Cari Entri Dulu

31 Mei 2010

AKU BERMUKA BAYI?

klik kalau tak percaya..

Ini dah kali keberapa entah ada orang singgah blog dan cakap macam tuh...
*malu*
Owh no...muka aku tak cukup matang ke?
Macam mana nak kerja dengan TNB nanti..
*hehe*
Anyway, terima kasih Cik Syira!

*terharu*
*sob..sob*

29 Mei 2010

PICNIK- BUKAN BERKELAH TAPI EDIT GAMBAR SECARA ONLINE


trademark yang comey


tak kisah kalau nak daftar atau tak. Aku tak. hehe



masa ini dia tengah loading. benda yang aku bulatkan tuh adalah kata-kata yang comey. Boleh lah jadi santapan mata korang sambil menunggu dia loading.



here we are. benda ini simple. korang boleh explore sendiri and feel it. *ngee*. Ok.upload photo yang nak di edit.



lepas upload akan keluar page ini. Ehem, gambar abg polis trafik tu gambar yg aku upload. page ini untuk edit yg basic-basic je. bagi mereka yang sukakan kesenangan sila klik auto fix bagi tab yang anda pilih. Tab yg aku maksudkan adalah tab yang bertulis colour dan sebagainya itu.



Untuk edit over-over *hehe*, korang boleh choose tab 'create' di page sebelum ini. dan keluar lah page ini. Macam aku cakap tadi, explore and feel it.



dah puas edit? tekan save and share. dan akan keluar page ini. aku saran kan korang menggunakan basic downloader. bagi aku lebih mudah sebab folder download aku tak penuh sebab aku sentiase update. *poyo tul minah ni*

Ada banyak lagi function picnik ini. Apa perlu buat? Explore and feel it. FYI, ada sesetengah function tak boleh guna jika kita tak upgrade kepada premium. Ya, ia berbayar. Sekian

HABIS....hehe




Ini salah satu gambar yang aku edit dulu pakai picnik. Iye. Ini gambar dekat blog aku, dan fesbuk aku.
Selamat Mencuba!

eh...untuk mencuba sila klik sini.

p/s : nak pergi mamam cucur. means, nak pergi breakfast! daa



28 Mei 2010

TAGGY DARI DR. NAJAT.


banyak....ye najat, banyak...

Last tag yang aku dapat adalah sesampainya aku di rumah kira-kira sebulan yang lalu. Itupun aku tak jawab sebab aku takde idea nak tulis. Sorry epul.. Terima kasih bagi aku lembu. haha.

a) Tulis 23 perkara tentang diri anda.
b) Sila tag 5 orang blogger yang lain.kenapa aku potong?

1. Ketagih berblog

2. Malas nak bukak FB

3. Suka lepak di Geng Blogger

4. Lahir pada pagi jumaat.

5. Suka tonton The Nanny.

6. Dari umur 7 - 17 tahun, aku telah jelajah 5 buah sekolah.

7. Suka menaiki kereta apabila bersiar siar di Kuala Lumpur dari menaiki bas.

8. Pernah ada pengembaraan ke Melaka dan dari Pahang bersama Si Chenta.

9. Love football.. Not American Football.

10. Saya ada masalah hendak menembakan diri. Bak kata kawan saya, saya ada bela cacing dalam usus. *dekat usus kan najat?*

11. Tak suka tengok binatang terseksa. Jadi saya tak boleh tengok sembelih-sembelih ini.

12. Owh, saya penat.

13. Saya suka kucing.

14. Suka National Geography.

15. Mahu Honda Civic!

16. Sem depan saya dapat tinggal dekat dalam kampus.

17. Friendster saya terbiar. 

18. Suka tengok buku yang banyak gambar.

19. Tidak alah pada habuk.

20. Semangat belajar tinggi semsa sekolah rendah.

21. Saya Muslim.

22. Saya ada family yang terbaik.

23. Dan kawan yang menyenangkan.

Ok. Lepas ini nak buat apa ya? *ecece..buat lupa plak!* Rasa dah tiada apa. hehe. Bukan tak nak tag yang lain. Tapi siapa yang gemar jawab tag, sila jawab ya. Jangan lupa state dari mana anda dapat soalan tag. hehe.

