Cari Entri Dulu

27 Ogos 2010

MAMA, JAGA KESIHATAN TAU. JAGA MAKAN.

Semenjak aku kecik lagi, mama nak aku jadi doctor tak pun pharmacist anything la yang ada kaitan dengan ubat. Mama kata " Senang nanti, kakak boleh tahu mana yang mama tak boleh makan kalau mama sakit".


Ya. Mama ada sakit buah pinggang.Cuti hari itu aku ada teman mama pergi buat check up dekat klinik kerajaan, bila keluar result mama macam tenang kan hati yang mungkin result dari klinik kerajaan tak berapa accurate. Ok. Aku pun lega.

2 Minggu lepas masa berbuka dengan nenek dan saudara yang lain, mama tunjuk result check up dekat sepupu aku (doctor), dia kata "Tinggi ni auntie". Maksud tinggi tu adalah certain kandungan dalam air kencing di dapati tinggi, which mean kidney tak buat kerja dengan betul dan equal to kidney mama ada masalah.

Beberapa minit tadi aku dengar khabar yang mama masuk hospital tengahari tadi. Tapi sorang pun tak bagitahu aku. Sedih tau. Adik aku kata mama pergi cuci darah dekat buah pinggang, (dialysis). Aku dengar kos dialysis itu sangat lah mahal. 

Ya, Allah. Satu per satu dugaan yang kau turunkan pada mama,pada ku dalam bulan yang mulia ini. Aku minta agar KAU beri aku semangat dan ketabahan hati juga pada mama. Semoga aku tak menjadi hamba MU yang tak redha. 

Doctor kata, sakit buah pinggang takkan sembuh. Apa yang boleh di buat adalah rawatan sahaja. Maafkan kakak mama sebab tak jadi doctor. Kalau tak mesti kakak boleh jaga mama. T.T


p/s: patut lah aku macam nak video call dengan family aku dari tadi tapi tak kesampaian, rupanya, tak semua family member ada dekat rumah. Mama, nanti kita shopping beli makanan yang sihat2 untuk mama keh. 

26 Ogos 2010

KENAPA GOOGLE CHROME SAHAJA YANG TAK BOLEH? IE DENGAN MOZILLA OK SAHAJA.

Assalamualaikum dan salam Ramadhan. Alhamdulillah kita dah masuk malam ke-17. Lagi beberapa hari sahaja untuk kita masuk ke fasa akhir yang mempunyai malam yang istimewa iaitu malam Lailatulqadar. Sama-sama lah kita berusaha ya untuk mendapat kan malam itu.

Ok. Kali ini nak meluahkan rasa pelik yang tak terhingga kepada korang la kan. Browser internet kesayangan tak bagi aku tengok blog aku sendiri. Apa kes? Jahat tau. Browser tiri yang lain pulak bersikap macam bagus (walhal before ini macam puaka). Oh, lupa. Browser kesayangan adalah Google Chrome. Love it so much la sebab simple. Tapi sekarang dia buat hal pulak. Kenapa nak memberontak nak... Mak tak bagi hang cukup duit ka? Hang tak cukup makan ka? Gusar betul tau.

Tak percaya. Ini bukti nya.

Ini anak kandung aku, Google Chrome namanya. 

Ini yang paling susah nak jaga. Gene apa tah yang dia dapat dari mak dia. Nama dia Internet Explorer.

Ini anak tiri pertama. Aku panggil Mozilla.

Aku bukannya reti bab-bab ini sangat. Tapi kenapa macam Google Chrome sahaja yang concern pasal malware tuh? Oh mungkin sebab dia anak kandung, itu yang dia lebih alert. Haha. Jahat mulut aku. Anyway. Cepat sihat ya nak, mak tak suka tengok hang duk bukak page merah ini tuk mak. Mak gusar.


p/s: Di bulan puasa yang mulia ini, kita kena menahan diri dari buat perkara yang membatalkan puasa. Laki bini pun tak boleh nak mesra sangat time puasa, tapi awat yang pakwe makwe dekat Uni aku ini macam bermesra kalah laki bini? Pelik lah hangpa ni.

