Cari Entri Dulu

16 Februari 2011

KENAPA RANKING ALEXA BLOG ATAS SEJUTA?

Haha.

Antara alasan aku untuk persoalan diatas adalah :-

1) Tak rajin buat promosi

Tapi aku promote je dekat fesbuk, tuiter, innit dan gb, haih~ Sampai pening aku tengok link blog aku bersepah merata-rata. *pening ke?*

2) Tajuk entri tak menarik.

Mungkin aku harus terapkan penggunaan tajuk entri yang serba lucah atau serba palsu. Sekurang-kurangnya naik jugak jumlah orang yang view blog walau depa duk maki hamun lepas masuk blog.

3) Tak letak gambar muka macam comel, pakai tudung lilit-lilit, pakai mekap macam clown.

Sesungguhnya aku malu dah nak tayang muka sebab muka aku hanya sedap dipandang bila senyum. Bila tak senyum, toksah lah tengok, nanti dapat mimpi ngeri.

4) Tak update secara mendadak

Bila cuti tahun baru cina hari itu, aku tak update langsung. Aku sakan duk tengok tv besaq tu ha. Bila balik sini, line internet kadang-kadang jadi gedik.

5) Orang tak paham entri atau entri syok sendiri.

Haa. Ni memang feveret aku. Haha. Walau syok sendiri aku akan pastikan ianya berkualiti dan ada input untuk pembaca sekalian.

6) Aku tak famous amous.

Ya. Itu kenyataan. But Im cool with that, sebab bila famous, peluru-peluru dengki akan singgah pada aku. Lebih baik begini.

Dulu ranking Alexa blog ini bawah sejuta lah jugak. Itu dulu. Semasa itu aku terlalu kisahkan populariti sampai pergi blog walking tengah-tengah malam, post link sana sini.

Sekarang aku kisahkan kepuasan untuk aku menaip/menulis. Biarlah orang tak baca, janji apa yang terbuku terluah.

p/s: Tolonglah jangan pentingkan diri sendiri.


3 reaksi homosapien:

Tanpa Nama berkata... [Reply]

so..senyum2 lah selalu cik teddy..hehe
-shu

Along Tapa berkata... [Reply]

betul tu mashi..kalo ko kena hentam macam entri valentine aku nnt, mau ko rasa macam nak merajuk jek blogging..sampai aku terasa macam aku nak stay down jek macam ko ni...adehhh..

Gorengbaek - Band dan penyanyi kesukaan aku...

Hangit Habis dah - Kenapa nak double standard??

Masturah Idrus berkata... [Reply]

@shu

baik shu! hehe :)

@along

kau kena kuat long! aku sentiasa sokong kau...

Catat Ulasan

komen lah dengan ikhlas ya. Aku terima sahaja manis atau tajam.