p/s : Semalam tidur pukul 3.30 am. Lepas Subuh tak tidur balik. Kalau tidur, rezeki tak masuk. :)

26 Mei 2010

PAGI YANG GELAP


Bukan lagu hujan, tapi memang betul-betul nak hujan..tapi...


macam dah tak nak hujan pulak.


hujan juga akhirnya.

Sekarang pukul 9.00 pagi. Dan pasti mereka-mereka yang masih tidur liat nak bangun. Sejuk dan nyaman. Ulalala

p/s: nak buat kajian kecil-kecilan pasal logo crocs. *uww*

25 Mei 2010

SAKARATUL MAUT (PART 2)


Sakaratul Maut Orang-orang Zhalim


Imam Ghozali mengutip sebuah riwayat yang menceritakan tentang keinginan Ibrahim as untuk melihat wajah Malaikatul Maut ketika mencabut nyawa orang zhalim. Allah SWT pun memperlihatkan gambaran perupaan Malaikatul Maut sebagai seorang pria besar berkulit legam, rambut berdiri, berbau busuk, memiliki dua mata, satu didepan satu dibelakang, mengenakan pakaian serba hitam, sangat menakutkan, dari mulutnya keluar jilatan api, ketika melihatnya Ibrahim as pun pingsan tak sadarkan diri. Setelah sadar Ibrahim as pun berkata bahwa dengan memandang wajah Malaikatul Maut rasanya sudah cukup bagi seorang pelaku kejahatan untuk menerima ganjaran hukuman kejahatannya, padahal hukuman akhirat Allah jauh lebih dahsyat dari itu.


Ketika sakaratul maut hampir selesai, dimana tenaga mereka telah hilang dan roh mulai merayap keluar dari jasad mereka, maka tibalah saatnya Malaikatul Maut mengabarkan padanya rumahnya kelak di akhirat. Rasulullah SAW pernah bersabda, “Tak seorangpun diantara kalian yang akan meninggalkan dunia ini kecuali telah diberikan tempat kembalinya dan diperlihatkan padanya tempatnya di surga atau di neraka”.


Dan inilah ucapan malaikat ketika menunjukkan rumah akhirat seorang zhalim di neraka, “Wahai musuh Allah, itulah rumahmu kelak, bersiaplah engkau merasakan siksa neraka”. Naudzu bila min dzalik!


Sakaratul Maut Orang-orang Yang Bertaqwa


Sebaliknya Imam Ghozali mengatakan bahwa orang beriman akan melihat rupa Malaikatul Maut sebagai pemuda tampan, berpakaian indah dan menyebarkan wangi yang sangat harum.


Dan dikatakan kepada orang-orang yang bertakwa: “Apakah yang telah diturunkan oleh Tuhanmu?” Mereka menjawab: “(Allah telah menurunkan) kebaikan”. Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini mendapat (pembalasan) yang baik. Dan sesungguhnya kampung akhirat adalah lebih baik dan itulah sebaik-baik tempat bagi orang yang bertakwa, (yaitu) surga Adn yang mereka masuk ke dalamnya, mengalir di bawahnya sungai-sungai, di dalam surga itu mereka mendapat segala apa yang mereka kehendaki. Demikianlah Allah memberi balasan kepada orang-orang yang bertakwa. (yaitu) orang-orang yang diwafatkan dalam keadaan baik oleh para malaikat dengan mengatakan (kepada mereka): “Assalamu alaikum, masuklah kamu ke dalam surga itu disebabkan apa yang telah kamu kerjakan”. (QS, An-Nahl, 16 : 30-31-32)


Dan saat terakhir sakaratul mautnya, malaikatpun akan menunjukkan surga yang akan menjadi rumahnya kelak di akhirat, dan berkata padanya, “Bergembiaralah, wahai sahabat Allah, itulah rumahmu kelak, bergembiralah dalam masa-masa menunggumu”.


