Cari Entri Dulu

10 Disember 2009

CORETAN DI MALAM HARI

Kali ini mungkin akan ku ringankan sedikit bahasa penulisan ku. Aku hanya ditemani bunyi kipas serta cahaya laptop ku sahaja di pagi khamis ini. Masih gelap ya di luar sana. Adakah kegelapan itu sama seperti keadaan hati ku? Ada perubahan negatif terhadap diri ku. Perasaan ku sahajakah? Atau ia memang benar? Aku juga tidak mengerti mengapa. Aku rasa lain. Aku rasa ada sedikit kejahatan yang berselindung di kamar hati aku. Memang normal untuk setiap manusia. Kita bukan malaikat. Akan ada juga kesilapan yang bakal berlaku. Kerana kita lemah. Ya,kita hamba Nya yang lemah. Kita hanya mampu bertahan dan meminta pertolongan kerana Dia sahaja yang kuat. Aku lemah tika ini. Segala-galanya. Iman,kesihatan,fikiran,tabiat. Lemahnya aku! Aku ingin bangkit. Aku ingin maju. Aku mahu singkirkan kejahatan itu. Tidak mahu aku menyimpannya buat pekasam yang bakal mengelapkan pandangan aku sehingga aku buta dan tersimpang ke arah yang tidak sepatutnya. Aku memohon pertolongan Mu ya Allah.


Setelah bergelar mahasiswi, aku kenal erti cabaran di universiti. Aku tahu mengapa ia merupakan satu tempat yang ingin di tuju. Aku kurang yakin aku dapat survive dengan baik jika aku tidak mengukuhkan niat dan iman aku sepanjang berada di bumi Pahang. Jika di maktab dahulu (MRSM Serting),aku dibimbing dengan baik. Ya,aku dapat rasakan perubahan yang baik pada diri ku. Tetapi,sedih. Makin aku dewasa,makin kurang bimbingan yang aku terima. Bukan tiada,tetapi aku yang tak pergi mendapatkannya. Semasa di maktab,kami di kerah ke surau setiap hari. Apabila tiba waktu di matrikulasi,kerahan itu hanya berjalan ketika minggu orientasi begitu juga semasa minggu induksi (orientasi) di pusat pengajian ku kini.

Aku rindukan bimbingan. Aku perlukan bimbingan untuk terus survive. Ya Allah,hamba Mu ini lemah,hampir tersungkur di bumi Mu. Kurniakanlah bimbingan yang dapat mengiringi ku ke jalan Mu. Aku redha sekiranya aku harus bersusah-susah untuk mendapatkan rahmat Mu Ya Rahman. Berilah aku kekuatan untuk memperoleh kejayaan di dunia mahupun di akhirat kelak. Kau lindungi dan kasihilah ibu bapa ku sebagaimana mereka melindungi dan mengasihi aku sejak kecil. Kau eratkanlah tali perhubungan antara saudara-saudara se Islam ku. Selamatkan kami dari kelekaan dunia Ya Rahim. Amin..

01 Disember 2009

SEMANGAT YANG HILANG.

Beginilah jika jasad ku sudah tiba ke rumah.
Medium ini akan ku anak tirikan dalam keadaan yang tidak sedar.
Aku tidak sengaja.
Niat itu ada.
Tetapi spirit itu tiada.
Bagaimana minda aku hendak dijanakan tanpa semangat seperti dulu?
Terlalu banyak yang ingin disuarakan.
Tetapi.
Tidak kesampaian.
Anak panah kecil di skrin laptop ku akan di tujukan ke arah 'Facebook'.
Setiap hari.
Ini adalah alasan yang dapat aku berikan.
Agak lama aku tidak memberikan input baru ke atas muka surat blog ku.
Kini.
Aku akan mulakan semula.
Aku mahu menghentam semula kekunci laptop ku.
Sudah lama mereka tidak di urut.
haha.
Jumpa esok insyallah...

p/s: Bapa kepada Norhafizree Nordin (Hafizree adalah sahabat ku di UMP),telah pun meninggal dunia semalam. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Encik Nordin. Al-Fatihah...

