Cari Entri Dulu

10 Ogos 2010

LAGU | HARAPAN RAMADHAN (RAIHAN @ MAN BAI)


Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sekarang, aku dah pandai sebak bila dengar lagu ini. Bertambah sebak lagi bila aku memikirkan aku masih berkesempatan untuk bertemu bulan Ramadhan yang mulia dan penuh barakah. 

Ada yang tak berpeluang menemui Ramadhan lagi. Surah Al-Fatihah aku hadiahkan pada mereka.

Aku masih sebak. Noktah.


p/s: Salam Ramadhan 1431 Hijrah!

4 reaksi homosapien:

Along Tapa berkata... [Reply]

aku lak dah pandai sebok...ahaks..selamat ramadhan..kalo ko dapat puasa penuh aku belanja ko..:p

p/s: lagu tu memang buat timbul mood nak puasa..best..

Blog nostalgia budak Muor - Aku termenung

baincardin berkata... [Reply]

Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak :)

Niena Azman berkata... [Reply]

selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak..
psl kuku nina nih, hehe.. boleh tumbuh la kak. in fact, skrg ni dah tumbuh sket. tpi lame lg la process nak tumbuh semuaa ;D

Tanpa Nama berkata... [Reply]

saya Kimie Hashim tadi kak, kak saya nak tanya, camna nak buat playlist ni kak? yang lagu raihan dan mabai tu..akak saya harap sgt akak reply, kat blog saya.. :')

Catat Ulasan

komen lah dengan ikhlas ya. Aku terima sahaja manis atau tajam.