Wallahu a’lam bish-shawab. -arrahmah

p/s: mungkin kita yang seterusnya

24 Mei 2010

PESTA PENUH, MASJID KOSONG?


pesta

Masjid

*gambar hiasan. ihsan dari pakcik google.

Salam. Semoga kita berada dalam lingkungan rahmat Allah. Insyallah. Pada tika ini, aku ingin ketengahkan satu isu yg bermain kejar-kejar di depan mata aku. 

Bebelan pertama tentang pesta penuh. Ya! Pergi pesta mana-mana pun, kita pasti dapat lihat kebanjiran umat manusia memenuhi segala ruang-ruang yang ada. Berhimpit-himpit, bercampur-campur, bersorak-sorak. Ulalala.. Ada juga pesta yang memerlukan wang agar kita dapat lepas masuk. Kadang-kadang agak mahal, jarang murah-murah. *ini bukan salah satu bentuk sedekah ye, mungkin ada yang berbentu sedekah tetapi jarang ada macam kain jarang. what??* 

Kenapa pesta penuh? Sebab pesta penuh dengan bermacam jenis syaitan. Korang bukan tahu syaitan-syaitan itu ikut korang bersorak-sorak bagai. Korang bukan nampak syaitan duk gelak-gelak tepi korang. *mama kata muka syaitan hodoh sangat-sangat* Lagi satu, pesta penuh sebab ia penuh dengan kelalaian dan kegembiraan melampau sehingga lupa perkara yang paling hampir dengan kita adalah MATI.

Bebelan kedua tentang masjid kosong. Rata-rata masjid di Malaysia akan penuh tika ada suatu perkara yang besar seperti Solat Sunat Hari Raya, Tarawikh, Solat Jumaat, Solat jenazah, Solat hajat perdana, qiamulail dan macam-macam lagi. Tetapi yang sedih nya, manusia sekarang tidak nampak apa yang perkara yang lebih besar dari itu iaitu Solat Fadhu lima kali sehari. Solat Fardhu itu wajib dikerjakan. Tetapi semasa solat fardhu lah saf-saf yang dipenuhi kadang-kadang tidak lepas satu barisan pun. Sedihkan. Sedih kerana Rumah Allah hanya dipandang sebelah mata oleh sesetengah muslim.  

Masjid kini menawarkan pakej yang lebih lumayan. Ketenangan, sejuk (air cond dan kipas yang laju), dapat ilmu *malaikat akan datang ketika ada majlis ilmu, tak rasa beruntung ke?* , masjid yang cantik, dan macam-macam lagi. Kalau tak percaya, pergi rasa sendiri. 

Sedih juga bila dengar ada muslim yang tak pernah pergi masjid, dan ada yang tidak mahu pergi masjid sehingga sanggup menyorok di dalam bilik yang gelap dan panas. Apa nak jadi... Insaflah. 

Saya menyeru diri saya dan rakan-rakan, marilah kita mengimarahkan Rumah Allah sementara pintu taubat masih terbuka. 

p/s: Solat yang sempurna mampu mencegah kemungkaran. Sempurna kah solat anda?

SAKARATUL MAUT (PART 1)



“Demi Allah, seandainya jenazah yang sedang kalian tangisi bisa berbicara sekejab, lalu menceritakan (pengalaman sakaratul mautnya) pada kalian, niscaya kalian akan melupakan jenazah tersebut, dan mulai menangisi diri kalian sendiri”. (Imam Ghozali mengutip atsar Al-Hasan). 