12 November 2009

TIKA CUMA

Tajuk entri apakah ini? Abaikan. Aku hanya sekeTIKA disini. Melepaskan gian CUMA. Ini ungkapan aku pada tengahari 11 NOV 2009,


Semalam terik,kini hujan,mungkinkah seterusnya pelangi?

09 November 2009

TANGISAN BERKALA

Sudah masuk malam kedua aku menangis tanpa sebarang paksaan hidup. Dan tangisan itu datang pada waktu yang sama. Semalam dan hari ini. Ya,pada waktu yang sama dada ku sebak,hati ku pilu,mata ku basah. Jangan tanya mengapa,kerana aku tiada jawapan untuk persoalan kalian. Kerana,aku juga dikelilingi atmosfera persoalan. Aku juga dambakan jawapan. Aku mahu tahu!

07 November 2009

SENYUMAN KU CERIA

Hari ini,
Senyuman ku ceria,
ceria bak sang bintang siang,

Mukadimah kali ini comey tak? Ini realiti,setelah beberapa hari langit menggelapkan diri, bumi dibasahi titisan rakus,akhirnya..sang suria menjelma kembali. Suria yang lama ku nanti sinarnya,hangatnya. Terasa kehilangan tika dia tiada. Begitukah perasaan ku kelak? Jika dia yang realiti pergi seketika,aku bakal rasa kehilangan sepeti suria yang menyepi untuk beberapa hari itukah? Takutnya. Lemahnya aku. Jika dia pergi buat selama-lamanya bak masa yang berlalu tak mungkin kembali? Apakah yang menunggu aku di kemudian hari?

06 November 2009

TOPENG MUKA

Pabila mereka inginkan sarungkan topeng itu pada ku,

Aku kata "tidak mengapalah,mama tak ajar"
Sebagai hidupan yang mempunyai sifat feminin,
aku ingin selalu kelihatan cantik.
Bukan hendak memukau,
cuma untuk kepuasan diri.
Ya,
aku puas dengan apa yang Tuhan kurniakan.
Aku tak perlukan topeng itu.
Mama kata,
topeng itu akan cederakan si pemakai,
pemakai yang tak bersyukur,
pakai topeng itu bila perlu.
Nampaknya,
aku masih belum perlukan topeng itu.
Tambahan,
aku rimas dengan sifat patung itu yang banyak pantangnya,
pabila sudah kurang,harus ditambah.
Pabila pudar,harus dipekatkan semula.
Ya,aku masih belum perlukannya.
Mungkin,
pabila sudah tiba masanya,
kelak,
aku akan pakai juga topeng itu.
Aku pasti.


04 November 2009

AKU MEMBERONTAK

Nama pun study week!

Minggu belajar ye abang kakak adik sekalian.
Jadi?
Apa harus buat?
Belajar....
Betul itu.
JADI,BELAJARLAH!
Aku tampar jugak mereka2 ini!
Please respect others..
Sekian

03 November 2009

TAK SALAH MEMBANDING BUKAN?

Perbandingan mewujudkan pilihan.

Pilihan yang membentuk masa depan.
Mungkin kejam, tetapi apa salahnya?
Demi kebaikan,demi kebahagiaan.
Noktah!
Aku pilih dia!

