Cari Entri Dulu

24 Mei 2010

PESTA PENUH, MASJID KOSONG?


pesta

Masjid

*gambar hiasan. ihsan dari pakcik google.

Salam. Semoga kita berada dalam lingkungan rahmat Allah. Insyallah. Pada tika ini, aku ingin ketengahkan satu isu yg bermain kejar-kejar di depan mata aku. 

Bebelan pertama tentang pesta penuh. Ya! Pergi pesta mana-mana pun, kita pasti dapat lihat kebanjiran umat manusia memenuhi segala ruang-ruang yang ada. Berhimpit-himpit, bercampur-campur, bersorak-sorak. Ulalala.. Ada juga pesta yang memerlukan wang agar kita dapat lepas masuk. Kadang-kadang agak mahal, jarang murah-murah. *ini bukan salah satu bentuk sedekah ye, mungkin ada yang berbentu sedekah tetapi jarang ada macam kain jarang. what??* 

Kenapa pesta penuh? Sebab pesta penuh dengan bermacam jenis syaitan. Korang bukan tahu syaitan-syaitan itu ikut korang bersorak-sorak bagai. Korang bukan nampak syaitan duk gelak-gelak tepi korang. *mama kata muka syaitan hodoh sangat-sangat* Lagi satu, pesta penuh sebab ia penuh dengan kelalaian dan kegembiraan melampau sehingga lupa perkara yang paling hampir dengan kita adalah MATI.

Bebelan kedua tentang masjid kosong. Rata-rata masjid di Malaysia akan penuh tika ada suatu perkara yang besar seperti Solat Sunat Hari Raya, Tarawikh, Solat Jumaat, Solat jenazah, Solat hajat perdana, qiamulail dan macam-macam lagi. Tetapi yang sedih nya, manusia sekarang tidak nampak apa yang perkara yang lebih besar dari itu iaitu Solat Fadhu lima kali sehari. Solat Fardhu itu wajib dikerjakan. Tetapi semasa solat fardhu lah saf-saf yang dipenuhi kadang-kadang tidak lepas satu barisan pun. Sedihkan. Sedih kerana Rumah Allah hanya dipandang sebelah mata oleh sesetengah muslim.  

Masjid kini menawarkan pakej yang lebih lumayan. Ketenangan, sejuk (air cond dan kipas yang laju), dapat ilmu *malaikat akan datang ketika ada majlis ilmu, tak rasa beruntung ke?* , masjid yang cantik, dan macam-macam lagi. Kalau tak percaya, pergi rasa sendiri. 

Sedih juga bila dengar ada muslim yang tak pernah pergi masjid, dan ada yang tidak mahu pergi masjid sehingga sanggup menyorok di dalam bilik yang gelap dan panas. Apa nak jadi... Insaflah. 

Saya menyeru diri saya dan rakan-rakan, marilah kita mengimarahkan Rumah Allah sementara pintu taubat masih terbuka. 

p/s: Solat yang sempurna mampu mencegah kemungkaran. Sempurna kah solat anda?

2 reaksi homosapien:

NK berkata... [Reply]

kau tahu tak dunia ni Allah cipta ada 5 fasa. yg aku ingat, if im nt mistaken, fasa 4 adalah fasa kejatuhan Islam. fasa 5 adalah fasa kebangkitan Islam before hari kiamat. sekarang org kata kita kat fasa 4, wallahualam. tu info aku dapat dari kawan. :)

SheY PuLL berkata... [Reply]

inilah....skung kat masjid kite kn berusaha utk tarik remaja ke masjid dan suaru..:)

Catat Ulasan

komen lah dengan ikhlas ya. Aku terima sahaja manis atau tajam.