Datangnya Kematian Menurut Al Qur’an :
1. Kematian bersifat memaksa dan siap menghampiri manusia walaupun kita berusaha menghindarkan resiko-resiko kematian.
Katakanlah: “Sekiranya kamu berada di rumahmu, niscaya orang-orang yang telah ditakdirkan akan mati terbunuh itu ke luar (juga) ke tempat mereka terbunuh”. Dan Allah (berbuat demikian) untuk menguji apa yang ada dalam dadamu dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hatimu. Allah Maha Mengetahui isi hati. (QS Ali Imran, 3:154)


2. Kematian akan mengejar siapapun meskipun ia berlindung di balik benteng yang kokoh atau berlindung di balik teknologi kedokteran yang canggih serta ratusan dokter terbaik yang ada di muka bumi ini.
Di mana saja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, kendati pun kamu di dalam benteng yang tinggi lagi kokoh, dan jika mereka memperoleh kebaikan, mereka mengatakan: “Ini adalah dari sisi Allah”, dan kalau mereka ditimpa sesuatu bencana mereka mengatakan: “Ini (datangnya) dari sisi kamu (Muhammad)”. Katakanlah: “Semuanya (datang) dari sisi Allah”. Maka mengapa orang-orang itu (orang munafik) hampir-hampir tidak memahami pembicaraan sedikit pun? (QS An-Nisa 4:7 8)


3. Kematian akan mengejar siapapun walaupun ia lari menghindar.
Katakanlah: “Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang gaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan”. (QS al-Jumu’ah, 62: 8)


4. Kematian datang secara tiba-tiba.
Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sajalah pengetahuan tentang Hari Kiamat; dan Dia-lah Yang menurunkan hujan, dan mengetahui apa yang ada dalam rahim. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui (dengan pasti) apa yang akan diusahakannya besok. Dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi mana dia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal. (QS, Luqman 31:34)


5. Kematian telah ditentukan waktunya, tidak dapat ditunda atau dipercepat
Dan Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan (kematian) seseorang apabila datang waktu kematiannya. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (QS, Al-Munafiqun, 63:11)

Dahsyatnya Rasa Sakit Saat Sakaratul Maut - arrahmah.com



p/s: Jasad dalam kubur adalah jasah duniawi yang akan reput 40 hari selepas ditanam. Jasad yang diseksa di dalam kubur adalah jasad ukhrawi. - Ustaz Harun Din

19 Mei 2010

VERY HIGH HEELS & HEAVY HANDBAG -----> NOT GOOD!


Yup..yup..yup.. Ini yang benar. Tak percaya? Baca sampai habis. Percaya? Tak kira! Baca jugak. *gediks* . Ok. Kita mula dengan KASUT TUMIT TINGGI.


Kasut tumit tinggi. Ya! Aku gerenti kebanyakan wanita memiliki kasut jenis ini sekurang-kurangnya sepasang. Tiada? Anda memang sempoi. Dan simple mind *bukan perli ye*. Aku pun ada tapi tak berapa tinggilah. Kalau tinggi sangat sumpah tak boleh berdiri, apatah lagi berjalan. Fuh!. 

Walau aku tak boleh nak pakai kasut yang tumitnya tinggi sangat, tetapi aku menggemari kebanyakan design yang ada. Tetapi  AWAS bagi wanita di luar sana dan jugak aku *ngee*. Untuk nampak cantik, kita tak perlu sakit. Ada penggunting rambut kata, "Nak cantik kenalah tahan sakit sikit". Ngek. Shadap you. Mamat yang bercakap ini memang buta tuli, buta kamus tak paham cantik tuh apa. Ok. Cukup. 

Buat pengetahuan semua, terdapat beberapa implikasi dari penggunaan kasut tumit tinggi, 

*sila klik untuk nampak clear sedikit dan mungkin kena zoom in. ngee*

Antaranya: (carta alir *ngee*)

Tumit 3cm - tekanan pada lutut - dapat penyakit osteoporosis dan penyakit sendi - juga sakit pada kuku - bengkak jari kaki dan kena radang kulit - sakit punggung.