26 Oktober 2009

ANIS TAG AKU

1. Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?.
-nikmat islam dan iman

2. Apakah benda akhir yang kamu beli dengan duit sendiri?
-makanan kat cafe : ayam dengan kacang buncis + nasi

3. Di manakah tempat impian perkahwinan kamu?.
-dekat sebuah taman yang banyak bunga!

4. Berapa lama hubungan kamu berkekalan?.
-hubungan yang mana??

5. Adakah anda sedang di lamun cinta?.
-mungkin :p

6. Di mana restoran akhir kamu makan malam?.
-McD

7. Namakan buku terakhir yang kamu beli?.
-buku?? err..

8. Nama penuh anda?.
-nur masturah ili bte nor mohd idrus

9. Kamu lebih senang dengan ayah atau emak?.
-dua-dua boleh aje..

10. Namakan seorang yang kamu ingin jumpa dalam hidup kamu?.
-zahiril adzim

11. Sebutkan nama 8 sahabat yang rapat dengan kamu.
-RAHSIA!

12. Adakah kamu mencuci pakaian sendiri?.
-ya saya..

13. Tempat yang paling seronok yang kamu ingin pergi?.
-air terjun

14. Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag kamu.
-anis namanya
-org klate
-blogger
-beshfren fifah
-dah ada kesayangan :p

15. 8 perkara yang saya gilai?.
-honda civic
-cadbury black forest & hazel nut
-blogging
-pink
-kucing
-perkataan 'comey'
-marshmellow
-chatting

16. Pelukan atau ciuman?.
-dua-dua from mama n papa

17. 8 buah buku yang paling baru di baca?.
-err..lebih menghadap skrin dari helaian kertas

18. 8 lagu yang kamu boleh dengar berulang kali?.
-my love
-oh it is love
-aku punya kamu
-merpati putih
-konflik emosi
-this is me
-polaroid
-nobody

amanah tag kepada : hizzul,abg nad,najat,ihsan,pian

25 Oktober 2009

AKU TEMU JAWAPAN!

Penat berteka-teki,
Apa?
Mengapa?
Kini aku tahu sebabnya.
Nampaknya,masih ada yang lebih kanak2 dari aku.
Lucu!
Aku menanti pergerakan seterusnya.
Mahu teruskan?
Terserah!

13 Oktober 2009

ORANG KATA...

Jika muka sama, "ada jodohlah tu!"

Persoalannya,betulkah?

29 September 2009

HARI INI 29 SEPTEMBER 2009


pic feveret aku

Check list untuk hari ini

  1. Bangun subuh lewat
  2. Bangun tidur,aku berpeluh (aku masih demam)
  3. Pergi kelas; tudung ganti dengan selendang (buat julung kalinya)
  4. Kaki aku melecet (kasut baru,lupa nak gigit dulu)
  5. Tengok short movie; 3rd year students bikin
  6. Makan ayam masak apa entah,pedas!
  7. Tengok prince of tennis sampai habis (alone)
  8. SEKARANG,nak pergi cuci kain!
daaaaaaa....


28 September 2009

AKU KEMBALI..

Facebook
Myspace
Youtube
4shared
Google
Yahoo mail
Laman web rasmi universiti malaysia pahang
Download.com

Ini antara laman web yang sering aku kunjungi masa cuti raya hari itu. Malangnya BLOGSPOT.COM tidak kelihatan. Aku alpa seketika,tiada idea hendak dibebelkan. Mungkin kerana aku hanya duduk di bawah siling rumah sahaja. TETAPI aku ada meluangkan masa bersama kawan tersayang di luar. Mengapa tidak timbul nafsu untuk menaip sedangkan itu sudah menjadi 'makanan' kegemaran aku ketika aku fikiran aku putih,suci,kosong.. Taip..taip..dan taip..
Apa-apa pun..

I'm back blogie ( i mean blogspot)

09 September 2009

LELAKI..OH..LELAKI..

