Cari Entri Dulu

16 Januari 2011

MAHU KACAK LUAR ATAU KACAK DALAM?

Sok sek sok sek.. Pergi ke tandas, buang lagi. Hembus kuat-kuat. Masuk bilik guna kertas lembut pula, habis penuh tong sampah. Dugaan.

Jika di lihat pada tajuk, sudah tentu lelaki yang sedang dijadikan bahan bicara. Ya, lelaki. Lumrah hidup. Ada lelaki yang dilahirkan tampak sempurna, ada pula yang serba kekurangan. Apa-apa pun, bersyukur lah. Setiap ciptaan Allah, ada keindahan tersendiri.

Kacak luar atau tampan, segak, bergaya adalah idaman para anak Adam yang hidup di atas muka bumi ini. Begitu juga dengan gadis yang ingin tampak menarik dan anggun di mata orang lain. Ia adalah keinginan setiap orang namun ia bukan satu keperluan hidup. Apakah yang perlu untuk hidup? Ada 3 perkara asas ; makan, pakaian, dan tempat tinggal. Sekadar info tambahan.

Kacak dalam pula adalah personaliti seseorang lelaki itu. Beradab sopan, berbudi bahasa, prihatin, ikhlas dan banyak lagi. Kacak dalam sukar untuk dilihat dengan mata kasar, jadi mata hati yang perlu digunakan untuk melihat ciri-ciri tersebut. Kebiasaannya, lelaki kacak luar tidak kacak dalam dan vice versa. Itu hasil dari pemerhatian aku lah.

Namun, si kacak mana yang selalu menjadi idaman para gadis? Kata aku, aku suka lelaki kacak dalam lebih dari kacak luar.

Mengapa?

1. Lelaki kacak dalam sukar untuk di temui di zaman ini. Bagi aku, mereka yang seharusnya menjadi rebutan.

2. Kacak luar akan di mamah usia, InsyAllah, kacak dalam akan berkekalan. Manusia memang berubah, dari situ akal dan hati menjadi peranan.

3. Lelaki kacak luar terlalu banyak peminat nya. Sungguh aku tak gemar kerna tahap cemburu aku agak tinggi ya.

4. Kacak dalam membuat hati aku terikat kepada nya. Hati ini berfungsi sepanjang masa. Kontra pula pada kacak luar buat mata aku berpaut pada nya. Bila mata di pejam, pautan pun terlepas. Mana satu lebih baik?

5. Selalunya, lelaki kacak dalam mempunyai lebih banyak keistimewaan nya. :)

Memang manusia tidak sempurna, tapi itu tidak menghalang kita untuk menjadi yang terbaik. Bukan maksud aku semua lelaki kacak dalam tidak kacak luar dan vice versa, Maksud aku, kriteria mana yang akan menjadi pilihan aku.

Aku juga gadis yang ingin mata ku dijamu dengan pandangan yang enak, tetapi untuk jangka masa yang panjang, lelaki yang kacak dalam menjadi pilihan aku. Tidak kira lah lelaki itu kacak atau tidak, namun apa yang penting adalah dia kenal Tuhan nya, kenal agama nya dan dan kacak hati nya.


p/s: fakta aku: kadang-kadang agak kurang suka memandang mereka yang 'terlalu' kacak kerna terasa ada keegoan yang tinggi tersembunyi di sebalik rupa itu.

8 reaksi homosapien:

Peeka Syuhada berkata... [Reply]

kacak luar dan dalam boleh x ?? =p

juma berkata... [Reply]

setuju..kacak dalam lagi sweet =)

Along Tapa berkata... [Reply]

aku taktau la kacak luor ke dalam...tapi yang buat makwe2 takut nak ikat aku sebab aku terlampau nakal...biasala...kuda lior...haha....

Gorengbaek - Tebiat manusia kan??

Hangit Habis dah - cukup-cukup la tu....

Asfan Ash berkata... [Reply]

saya kacak luar dalam dan pertengahan :)

Masturah Idrus berkata... [Reply]

@shafika

takmo tamak2... hehe

Masturah Idrus berkata... [Reply]

@juma

tau takpe! lalalala :)

Masturah Idrus berkata... [Reply]

@along

nakal ke? ye ke? liar cmne? story la kat aku.. hehe

Masturah Idrus berkata... [Reply]

@arc

terbaik lah! haha

Catat Ulasan

komen lah dengan ikhlas ya. Aku terima sahaja manis atau tajam.