22 Ogos 2010

BILA AGAMA DIKETEPIKAN

Orang semua berpusu-pusu dress up ikut trend,

walau ia dilarang tetapi masih mahu mencuba, 
kerana takut di perli ketinggalan zaman atau tidak ada sense of fashion. 

Aku mana lah reti berfesyen sangat. Tapi aku try jugak pakai yang molek2, yang dibenarkan dalam Islam. Aku pakai ikut cara yang aku selesa. Tapi, pendapat orang pun kite kena ambil kira, jangan tibai pakai macam Pak Cik Din Ujang tu ha. Trend yang aku ikut sekarang ini adalah trend tudung syria. Itupun tengah berusaha nak cari yang labuh punya. Banyak sangat mata yang gatai, so kena lah cover2 apa yang patut kan.

Orang semua pentingkan adat,
majlis persandingan harus dibuat,
kalau tak buat nanti orang mengata,
"kahwin gantung ke diorang ni?"

Hina sangat kah orang kahwin gantung? Adoi. Mentaliti kita tak pernah ubah. Kalau tak ikut adat, ada lah something wrong somewhere. Setahu aku, majlis persandingan ini sekadar adat sahaja. Tak silap aku, perkara yang disarankan dalam Islam adalah buat majlis makan atau jamuan untuk menghebahkan berita gembira ini kepada orang ramai supaya tak timbul fitnah di kemudian hari. Bukan aku nak kata jangan tinggal kan adat, cuma elakkan lah mana yang boleh dielakkan. Bila dah kahwin, kita patut jamu muka kita pada suami kita saja, tapi time sanding sokmo bagi semua jamu muka kita. Aku pun nak bersanding nanti, so aku akan cari jalan lain untuk mengelak kan aku dapat dosa free masa hari pertama bergelar isteri. Pakai purdah maybe? hehe

Macam tak cukup panjang aje bebelan kali ini kan. Biasalah time2 macam ni, aku blur sket nak pikir point lain. Mahu sambung buat literature review! daa



p/s: hari ini nak berbuka puasa di mana ye?


21 Ogos 2010

ALONG TAPA KATA AKU EMO

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Puasa tak? Aku puasa alhamdulillah. Syukur dapat jumpa Ramadhan tahun ini. Tahun-tahun seterusnya tak tau la kan.

Eh, patut nya entri kat atas bertajuk, ALONG TAPA KATA, AKU POST ENTRI EMO BERTURUT-TURUT. Tapi macam panjang la kan. Tak comey.

Memang aku ada post entri pelik + gedik. Dan ia berturut-berturut. Kalau rasa macam meremang aje tengok tajuk tuh, jangan baca tau, takut tertanggal bulu-bulu yang meremang tuh.

Bukan apa, tiba-tiba aku suka taip entry macam itu. Entry yang direct keluar dari hati dan diterjemahkan oleh jari jemari aku yang menaip. Entry lain tuh aku kena tapis pakai batu, pasir, kain kasa so hasil nya taklah nampak gelodak sangat kan.

Entry yang banyak perkataan AWAK dan KITA tuh memang entry yang direct di tujukan pada orang tersebut, but I make it in general which mean I didnt state any gender, name, or age. So kena tafsir sendiri lah kan. Kalau tak paham tanya, jangan bantai tafsir lepas tu bawak anasir sampah terhadap aku.

So, entry AWAK KITA bukanlah entry emo, ia lebih kepada entry gedik lagi manja. Aww.. haha (Ye Along Tapa, haha)

Kepada yang selalu singgah baca bebelan aku, boleh tanya tak? which part me that make you all remember me? *wink wink*


p/s : besh berbuka di masjid. Makan dalam talam beramai2.

SAMPAI HATI AWAK

Awak,

Kita ini gadis tau.
Kita ni kaum lemah.
Kudrat kita tak sama dengan kudrat awak.
Jadi awak tak boleh nak sama kan kita dengan awak.

Awak,
Awak tahu tak makna tanggungjawab?
Macam mana pula dengan prihatin?
Tipulah kalau awak tak tau.
Pergi belajar masuk taska balik.

Awak tahu tak makna amanah?
Kita tahu,
Kita bukan sesiapa bagi awak.
Kita ni orang yang boleh awak tolak tepi dan tarik bila nak.
Jadi awak mungkin tak heran dengan apa yang akan jadi pada kita.