Kali ini berbeza sedikit,bukan niat ku ingin menyindir tapi ini realiti. Ini pasal berebut-rebut naik bas la..berebut dengan perempuan memang aku tak kisah,sebab kaum aku ini main tolak manja-manja aje.. Tapi kalau berebut dengan lelaki,memang aku angin. Dengan muka tak malunya dia menyelit di antara perempuan yang lemah tapi tak berapa lemah [kami budak electron,mane ada lemah sangat] semata-mata takut tak dapat naik bas,"weyh cik abg,bas ada lagi sebijik kat blakang tu hah." Muka dia la toye semacam,tak selera perut ku yang idamkan ayam ketike itu. Ntah ape-ape ntah main rebut-rebut dengan perempuan,LEMBIK. Bukan sekali aku kena macam ini,dah banyak kali. Menyampah sampah... Jangan salah faham tau,aku cakap dengan nada yang comey,aku tak marah..CUMA KECEWA SEDIKIT..

Apa-apa pun,kawan-kawan semua,malam ini dah masuk 10 malam terakhir bulan Ramadhan..Selamat beribadah semua! Sedih pulak bila Ramadhan nak pergi,AKU MENGAKU AKU SIA-SIAKAN RAMADHAN KALI INI,betapa jahilnya aku! [nak menangis kejap lah.]

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK.

25 Ogos 2009

PUASA...OH...PUASA

Salam Ramadhan pada semua...
Tak dinafikan lagi kepenatan yang dirasai. Kali ini lebih penat berbanding di pusat ilmu ku yang dulu. Terik matahari tak dapat disangkal lagi,tetapi tuhan maha pengasih,Dia beri hujan damai di malam hari,dapatlah semua berteleku di sejadah dengan selesa selepas Isyak. Mungkin kali ini aku kerugian sedikit. Selepas tiba ke UMP Gambang,aku ke bazar Ramadhan,kemudian aku pulang dengan keletihan. Mata sepet habis! Aku penat..jadi kaki ku tak larat untuk dilangkahkan ke masjid bagi mengumpul bekalan untuk kehidupan yang akan datang nanti,maksud aku Akhirat sana. Terawikh terpaksa ku tinggalkan gara-gara badan ku yang hampir putus urat-uratnya,tapi aku akan berusaha juga ke rumah-NYA. Insyallah...

04 Ogos 2009

SEPI...

Jiwa remaja aku masih sepi. Aku sepi di disana. Masih tiada lagi kelibat rakan yang menyerupai rakan kongsi bilik ku di pusat ilmu yang terdahulu. Aku sepi. Aku dambakan kenangan itu. Dimana harus aku cari teman sehati dengan ku? Siapa yang akan menjadi teman sejiwa ku? Aku buntu dengn kehidupan ku kini. Rasa aneh jika keseorangan ke sana ke mari. Bukan maksudku yang aku tiada teman,aku belum lagi gila,bahkan yang gila pun punyai teman. Tidak tepat jika aku gunakan frasa 'teman' di sini. Ya,aku punya kawan,tetapi bukan teman. Teman semasa susah,itu yang aku cari. Ada itu ada,tetapi mereka jauh dari ku. Aku perlukan yang dekat dengan ku. Dekat yang senang ku capai,ketika aku jatuh,atau aku tersasar. Aku tak nafikan yang aku masih baru disana,tidak patut juga aku jangkakan yang aku akan jumpa teman ke mana sahaja aku jejakkan kaki ku. Tetapi aku pinta ingin begitu. Oh,tuhan,masihkah ada peluang sebegitu lagi?

16 Julai 2009

BEING A BLOGGER...

What a lovely morning. Why do I say so? Because my beloved one sent me a message;i mean a sms;such a long long message plus it is really sweet! I mean it!

Ok..ok,that is not the main point here. I'm not going to tell about that. No! I want to share something with you all. I'm sory if my English will make your eyes blind,I'm not good at writing in the formal form. I hate formal! Ops,sorry..ok..ok,lets forget about that. Lets continue with my life story.....

When I get start??