Tumit 12.7cm - memberi kesan kepada organ dalaman dan kesuburan wanita.

Implikasi yang lain:

Kedudukan pinggul ditolak ke depan oleh pemakai - isi perut kedepan = rambut gugur.

Masalah kitaran haid.

Itu antaranya sahaja. Mungkin ada banyak lagi. Ok, lets move on to handbags.

*kasihan....*

Ada sesiapa yang suka pakai handbag berat dan besar? Ada? Anyone? Aku sebagai gadis aku paham perasaan gadis/wanita di luar sana yang suka pakai handbag. Tak kira untuk fesyen ke. Simpan botal susu anak ke. Aku memang suka pakai handbag. Pergi mana-mana pun mesti kena ada handbag. Tapi kalau destinasinya ke kedai runcit-runcitan, tak perlu la kan. Aku juga sering menjadi 'stor' bagi mereka yang tak pakai handbag. Ya, kawan-kawan aku terutamanya lelaki. Sebuk je. *ngee*. Eh, takpe, aku tak kesah. 

Ini pula kesan buruk yang korang dapat jika memakai handbag yang besar dan berat! 

Tekanan pada tulang bahu - menyakitkan otot pada satu sisi badan - juga bagi kesan kepada punggung. *semua nak attack punggung jer..aish*

BEWARE LADIES AND WOMEN. JAGA KESIHATAN ANDA OKEH.

Bebelan ini aku simpulkan dari penulisan Syarifah Dayana Syed Bakri. 
(dayana@hmetro.com.my)
Ya, dari harian metro-18 Mei 2010

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

p/s: Aku pakai handbag besar kalau keluar dengan member dan handbag kecil kalau pergi kenduri. I prefer wear flat shoe or slippers . Tapi kadang-kadang, kalau pergi kenduri, of kos aku pakai heels yang tak berapa high. Senang sedikit nak jalan. *ngee*






18 Mei 2010

KAHWIN MUDA

Maksud topik di atas adalah orang yang kahwin di usia muda, bukan orang yang kahwin dengan orang muda ok. Senario ini dah lama berlaku sejak dulu-dulu lagi. Kahwin muda itu aku andai kan dalam linkungan umur 18-24 tahun. Aku spesifikan had umur sebab umur 18 korang dah habis jawab SPM dan 24 mungkin ada yang dah habis study atau masih study, kira student lagi la... yeee... Entri ini untuk umur-umur student macam kita la (aiyeekk... 'kita'?? *ngee*). Tetapi yang lain pun boleh baca jugak untuk kegunaan masa depan. *ngee*


Semalam aku tanya kawan-kawan aku pasal benda ini, rata-rata semua setuju tentang kahwin muda. GATAI. Bukan. Bukan sebab gatal, eyt..aku tanya bukan pada golongan remaja hingusan lagi yee.. Mereka semua dah besar dah.. Alhamdulillah.... *ngee*. Cukup. 

Pada pendapat aku la kan, bagus kahwin pada usia muda ini. Pertamanya, KITA DAPAT LA MENGELAKKAN MAKSIAT BERLAKU SECARA BERTERUSAN. Contohnya, ber dating.  Ehem, kejap lagi mesti aku kena 'serang'.  Minta semua  buka fikiran ya, tidak perlu cucuk tunding jari kepada orang lain, tapi kita ingat kan diri kita. Aku juga sedang ingatkan diri aku. Ok kita sambung. Cuba imagine la kan, dating lepas kahwin lebih masyuk, kurang fitnah dan dosa menimpa diri, kurang dosa menimpa diri mereka yang hampir-hampir nak menfitnah. Nampak tak....kita saling menjaga. Bijak... *ngee* 

Keduanya, KITA DAPAT MENGURANGKAN KES-KES YANG SADIS-SADIS. Antaranya kes kena raped dengan balak dia, kes kena tangkap basah dekat dalam kereta, kes buang anak lakhanat punya orang dan banyak lagi.  

