Cari Entri Dulu

07 Oktober 2010

AKU CIRIT BIRIT



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Nak mintak MC ke tak? Ok tak jadi sebab aku tersangat malas nak berjalan ke klinik dengan badan aku yang lemah gedik ini. Aku cirit birit. Sebab aku pergi bantai mihun sup yang pedas kaw2 before aku tidur pada pukul 2am semalam.

Kronologinya.

2am : tidur dengan perut kekenyangan mihun sup pasar malam yang pedas hambek kaw.

5.30am: Aku bangun dengan terkejutnya sebab perut aku sakit sangat! Terus ke jamban. Sepi je jamban time ni. Sedikit seram, tapi time sakit siapa kesah dengan seram ke tak. Lepas selesai, kembali ke bilik dengan lemah, sapu minyak yu yee cap limau dan tertidur. Ampunkan hamba MU ini kerana aku tak sempat melaksanakan tugas ku untuk bersujud kepada MU.

9am: Terjaga dan terus terduduk sebab sakit. Ke jamban lagi. Kembali nya, aku sapu minyak angin dan tidur balik. Serius aku rasa lemah.

1pm: Aku terjaga dengan damai. Tapi hilang cirit, datang selsema, sakit tekak dan feeling nak demam. Dugaan..

2pm: Mandi dan solat. Minum susu. Itu jelah yang masuk perut aku setakat ini. Takde mood nak makan sebab gusi bengkak. Sakit.

Hari yang penuh dugaan. Hari khamis dolu2 pun aku tak pergi kelas sebab aku sakit. Hari itu muntah-muntah. Harap-harap mama papa tak baca apa yang aku tulis ini. Takut diorang risau. Akak dah besar mama, papa. Akak boleh jaga diri. Jangan risau ye.

Minggu ini aku akan busy lagi dengan projek microprocessor. Ahad ini nak pergi kenduri kahwin kakak jijah. What a busy weekend! *sigh*

p/s: Sepupu aku, Faris comment on my status " Diarrhea.." :  Bace fatihah kt dlm air kosong.. Pstu minum.. Pegang perut bace fatihah lg.. :) Thanx Faris.

3 reaksi homosapien:

Along Tapa berkata... [Reply]

baru aritu aku bagi komen pasal taik, ko dah kena penyakit itu?hahaha


p/s: minum teh pekat weh...kurang sikit menciritnya tu...tak pun amik beras, goreng takde minyak...tumbuk2, buat minum...ok gak~~~

Gorengbaek - Aku tak percaya...siot~~

Nur Suaidah Bachok berkata... [Reply]

hey... dah baik belom? :D

Masturah Idrus berkata... [Reply]

momolla: ok sudah... :)

along: thanx!!!

Catat Ulasan

komen lah dengan ikhlas ya. Aku terima sahaja manis atau tajam.