I'm started to trained myself to become a blogger since May 2009. Najat ask me to do that! Anyway,thanx to Najat..At least i dont have to create a new blog like my other classmate do. [so cruel are you masturah..] When you start blogging,you are actually start to tell others about yourself or your organisation or tell others about your own products,shop and many more. It's more about sharing some stuff with others. Sharing is caring right.. Ya,I love to share MY STORY with others,NOT MY STUFF. I repeat NOT MY STUFF. I'm not being such a mean girl,but..I just dont like to share my things with others,except food la..

If YOU do think that blogging is such a super duper bored and wasting your precious time maybe,actually YOU are that kind of person; i mean you are such a bored homosapiens! hahahahah. Just kidding,no offense..

Being a blogger is one of the way to introduce yourself in a modern way..uwwww. You dont have to speak,or having eye contact with others,just simply write it. Write about anything my dear. Its fun! But..but..dont get yourself automatically in ISA. That is too much already..Behave my dear..

Am I being too much right now?? Madam didnt like to see a slide with full of alphabets. Oh,this is not a slide. Ok,I dont want to make your eyes blind,seriously..daaaaaaaa

11 Julai 2009

jiwa kosong

Pagi tadi,aku sujud kepada NYA ketika langit sudah membiru,tidak gelap seperti selalu. Rasa berdosa,rasa bersalah. Enaknya malam tadi! Maksud aku,tidur. Mungkin sudah lama jasad ku tidak merasai nikmat tidur yang enak,yang lena. Selesai solat,mata ku tidak sepet seperti selalu,nafsu ku untuk kembali ke kamar tidak seperti selalu. Mengapa? Kerana aku keseorangan,kesepian tatkala rakan-rakan ku berseronok di rumah bersama yang tersayang,bergembira di kota bersama sahabat tercinta,tetapi aku? Tetap seorang. Meniti hari bersama laptop kak zu. Thanx kak zu for lending me this stuff,its realy helpful!

Aku rasa tenang.

Kadang-kadang kita perlu masa untuk bersendiri,tak salah bermonolog sendirian,ianya salah satu cara untuk muhasabah diri. Ya,aku sering bermonolog dengan hati ku,akal ku. Tetapi teman,jangan terlalu bermonolog,kelak padah bakal diundang tiba. Mengapa? Kerana kau sedang bermonolog dengan syaitan iblis,sebab itulah banyak manusia kelihatan seperti tak menghargai nikmat yang tuhan beri;NYAWA. Jangan terlalu ikutkan hati,jangan terlalu ikutkan rasa,kelak nanti mati,kelak nanti binasa. Ikut akal,kerana itulah membuat manusia menjadi sebaik-baik manusia bukan binatang ternakan atau haiwan peliharaan.

Sekali lagi aku tidur dengan nikmatnya! Thanx to yaya cause calling me or otherwise i might missed my Asar.

Aku masih sendiri. Mungkin esok tak seperti hari ini,jadi aku harus nikmati sepuasnya! Aku tidak bermaksud aku suka bersendirian,tetapi kadang-kadang kita memerlukannya.

Baiklah,aku harus pergi,pergi menghadap Illahi,tanda aku mensyukuri,nikmat yang diberi.

09 Julai 2009

............

Last night was so cold

Not that cold

but,COLD.

Both of us sleep in tears.

Not the true tears,

but TEARS.

He want me

Really??

How do i suppose to believe him?

Oh god....

Let time decide it..

True love??

Oh,maybe not now..

i'm still a 'little girl'

maybe...........

TNB,i'll come!!!!!!!

(tbe2 plak...)

08 Julai 2009

KINI DEWASA

Right now,i'm listening to Yuna songs 'backpacking around europe'. Quite relaxing.. why i'm writing in English? Such weird right? I feel that way too.. Actually,it is a part of my Technical English assignment. Funny right? Madam Normala Samsudin ask us to write a blog about anything;opinion,comments,anything! By the way,i'm currently studying at UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG located at Gambang. Gambang campus is the only temporary campus. InsyAllah,all the community of UMP will move to the new campus in 2016 located at Pekan,Kuala Pahang;1 hour journey from Gambang campus. We will start our lesson there in next week,InsyAllah.( I mean the electrical and mechanical students only. Feel sorry for others because they cant feel the new atmosphere..hoho.)