Ketiganya, KITA DAPAT MENGHASILKAN ZURIAT YANG RAMAI (rezeki masing-masing lah). Mesti atok dan nenek a.k.a ibu bapa kepada parents korang tumpang sekaki setangan kegembiraan korang dengan rezeki yang korang peroleh itu. Dan dengan harapan zuriat yang lahir dapat membawa seribu satu kebaikan kepada umat manusia.

Ada banyak lagi sebab cuma otak aku tepu sedikit tika ini. *ngee*  Tapi kan..lepas baca entri ini, jangan pula tak sabar-sabar nak kahwin awak-awak sekalian. Sediakan diri dengan secukupnya. Matangkan akal, kukuhkan kewangan. Kenalah bersedia sebab tanggungjawab menjaga keluarga sangat berat, serius berat. 


*tengok tuh, lepas kahwin boleh main kiss-kiss.haha*

p/s: kalau orang kata masa jadi student tak boleh buat majlis besar-besar, tiada bajet. Nanti aku jawab, Islam menggalakkan kita bersederhana. hambik ko! kalau takdir aku kahwin masa usia student, aku tak kesah nikah dulu, lepas dah habis belajar, dapat kerja boleh aje buat majlis persandingan. Silap-silap, anak aku jadi flower girl..haha

JEALOUSY

Bila aku bukak page fesbuk para cikgu aku, mesti akan ada anak muridnya yang dah 'fly' meninggalkan pesanan. Sungguh aku jealous! Serius. Mungkin aku belum mampu untuk ke sana, tetapi aku yakin suatu hari nanti aku bakal kesana membawa nama negara. InsyAllah..

10 Mei 2010

TERJEMAHAN DAN HIKMAH AYAT KURSI

 
(Surah Al-Baqarah ayat 255)

TERJEMAHAN:

 Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi[161] Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar. 

*[161]. Kursi dalam ayat ini oleh sebagian mufassirin diartikan dengan ilmu Allah dan ada pula yang mengartikan dengan kekuasaan-Nya.  

HIKMAH:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi
apabila berbaring di tempat tidurnya,
Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat
memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan
berada dlm lindungan Allah SWT hingga
sembahyang yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan
dia daripada masuk syurga kecuali maut
dan barang siapa membacanya ketika
hendak tidur, Allah SWT memelihara akan
dia ke atas rumahnya, rumahjirannya dan
ahli rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT
menganugerahkan dia setiap hati orang
yg bersyukur, setiap perbuatan orang yg
benar, pahala nabi2 serta Allah
melimpahkan padanya rahmat.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi
sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT
mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya -
mereka semua memohon keampunan dan
mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
akhir sembahyang Allah SWT akan
mengendalikan pengambilan rohnya dan dia
adalah seperti orang yang berperang
bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat
Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya
Allah SWT berkenan memberi pertolongan
kepadanya. 
                             
Selamat Beramal!



09 Mei 2010

INSOMNIA. MUNGKINKAH?

cececece...baru tak dapat tidur malam ini, dah celupar mulut kata INSOMNIA. Pertama kali aku dengar perkataan ini apabila aku mengikuti game show larut malam di televisyen. Nama game nya, INSOMNIA. Ok, jom baca artikel yang aku petik dari pelbagai sumber.


Apa itu INSOMNIA?

Insomnia dicirikan dengan ketakupayaan bertidur dan/atau ketidakupayaan bertidur selama tempoh yang munasabah. Penghidap insomnia biasanya merungut kerana tidak berupaya menutup mata atau "merehatkan minda" buat melebihi beberapa minit setiap kali. Kedua-dua insomnia organik dan insomnia bukan organik merupakan gangguan tidur. [1][2] Insomnia biasanya diakibatkan oleh ketakutan, tekanan, kebimbangan, ubat, herba, kafeina, kemurungan atau kekadangnya tanpa sebarang sebab yang ketara. Minda yang terlalu aktif serta sakit fizikal juga boleh mengakibatkannya. Mencari sebab yang mengakibatkan insomnia biasanya diperlukan untuk merawatnya.

