Hanya bunyi bilahan kipas yang sedang berpusing menjadikan dunia ku tidak bisu. Sekurang-kurangnya ada bunyi. Sekurang-kurangnya aku masih tidak pekak. Apa pun aku masih sunyi.
Padahal aku ada mereka di sekeliling. Padahal mereka dekat sahaja dengan aku. Tapi aku masih diselimuti sunyi. Mungkinkah aku yang tidak bersyukur kerna ada mereka, lalu aku ditakdirkan untuk rasa sunyi.
Kadang-kadang aku menangis, untuk mengisi kesunyian. Aku tak pernah mengatakan dunia ini kejam. Yang aku tahu semua yang terjadi ada sebab. Sunyi aku pun bersebab. Cuma aku yang tak jumpa apa sebab nya.
Aku pandang siling, aku pandai kipas yang sedang ke kanan ke kiri, aku pandang objek statik di kamar kongsi ini, aku tengok tin minuman, semua lah aku jeling. Oh. Sunyi ini makin melampau.
Aku pandang siling, aku pandai kipas yang sedang ke kanan ke kiri, aku pandang objek statik di kamar kongsi ini, aku tengok tin minuman, semua lah aku jeling. Oh. Sunyi ini makin melampau.
Bukan tiada yang datang menjengah, bukan tiada yang datang menegur. Entah. Aku turut keliru dengan kemahuan diri sampai aku tak tahu apa yang diingini. Keliru aku dibuatnya. Pandai sunyi memanipulasikan keadaan diri aku.
Apa khabar agaknya keluarga ku ni kota penuh debu di sana? Ah, bukannya aku di seberang laut, aku cuma di pantai timur, dan mereka di pantai barat. Hmm. Setiap hari aku ingin menelefon mereka. Cuma aku mati akal tatkala menyusun ayat untuk bercerita. Aku berdosa. Aku berdoa agar papa, mama dan abang, dan adik aku sihat dan bahagia. Semoga senyuman sentiasa terukir di bibir mereka. Amin.
Yang tersayang. Aku pohon maaf atas sikap ku yang agak dingin. Mungkin hormon ku mulai tidak stabil. Mungkin. Maaf jika aku mengguris hati mu sekali lagi. Banyak nya luka di hati mu. Beritahu pada aku apa perlu ku buat agar luka itu sembuh? Aku sentiasa yang terbaik di hatimu. Itulah ungkapan kamu yang menyentap jiwa ku. Layak kah aku menjadi terbaik dengan perbuatan ku terhadap mu kebelakangan ini? I guess not.
Sahabat yang sentiasa di sisi. Di kala tawa, di kala duka. Hanya terima kasih yang mampu aku ucapkan, dan hanya doa dapat ku titipkan untuk kalian. Tolong jangan berpisah dari ku kerna kalian sebahagian dari semangat aku. Jika kalian pergi, aku akan kehilangan sebahagian itu. Dan aku akan lemah, lalu rebah menyembah bumi. Aku pohon jangan.
Aku ingin berwuduk dan bersujud pada-Nya; Allah Yang Maha Esa. Aku minta semoga kesunyian ini tidak berpanjangan. Jika ia berlarutan, aku khuatiri aku aku tak mampu mengawal diri. Jauhkan lah.
p/s: ERA FM. Dilema Cinta-Ungu
1 reaksi homosapien:
yang pasti...hanya ALLAH bisa membuat hatimu tenang...
teruskan berjuang
STUDENT LIFE ^_^
Catat Ulasan
komen lah dengan ikhlas ya. Aku terima sahaja manis atau tajam.