WHAT DID I FEEL WHEN THE FIRST TIME I ARRIVED THERE??(PEKAN CAMPUS)

My first thought was, "this place gonna be wonderfull when it completely done," Seriously..that campus is really huge,I tell you,you wont moving anywhere without your transport;car,motorcycle,bicycle or anything. Futhermore,that campus quite near with the sea,then the place automatically 'hot'. REALLY... WHAT MAKES ME SCARED DURING MY VISIT?? The workers!!! Ya,the workers.. When we make our move there,they were staring at us;especially girls,like wanted to 'eat us'.. Mama...help me,i'm scared..huhu..(pull stop)

ANYWAY,I'M ALREADY GOT THAT TITTLE ; MAHASISWI.

I'm gonna make you proud mama and papa! Love you!!

21 Jun 2009

AKU AKAN PERGI JAUH...


KL>>>>GAMBANG(PAHANG)


Bagi aku jauh,3 jam perjalanan. Penat tuh kalau driving.
Aku bersyukur sebab tak dapat yang lagi jauh,contohnya; terengganu.
Masa tengok result pada
hari:jumaat
masa:11.4o pagi


Mata aku terbeliak,mulut ternganga sebentar,dan telinga tiba-tiba jadi pekak.
Kenapa jadi macam tuh?
Sebab aku tak percaya,aku sedaya upaya menidakkan,aku tak nak!
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG MERUPAKAN PILIHAN KEEMPAT AKU.
Alhamdulillah,aku dapat course yang aku inginkan,
KEJURUTERAAN ELEKTRIK (SISTEM KUASA) [tertekan capslock]

2 hari aku gelisah (jumaat & sabtu).
Aku tak dapat terima kenyataan.
Tak pernah terlintas di otak ku yang sebesar..[ahh dah pernah bagitau dulu.] yang aku akan mengembara ke pahang pula.
Aku tak nak.
Tapi aku harus bersikap matang,segala yang terjadi pada aku adalah sebaik-baik kejadian.
Itu semua ketentuan tuhan.
Aku patut redha.
Aku harus kuat.
Inilah yang akan terjadi sekiranya kita terlalu mengharap.
Kita akan hilang dalam dunia sendiri.
Jiwa kosong tiba-tiba.
Buat-buat bodoh kerana tak mahu menerima kenyataan.

Tapi,
selepas papa membawa pulang borang yang telah dicetak oleh beliau di office nya,
aku sedar,
aku harus pandang kehadapan,
tak berguna nak menyesal lagi,
sendiri yang salah.


Baik aku isi,dan lengkapkan,
sediakan apa yang patut,
aku nak merantau jauh ni,
persiapan harus selengkap yang mungkin,
bukan apa,
aku tak mahu susahkan papa dan mama pos barang melalui pos laju,
atau pun datang menemui aku di pahang kelak.


Aku akan bertolak ke pahang sabtu ini,
tidur di sana.
Aku akan mula mendaftar pada
hari: ahad
tarikh: 28 jun 2009
masa: 8.30 pagi

Orang kata di gambang tak ada apa-apa,
mungkin itu bukan masalah bagi aku,
aku tak suka berjalan-jalan,
bukan nak jadi kera sumbang,
cuma itu memang sikap aku,
liat!

Bagi aku,aku pergi ke sana untuk belajar.
Tambah ilmu.
Habis belajar,
kerja.


Mungkin selepas ini,
aku akan jarang online.
Walaupun ada kemudahan wireless di sana,
aku tetap akan jarang online seperti sekarang.
Aku nak fokus pada tahun pertama ini.
Aku nak asas png aku kuat.
Tak nak mamai dah.
Aku tak nak!

