Cari Entri Dulu

15 Februari 2011

RUTIN HARIAN - SEBELUM MASUK SHOWER ROOM MASUK JAMBAN DAHULU

Di suatu bilik air yang berkombinasi kan jamban dan shower..


Nenek : Jangan kencing kat bawah! Nanti hancing! Pergi cangkung kat jamban tu lain kali. (posisi lubang jamban lebih tinggi)

Ini dialog nenek semasa aku kecil dahulu. Sejak dari itu aku tak mencangkung atas lantai bilik air depan lobang bilik air untuk membuang. Aku guna kan jamban sebaik nya sebab lobang jamban lebih besar, dan lepas habis buang terus pam. Hilang bau.

Perkara nampak remeh, tapi ini tentang kebersihan. Jadi sila ambil perhatian.

Cuba lah bayangkan, lubang atas lantai bilik air tu tersumbat dan timbul lah segala buangan yang entah apa apa entah bau dan warna nya, jijik bukan?! Jadi, guna lah jamban sebaiknya.

Berkenaan rutin harian aku, sebelum masuk shower room, aku akan masuk jamban room dulu. Kalau terdesak sahaja aku terus masuk shower room. Terdesak itu seperti aku tak tahan dah, dan kebetulan ada orang sedang menggunakan jamban itu.

Islam, agama yang sangat menitikberatkan kebersihan dan kesucian. Jadi jagalah kebersihan. Siapa yang suka membuang air kecil dalam shower itu, jirus lah banyak-banyak sehingga hilang bau, warna dan rasa.

p/s: Marilah sentiasa berselawat ke atas junjungan besar kesayangan kita, Nabi Muhammad S.A.W. *Hari Keputeraan baginda -12 Rabiuawal 1432H*

0 reaksi homosapien:

Catat Ulasan

komen lah dengan ikhlas ya. Aku terima sahaja manis atau tajam.