dua tambah satu sama dengan tiga.

Haha. Saja aku gedik. Dan aku yakin, semua menyumpah repekan ini. Padan muka. J

16 Januari 2011

MAHU KACAK LUAR ATAU KACAK DALAM?

Sok sek sok sek.. Pergi ke tandas, buang lagi. Hembus kuat-kuat. Masuk bilik guna kertas lembut pula, habis penuh tong sampah. Dugaan.

Jika di lihat pada tajuk, sudah tentu lelaki yang sedang dijadikan bahan bicara. Ya, lelaki. Lumrah hidup. Ada lelaki yang dilahirkan tampak sempurna, ada pula yang serba kekurangan. Apa-apa pun, bersyukur lah. Setiap ciptaan Allah, ada keindahan tersendiri.

Kacak luar atau tampan, segak, bergaya adalah idaman para anak Adam yang hidup di atas muka bumi ini. Begitu juga dengan gadis yang ingin tampak menarik dan anggun di mata orang lain. Ia adalah keinginan setiap orang namun ia bukan satu keperluan hidup. Apakah yang perlu untuk hidup? Ada 3 perkara asas ; makan, pakaian, dan tempat tinggal. Sekadar info tambahan.

Kacak dalam pula adalah personaliti seseorang lelaki itu. Beradab sopan, berbudi bahasa, prihatin, ikhlas dan banyak lagi. Kacak dalam sukar untuk dilihat dengan mata kasar, jadi mata hati yang perlu digunakan untuk melihat ciri-ciri tersebut. Kebiasaannya, lelaki kacak luar tidak kacak dalam dan vice versa. Itu hasil dari pemerhatian aku lah.

Namun, si kacak mana yang selalu menjadi idaman para gadis? Kata aku, aku suka lelaki kacak dalam lebih dari kacak luar.

Mengapa?

1. Lelaki kacak dalam sukar untuk di temui di zaman ini. Bagi aku, mereka yang seharusnya menjadi rebutan.

2. Kacak luar akan di mamah usia, InsyAllah, kacak dalam akan berkekalan. Manusia memang berubah, dari situ akal dan hati menjadi peranan.

3. Lelaki kacak luar terlalu banyak peminat nya. Sungguh aku tak gemar kerna tahap cemburu aku agak tinggi ya.

4. Kacak dalam membuat hati aku terikat kepada nya. Hati ini berfungsi sepanjang masa. Kontra pula pada kacak luar buat mata aku berpaut pada nya. Bila mata di pejam, pautan pun terlepas. Mana satu lebih baik?

5. Selalunya, lelaki kacak dalam mempunyai lebih banyak keistimewaan nya. :)

Memang manusia tidak sempurna, tapi itu tidak menghalang kita untuk menjadi yang terbaik. Bukan maksud aku semua lelaki kacak dalam tidak kacak luar dan vice versa, Maksud aku, kriteria mana yang akan menjadi pilihan aku.

Aku juga gadis yang ingin mata ku dijamu dengan pandangan yang enak, tetapi untuk jangka masa yang panjang, lelaki yang kacak dalam menjadi pilihan aku. Tidak kira lah lelaki itu kacak atau tidak, namun apa yang penting adalah dia kenal Tuhan nya, kenal agama nya dan dan kacak hati nya.


p/s: fakta aku: kadang-kadang agak kurang suka memandang mereka yang 'terlalu' kacak kerna terasa ada keegoan yang tinggi tersembunyi di sebalik rupa itu.

13 Januari 2011

MAMA.

Sedang di main kan : Hanyut - FT.


Tengahari tadi, di dalam kelas public speaking, telefon n81 bergegar. Lama, aku tengok. "Mama" tertera di skrin. Mahu ku angkat tangan untuk minta izin keluar. Tetapi Miss Yap harus di beri perhatian ketika itu. Habis kata-kata, aku terus keluar dan menelefon mama semula. Mama suruh update pasal info kat IEM. Tapi aku tahu, dia sedang sunyi.

