Cari Entri Dulu

18 Mei 2010

KAHWIN MUDA

Maksud topik di atas adalah orang yang kahwin di usia muda, bukan orang yang kahwin dengan orang muda ok. Senario ini dah lama berlaku sejak dulu-dulu lagi. Kahwin muda itu aku andai kan dalam linkungan umur 18-24 tahun. Aku spesifikan had umur sebab umur 18 korang dah habis jawab SPM dan 24 mungkin ada yang dah habis study atau masih study, kira student lagi la... yeee... Entri ini untuk umur-umur student macam kita la (aiyeekk... 'kita'?? *ngee*). Tetapi yang lain pun boleh baca jugak untuk kegunaan masa depan. *ngee*


Semalam aku tanya kawan-kawan aku pasal benda ini, rata-rata semua setuju tentang kahwin muda. GATAI. Bukan. Bukan sebab gatal, eyt..aku tanya bukan pada golongan remaja hingusan lagi yee.. Mereka semua dah besar dah.. Alhamdulillah.... *ngee*. Cukup. 

Pada pendapat aku la kan, bagus kahwin pada usia muda ini. Pertamanya, KITA DAPAT LA MENGELAKKAN MAKSIAT BERLAKU SECARA BERTERUSAN. Contohnya, ber dating.  Ehem, kejap lagi mesti aku kena 'serang'.  Minta semua  buka fikiran ya, tidak perlu cucuk tunding jari kepada orang lain, tapi kita ingat kan diri kita. Aku juga sedang ingatkan diri aku. Ok kita sambung. Cuba imagine la kan, dating lepas kahwin lebih masyuk, kurang fitnah dan dosa menimpa diri, kurang dosa menimpa diri mereka yang hampir-hampir nak menfitnah. Nampak tak....kita saling menjaga. Bijak... *ngee* 

Keduanya, KITA DAPAT MENGURANGKAN KES-KES YANG SADIS-SADIS. Antaranya kes kena raped dengan balak dia, kes kena tangkap basah dekat dalam kereta, kes buang anak lakhanat punya orang dan banyak lagi.  

Ketiganya, KITA DAPAT MENGHASILKAN ZURIAT YANG RAMAI (rezeki masing-masing lah). Mesti atok dan nenek a.k.a ibu bapa kepada parents korang tumpang sekaki setangan kegembiraan korang dengan rezeki yang korang peroleh itu. Dan dengan harapan zuriat yang lahir dapat membawa seribu satu kebaikan kepada umat manusia.

Ada banyak lagi sebab cuma otak aku tepu sedikit tika ini. *ngee*  Tapi kan..lepas baca entri ini, jangan pula tak sabar-sabar nak kahwin awak-awak sekalian. Sediakan diri dengan secukupnya. Matangkan akal, kukuhkan kewangan. Kenalah bersedia sebab tanggungjawab menjaga keluarga sangat berat, serius berat. 


*tengok tuh, lepas kahwin boleh main kiss-kiss.haha*

p/s: kalau orang kata masa jadi student tak boleh buat majlis besar-besar, tiada bajet. Nanti aku jawab, Islam menggalakkan kita bersederhana. hambik ko! kalau takdir aku kahwin masa usia student, aku tak kesah nikah dulu, lepas dah habis belajar, dapat kerja boleh aje buat majlis persandingan. Silap-silap, anak aku jadi flower girl..haha

11 reaksi homosapien:

Kik0 ♥ QiLaH berkata... [Reply]

alaa~

tingin nak kawen jugak !!!

huwaa~

baincardin berkata... [Reply]

Jom kita tambahkan ilmu tentang 'Baby Development' Yay! ^_^

ohmywtf berkata... [Reply]

oh dear...im almost 30 yet not married...lol

Masturah Idrus berkata... [Reply]

to ohmwtf:
y?? still looking for someone?

nasazfrog... berkata... [Reply]

yang penting dari hati n keserasian pasangan la yang... pasti bahagia.

A.I berkata... [Reply]

wehhhh, tetibaa aku rasa nak kawen nihhh!
apekes???

mentality orang mlyu, nak jugakk buat grand2!!
pada hal anak kau dah tak boleh tahan macam nak mampus!
e2 tak nak pulakk paham.
dah terberanakk kang baru nak menyesal! heh.

Masturah Idrus berkata... [Reply]

to nasazfrog:
betul tuh kak....

to aisha:
ngeee....tenang2...diorang ade duet, tu yg nk wat grand2 tuh..takut org kate kedekut.. (konon2 tgh pikir positif...ngee)

Tanpa Nama berkata... [Reply]

salam,rasa terpanggil itu beri secebis pendapat ku insan kerdil ni.nak kawin mude @kawin cpt ke lmbt ke terpulang pd dr msg2..yg penting cukup persediaan.slalu dgr org ckp kwin awal,GATAI..kalo kawin LAMBAT, jdik andartu.xde istilah tu semua.mentaliti msyrkt skrg.kalo rse dh cukup persediaan semua,silakanlah menikah.even kalo msih belaja.mungkin bg mereka yg sebok berkapel bertahun2 dr tmbh dose baik kawin jela.hari2 bermaksiat nk wat pe.dose bermaksiat tahun lepas,mggu lps,smlm xsmpt nak taubat dh hari ni wat dose dengan dating la pegang tangan la.(maaf bukan tuding pd sesape tp ni realiti)ade jugak yg mungkin pk duet xde cmne nk kawin.nikah yg penting!!ni nk bg tahu..
ade hadis menyebut:Tiga hal yang pasti Allah bantu, di antaranya: “Orang menikah untuk menjaga diri dari kemaksiatan.” (HR. Tirmidzi dan Nasa’i)
jika kamu miskin maka Allah akan menambah rezeki kamu(an-nur:32).ade sesetgh pulak mencari psgn skrg berkasih-kasihan kemudian xnak kawin smpai dh de kerja ngan dah kumpul duet.pk kanlah dr tempoh die berkasih2an tu smpai die menikah berapa lame die bergelumang dgn dose.mungkin die xsdr sbb dose tu dirasakan kcl je.kalau rasa2 xleh tahan menikahlah,kalau x mampu berpuasalah,sbb puasa dpt cegah kemungkaran,puasa zahir batin.kalau xbersedia,watlah persediaan dari sekarang.semuanya Allah dah tentukan di Luh Mahfuz sblum kita lahir lagi.andai dah smpai jodoh x kemana.moge Allah sentiasa mempermudahkan urusan kita...

Masturah Idrus berkata... [Reply]

terima kasih atas pandangan anda.

Melati berkata... [Reply]

kawen muda susah nak study la. anak meragam, laki mintak manja. hahahaha... tak mau aku

Masturah Idrus berkata... [Reply]

to melati:
wahhh...garang la ko ni..grrrrr.. heheh

Catat Ulasan

komen lah dengan ikhlas ya. Aku terima sahaja manis atau tajam.