Jenis penyakit insomnia ada 3 yaitu :
  1. Susah tidur (sleep onset insomnia)
  2. Terbangun di tengah malam (sleep maintenance insomnia)
  3. Bangun lebih cepat (early awakening insomnia)
http://blogbintang.com/../wp-includes/js/tinymce/plugins/wordpress/img/trans.gif
http://blogbintang.com/../wp-includes/js/tinymce/plugins/wordpress/img/trans.gifBeberapa penyebab insomnia adalah sebagai berikut :
  • Masalah psikis yang terganggu. Walaupun dapat menyerang semua usia tapi kebanyakan meningkat seiring usia. Ini mungkin dikarenakan semakin bertambah tua biasanya orang bertambah stres.
  • Memiliki penyakit yang memang dapat mengganggu tubuh seperti asma, demam dll.
  • Lingkungan tempat tinggal yang memang menganggu. (tetangga ribut, lampu menyala)
  • Mempunyai kebiasaan buruk seperti minuman keras, kopi menjelang tidur dsb.
  • Menggunakan ranjang untuk kegiatan lain seperti bekerja, membaca buku. Gunakan ranjang hanya untuk tidur. Supaya kalau tidur bawaannya ya ngantuk bukannya insomnia.
  • Dan ada sebuah kabar burung bahwa wanita lebih rentan terkena penyakit insomnia ini dibanding pria.
Cara Mengatasi Insomnia atau susah tidur
  • Karena stres dapat menyebabkan insomnia soba baca artikel bintang yang terdahulu tentang cara mengatasi stres.
  • Mandi air hangat sebelum tidur sebelum tidur
  • Melakukan hal yang dapat membuat kamu berkonsentrasi secara berulang seperti menghidung domba, menghitung angka dari 1 sampai 10.000. Lakukan itu dalam keadaan terpejam
  • Mendengarkan musik yang tenang atau mendengarkan radio.
  • Hindari makan dan minum (terutama kopi) dalam jumlah banyak sebelum tidur. Tapi disarankan makan makanan ringan yang mengandug sedikit karbohidrat.
  • Tidurlah dalam keadaan lingkungan nyaman. Matikan lampu! Hilangkan suara yang mengganggu
  • Belajarlah untuk tidur dalam waktu yang teratur.



Waktu malam adalah antara waktu yang afdal untuk berdoa. Jadi, jika tidak dapat melelapkan mata, apa kata kita berwuduk dan melakukan solat-solat sunat. Ada hikmah di sebalik kejadian.


p/s :: seram pula bila aku guna pakcik google untuk mencari gambar insomnia.

08 Mei 2010

HUKUM MELURUSKAN RAMBUT

Soalan:
Bolehkan saya meluruskan rambut dengan tujuan untuk kelihatan cantik di depan suami dan anak-anak. Tetapi, saya akan memakai tudung apabila keluar rumah?



Jawapan (Ustazah Azizah):
Secara umumnya berlebih-lebihan dalam mencantikkan diri amat dilarang oleh syarak. Hukum meluruskan rambut adalah haram disisi syarak kerana ia termasuk dalam kategori mengubah ciptaan ALLAH. Sedangkan, setiap sesuatu yang ALLAH ciptakan untuk hamba-NYA ada hikmahnya. Jika puan mengubah ciptaan ini dengan meluruskan rambut, maka anda telah termasuk dalam golongan ini. Walaupun ia dibenarkan oleh suami anda agar kelihatan cantik di depannya.