Loh. Panas mata seketika. Rindu datang. Ok. sambung taip.

Selepas Perkara IEM habis di bincang kan, mama tanya tentang plan balik cuti tahun baru cina. Mama yang ku sayang, kakak balik. Dont worry. Kakak akan berada di rumah selama seminggu. Ok?

Perbualan bersambung. Mama mengatakan mama dan papa akan ke Melaka hujung minggu ini untuk berubat. Mama pergi check up hari itu, its getting worse. Doctor suruh mama guna that machine, mama papa refuse. Sebab itu papa nak bawak mama pergi Melaka. Permudahkan lah urusan mereka Ya Allah.

Other than that, mama cakap pasal tempat study ihsan, pasal iyah tak sihat, pasal ibal yang seperti tidak interested untuk ke sekolah. Mama kata, papa suruh ibal pergi sekolah agama pun dia rela. So, mama bercadang nak hantar dia masuk sekolah teknik next year. Adik-adik ku, I miss you all so much ok.

Perbualan berlanjutan selama 10 minit. Padahal ada kelas ini. Lalalala. Family comes first. Miss them.

p/s: Sayangilah dan rinduilah keluarga anda.

12 Januari 2011

HOMESICK IN SUDDEN

Apakah? Perasaan ini datang semula. Rasa tak ingin berada di sini. Kata orang, semangat harus kuat. Ya, kata itu mudah, buat nya payah. Graf semangat aku bukan selalu berada di tahap atas dan akan tetap sama pada titik y di sepanjang paksi x. Tidak. Aku manusia biasa yang sering terumbang ambing macam kamu jua. 


Halangan yang kecil mampu mengubah jalan cerita seseorang. Kerna setiap perkara ada kesannya. Kesan kecil itu lebih merana. Parah jika tak dirawat. Apa da aku merepek mengkhinzir buta ini. Aku hanya ingin menaip. Supaya resah ini hilang. Ya, aku resah dengan halangan ku itu. Mahu dihapuskan, tetapi mustahil buat masa ini. Aku jua tidak pasti bagaimana ia boleh cukup sifat untuk menjadi halangan.

Duh. Pelawaan big boss segan untuk di tolak, takut untuk diterima. Tugas pembantu kepada pembantu nakhoda kapal jua berat. Membantu mengemudi kapal. Silap hari bulan karam di lautan hijau. Mati meninggalkan nama yang cukup jelik. Nauzubillah.

Aku tahu ada hikmah Tuhan letakkan halangan itu pada aku. Melekat. Hati pedih, telinga parah, mata buta. Betapa dahsyat nya halangan ini. Ia memori hitam yang tak mungkin luput. Jika bercendawan sekalipun, ia masih di situ. Ya, masih di dalam organ di sebalik skeleton ini.

Aku merasa tiasa siapa yang akan sempat sampai ke perenggan ini kerna pabila tamat baris satu, halaman ini akan terus dipangkah keluar. Tidak mengapa. Aku pasti tiada yang mengerti. Kerna itu aku menulis compang camping begini. Tunggang terbalik tatabahasa, bersepah tersurat dan tersirat. Aku suka kerna aku dapat menaip. 

Muatan masukan kali ini agak tidak cantik struktur nya kerna aku tidak tekan 'backspace' setelah ayat panjang tertaip dimuka skrin. Lain cerita jika aku jadi auk, ya, itu sangat pasti untuk di ruang balikkan. Ah sudah, kembali merepekan di sini. 

Baca nota. Tidur. Bangun dan mula kan lembaran baru. Ikut saja jalan takdir ini dengan redha, Insyallah, Allah is always by our side. 

p/s: Entri yang tak perlu di promote di fesbuk, nuff, twitter dan gb.