Doakan..


p/s: hizzul dah ada laptop sendiri..uuwww.....



18 Jun 2009

PAPA

Hari bapa nak tiba dah,bak kata orang putih just around the corner, 21 jun ini. Aku akui yang selama ini tumpuan aku hanya terhadap mama. Aku anak yang tak reti menghargai seorang bapa. Aku jahat. Aduh,rasa basah pulak mata ini! Hubungan kami mula renggang apabila keluarga kami menghadapi sedikit masalah. Sejak itu, aku rasa aku macam tak suka papa,benci papa. Oh,betapa derhakanya aku! Papa juga manusia biasa,manusia sering melakukan kesilapan,sebab manusia tak perfect. Apakah aku ini sangat mulia sehingga tak dapat memaafkan kesilapan seorang bapa yang sangat berjasa terhadap anaknya selama ini? Sedangkan nabi yang berlipat kali ganda tinggi darjatnya dari aku pun dapat memaafkan umatnya yang menyakitinya,apatah lagi aku,hambanya yang hina?

Setiap hari aku terfikir,kalau papa dah tak ada nanti,masa itukah baru aku nak berjanji untuk bersikap baik dengan papa? Aduh,basah lagi,berkaca-kaca skrin pc ini. Nada papa rendah sahaja bila bercakap dengan aku,tapi aku membalasnya dengan nada yang tidak sepatutnya. Kenapa aku kejam sangat ini?! Berkaca lagi mata ini..


Tiba-tiba aku teringat masa tahun 2004,semasa itu aku tingkatan 2,aku merajuk habis pabila papa taknak belikan beg sekolah itu untuk aku. Aku bisu. Tak mahu berbicara dengan sesiapa. Aku marah. Ya,betul aku marah. Beberapa hari selepas itu,ada beg baru dalam bilik aku. Yeah!
Papa belikan juga beg itu. Terima kasih papa!


Papa,kakak nak minta maaf banyak-banyak. Kakak asyik provoke papa aje. Terima kasih banyak-banyak sebab sayang kakak,jaga kakak selama ini. Selamat hari bapa! I love you!



25 Mei 2009

mama selalu cakap tentang ini...

inilah mama saye.
kadang-kadang boleh menjadi sangat manje,kadang-kadang pula boleh menjadi sangat garang.
obviously,saya dapat perangai mama [yeah!].
back to basic,kalau sebut je pasal kahwin,mama akan pesan pada anak-anak daranya jikalau bakal suami kami suruh berhenti kerja selepas kahwin,jangan dengar dan jangan patuh.
kerana apa..
kerana dia belum lagi menjadi suami kita lagi,buat apa nak ikut cakap dia [hehe]..
kerana,bak kate mama "what a waste!",mama kata kalau macam itu kahwin lambat-lambat pun takpe,asalkan anak-anak daranya ada simpanan yang mencukupi untuk masa depan. mama kata lagi,buat penat je belajar tinggi-tinggi,akhirnya kena jadi suri rumah juga. nak jadi suri rumah tidak perlu diploma,sarjana muda,masters atau phd,cuma kena pandai memasak,mengemas dan menguruskan keluarga. LAINLAH,jikalau anak-anak daranya berkahwin dengan orang kaya atau kerabat diraja,[hehe] itu dia tidak kisah..
mama..mama...
aku tetap aku,kau diam

11 Mei 2009

nme ku feymes....

salam..


aku bru je wat pe yg najat wat...

sronok seh search nme sndri kt google...

tp aku tkejut sbb aku tjmpe nme tmpt named as MASTURAH..

x silap aku kt saudi arabia n...

ade hotel nme MASTURAH...

uwwww....

then my myspace pn appear gak...

gler jakun kn..

tp ape kesah...heheheeh....





oh....sronok nye.....

kalo xcye g search sndri...

aku tetap aku,kau diam