Even kita tidak ada kena mengena dengan awak,
at least,
timbulkan lah rasa gusar dan risau terhadap kita.
Sebab kita ni gadis.

Kita tak mengharapkan lebih dari awak.
Cukup lah sekadar rasa prihatin dari awak kepada kita,
Kepada gadis seperti kita.



p/s: Allah sahaja yang tahu apa perasaan aku tika itu. 


20 Ogos 2010

AWAK, KITA CEMBURU

Awak,
Hari-hari kita senyum.
Hari-hari kita kita gelak.
Kadang-kadang kita merajuk.
Kadang-kadang awak gedik.


Seronok lah bila awak ada dekat sisi kita.
Senyum kita susah nak putus.
Salah awak lah ni.
Suka buat kita gelak.


Tapi kan awak,
Sejak awak dah mula rapat dengan orang lain,
kita rasa jauh dari awak.
Sebab awak mula buat orang lain senyum tak putus.
Mana aci.


Sekarang kita buka minda kita luas-luas,
Kita pikir dalam-dalam,
Kita pandang jauh-jauh,
Kita sedar,
Tak guna kita cemburu,
Sebab itu memang awak,
Si pembuat senyuman tak putus.


Sepatunya kita bangga kita kenal awak,
Sebab kita ada kenalan yang boleh bahagia kan orang sekeliling.


Awak,
Ingat ni,
Bila awak rapat dengan orang lain nanti,
Awak jangan lupa kita tau,
Sebab confirm kita akan dahaga kan kasih-sayang yang awak berikan melalui senyuman itu.


p/s: ingat orang couple je boleh cemburu? no..no..no.. semua orang boleh cemburu dengan semua orang. Lagi-lagi orang yang rapat dengan kita.

19 Ogos 2010

AWAK SENYUM, KITA JATUH CINTA!

Mata kita terpana tika melihat senyuman awak.
Indah sungguh ciptaan Allah.
Indah sungguh senyuman itu!
Rasa teringin menjadi penerima senyuman itu.
Malangnya, bukan rezeki kita lagi.

Permintaan kita hanya nak lihat senyuman awak.
Itu saja.
Kita tak minta lebih.
Walau untuk 5 saat sekalipun.
Kita sudah rasa riang.

Awak,

Senyum lah pada kita.
Kita takut kita kempunan nanti.
Kita takut, kita tak jumpa awak lagi.
Kita tak tahu ajal kita bila.

Boleh tak senyum pada kita?
Kita tunggu ini awak.
Boleh lah.
Kita teringin sangat.




Terima kasih awak!
Kita seronok sangat.
Senyuman awak pengubat jiwa lara kita.
Buat kita jatuh cinta.

Eh, tapi kan awak.
Kita bukan jatuh cinta dengan awak.
Kita jatuh cinta pada senyuman menawan awak itu saja.
Awak jangan pikir lain.
Sebab kita tiada niat lain.
Selain menjadi penerima senyuman awak


p/s: bukan nya susah kan nak gerak kan otot kat pipi untuk senyum. Senyum kan satu bentuk sedekah. Bila tak senyum buat orang lain jauh dari kita. Tapi jangan la senyum memanjang macam mintak berus jamban, senyumlah berpada-pada. Balaslah senyuman orang lain, bukannya susah. Ayuh bergelek bersama M. Daud Kilau! Senyum lah senyum lah ahai cik mek molek.. ewwah!

18 Ogos 2010

HANYA 15 MINIT

Dulu...

Awak, 
Tau tak kita boleh rasa bahagia dengan hanya tengok muka tanpa mengenali tuan empunya?
Kita bahagia tengok awak.
Kita rasa gembira.
Betul ini.


Awak, kita tak kenal awak.
Kita tak pernah nampak awak pun.
Itu lah kali pertama.
Lepas itu awak hilang.
Kita cari tapi tak jumpa.


Awak, kita tak putus asa.
Kita cari lagi.
Lepas itu, hati kita terus berbunga.
Sebab Allah benarkan kita tengok awak lagi.
Tapi kali ini dari jauh.