09 Januari 2011

SETIAP ORANG ADA FOLLOWERS DAN HATERS TENSENDIRI. LUMRAH ALAM.

Assalamualaikum. Hari ini Pekan, Pahang masih sejuk.

Jika dah dikatakan ianya lumrah alam, maka ianya seerti dengan realiti hidup. Yeke? Memandai je. haha. Yelah kot. Walau kita baik macam mana pun, kita tetap akan ada haters. Walau kita jahat macam iblis sekali pun, akan ada orang yang follow kita.

Kita tak boleh nak nak bagi harapan tinggi pada diri sendiri di mana semua akan sayang kita jika kita baik, pemurah, gojes tak hengat and so on lah.

Jika berfikir sesaat, kita akan cakap followers lah yang buat kita kuat selama ini. Mereka menyokong kita, berdiri di belakang kita. Yelah. Apo-apo je lah. Tapi, cuba-cuba lah berfikir selama seminit pulak, korang akan mendapati bahawa haters la yang buat korang hebat sebenarnya. Bukan hebat yang gah tuh tapi seorang manusia yang hebat, yang betul-betul kuat mental nya.

Jika nak dibanding kan followers dengan haters, haters lebih concern terhadap kelemahan seseorang berbanding followers yang sering menjulang orang itu dengan pujian. Am I right? Realiti kan?

Kalau nak maju, kelemahan harus dibaiki, bukan disembunyi. Kalau orang itu salah, katakan salah, bukan buat orang itu tak sador salah dia.

Kesimpulan nya, hidup ini harus seimbang, kalau tak seimbang kita hilang pertimbangan untuk menetukan haluan hidup. Sayangi lah followers dan haters anda kerana kita bersaudara. ececececeh.

Jangan suka bila dipuji, jangan benci bila di keji. Hidup ini saling memerlukan. Think wisely.

p/s: pasal petik-petik nama bloggers tuh, artis pun selalu kena petik-petik nama jugak, tapi sesetengah dari mereka tak cepat melatah sebab dia tahu benda itu macam kentut, sekejap aja bau nya hangit, lama-lama hilang lah.

p/s: gambar-gambar kacak dengan jelita kita ini memang lah hak kita, tapi kita ini hak Allah yang mutlak. So siapa yang lebih berhak atas gambar itu?

p/s: gadis-gadis, lengan pun aurat ya bukan rambut sahaja. :)


06 Januari 2011

AKU PILIH UNTUK DIAM.

Aku kini di sarang baru. Kapasiti semakin kecil. Tidak semeriah dahulu. Aku dan teman bilik akan cuba selesakan diri kami.

Dingin. Kaki berstoking dan berselubung. Kipas berputar lemah. Pintu berdentum dentam dek angin laut. Sejuk.

Telefon bimbit di sisi kanan ku. Tedy setia menemani ku. Sedikit sebak. Ya. Aku sedang dalam minggu sensitif.

Mungkin juga salah ku kerna kurang memberi tumpuan. Aku cepat leka. 2 bulan berpisah dengan teman-teman gadis di sekolah membuat kan aku ingin selalu menghabiskan masa bersama mereka. Jadi yang lain aku terlupa seketika.

Bukan aku lupa terus. Aku lupa kejap cuma. Itu memang sudah di ketahui. Sedikit sebak bila sorakan ceria di sambut hambar. Dan masih sebak.

Tak perlu salah kan diri. Biarkan aku begini. Tidak perlu ambil kisah. Tidak perlu berasa susah. Aku dianugerah kan dengan sifat cepat lupa. Aku akan cepat lupa. Aku takkan ingat. Jadi tak perlu gusar.

Tidak perlu buat telefon ku berdering.

Tidak perlu buat skype aku menimbul.

Tidak perlu.

Semua itu hanya akan menambah sebak. Biar aku pulih sendiri. Itu lebih baik.

Aku pilih untuk diam.


p/s: aku lebih aman jika tiada yang paham coretan ini.