Puan perlu ingat, apa yang kita lakukan perlu mengikut landasan syarak yang betul-betul tepat dengan tuntutan ALLAH kepada kita. Jangan ikutkan nafsu yang sering menyuruh kita melakukan sesuatu yang boleh melanggar hukum ALLAH. Ini kerana, tuntutan nafsu selalunya dari Syaitan.
Banyak perkara yang boleh mencantikkan anda selain daripada perbuatan yang menyalahi syarak. Lakukanlah sesuatu yang boleh memelihara hak ALLAH. Insyallah, anda akan dipelihara oleh ALLAH.
Mohonlah pertolongan ALLAH jika kita tersasar dari petunjuk-NYA. Kita hendaklah bersyukur dengan setiap pemberian dari ALLAH.



Firman ALLAH S.W.T:
“Dan aku benar-benar akan menyesatkan mereka, dan aku bangkitkan angan-angan kosong pada mereka dan menyuruh binatang (memotong telinga-telinga binatang ternak), lalu mereka benar-benar memotongnya, dan akan aku suruh mereka mengubah ciptaan ALLAH, lalu benar-benar mereka mengubahnya. Sesiapa yang menjadikan Syaitan sebagai pelindung selain ALLAH, maka sesungguhnya ia menderita dalam kerugian yang nyata.”- Surah al-Nisa’: 119.

ADMIRE!

I want to succeed like him!

Dunia ini banyak simpangnya.
Terpulang pada kita.
Satu simpang kita takkan belajar selain dari menerima.
Banyak simpang buat kita paham ertinya.

Tapi jangan menyimpang dari simpang kebenaran.
Kalau tidak,
Musnah.

Manusia tidak perlu takut pada kegagalan.
Ianya sekadar satu persinggahan.

Aku bukan cuba untuk berpuitis.
Ianya lahir dari hati.

Aku hanya ingin berjaya seperti dia.

Noktah.

07 Mei 2010

SELAMAT HARI MAMA!


::love mama forever::

06 Mei 2010

MIMPI SAMA?

Aku tak tahu lah malam tadi kali ke berapa aku mimpi pasal aku dah terlambat nak pergi exam. Padahal dah seminggu dah aku balik rumah. Bermakna, sudah seminggu juga aku telah meninggalkan dewan exam. Tetapi mengapa ya?

Ada yang masih tak selesai kah?

MOTIVASI ENJET-ENJET SEMUT.

Bila dah jatuh, takkan lah nak jatuh lagi kan? Takkan nak jadi BIG L kan..? So, kamu kena berubah. Siapa kata kalau kita bodoh , belajar macam mana pun tetap bodoh, angkat tangan! Angkat tangan ye...mari sini, aku rendam kau dalam bancuhan serbuk pencuci DAIA + CLOROX satu botol. Bagi bersih sedikit pemikiran kamu itu. Tolong jangan jadi komuniti yang sempit lubang pemikirannya. Kita ini sebaik-baik ciptaan Allah. Sebab kita dikurniakan akal. Dengan akal itu, kita sepatutnya boleh berfikir dengan dalamnya ye kenapa kita dikurniakan kegagalan itu. Sebab kegagalan lah yang menjadi cikgu silat sebenar kita untuk menempuhi kehidupan ini. Tak kisahlah cikgu apa pun kan. Jadi, sepatutnya selepas gagal kita patut berusaha supaya tak gagal lagi. Kalau gagal, usaha lagi. Kalau gagal lagi, usaha lagi. Sampai bila, sampai berjaya! Kalau tak sempat, bukan rezeki kita lah kan..

Jangan mengalah dengan mudah. Jangan jadi lembik, buat malu kaum je. Kau pun malu. Buka minda,jangan sempitkan nya.

(coretan ini khas aku tujukan pada diri sendiri. aku lalai pada semester yang lepas, dan aku berazam untuk dapat anugerah dekan semester hadapan. kalau tak dapat, cuba lagi, kalau tak dapat, cuba lagi. kalau tak dapat cuba lagi. Be strong bebeh!

02 Mei 2010

RINGGIT MALAYSIA SATU JUTA?

Kalau ada rezeki, aku akan hantar Encik Idrus dan Puan Hizan pergi menunaikan haji dan umrah.
InsyAllah.