Awak, 
Awak jalan cepat sangat.
Kita tak berdaya nak kejar.
Kali ini, kita hilang awak lagi.
Dan itu yang terakhir.


Awak,
Kita tak tahu apa maksud pertemuan bahagia itu.
Walau hanya 15 minit tempoh kejadian,
Kita masih rasa bahagia bila ingat masa itu.
Kita bahagia, sebab itu kali pertama hati gadis kita ini berbunga riang bila tengok orang yang tak dikenali.
Betul, tak tipu.


Tiada rasa sayang, 
tiada rasa suka,
Cuma kita rasa bahagia. 


p/s: peluang datang hanya sekali. So just grab it!

14 Ogos 2010

GAMBAR HARI INI - 13


Agak semak, tapi alhamdulillah ianya berfungsi. Ini hasil dari soalan assessment hari itu. 
Ada sesiapa yang ambil subjek electropneumatics? Susah tak time pakai PLC nanti? 


p/s: lagi 3 bulan. waiting for that. :)

10 Ogos 2010

LAGU | HARAPAN RAMADHAN (RAIHAN @ MAN BAI)


Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sekarang, aku dah pandai sebak bila dengar lagu ini. Bertambah sebak lagi bila aku memikirkan aku masih berkesempatan untuk bertemu bulan Ramadhan yang mulia dan penuh barakah. 

Ada yang tak berpeluang menemui Ramadhan lagi. Surah Al-Fatihah aku hadiahkan pada mereka.

Aku masih sebak. Noktah.


p/s: Salam Ramadhan 1431 Hijrah!

08 Ogos 2010

CONTEST | HAPPY MOMENT



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Mari lah join contest ini. Simple aje. Sila klik banner di atas untuk maklumat lanjut. Contest Cik Ayuni ni berakhir pada 26.9.2010. Kali ini aku letak gambar......


miss you all.....gambar 3 tahun yang lalu.

Aku nak tag


p/s: nak senyum! hmmm

Enhanced by Zemanta

CONTOH SURAT MINTAK KAHWIN AWAL.



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Kepada ayah yang ku kasihi dan bonda yang ku cintai…

Apa khabar dengan keluarga di Malaysia? Semoga hendaknya dalam keadaan sihat dan mendapat rahmat ALLAH sentiasa.

Along pun tak berapa jelas mengapa along nak tulis surat ni kepada mak dan ayah. Rasanya sepanjang hidup ni, jarang benar along tulis surat untuk mak dan ayah. Selalunya kalau ada apa-apa pun, along selalu telefon saja berbanding untuk menulis surat. Tapi adakalanya juga, ada sesetengah perkara yang along tak boleh nak cakap melalui telefon dan lebih suka untuk membincangkannya dalam bentuk surat.

Dipendekkan cerita, along sebenarnya untuk meminta redha dari mak dan ayah untuk bernikah. Mungkin mak dan ayah terkejut apabila along cakap macam nie. along bercadang untuk bernikah dalam tempoh kurang dari satu tahun dari sekarang. along nak nikah nie bukan kerana nafsu semata-mata tapi hanya ingin menyempurnakan sebahagian dari agama. Selain itu, dengan nikah, along akan lebih terpelihara daripada melakukan sebarang maksiat kepada ALLAH.

Kadang-kala, along rasa hairan, masyarakat sekarang lebih suka anak-anak mereka ada boyfriend dan girlfriend. Kemudian dibenarkan pula berjalan berdua-duaan tanpa mahram perempuan tersebut. Perkara ini haram di sisi Islam. Sedangkan Islam telah memberikan satu jalan keluar yang baik dalam masalah ini iaitu dengan nikah.

along bukan terburu-buru untuk bernikah, tapi along nak mak dan ayah boleh faham konsep nikah yang sebenarnya di dalam Islam. Islam menganjurkan nikah adalah untuk mengurangkan berlakunya maksiat di dalam masyarakat seperti zina. ALLAH SWT berfirman:

“Dan janganlah kamu menghampiri zina…” (Surah al-Isra 17: 32)

Zina takkan terjadi di antara lelaki dan perempuan dengan serta-merta. Zina akan berlaku melalui beberapa step (langkah) yang menghampiri kepada zina sebagai contoh berjalan berduaan lelaki dan perempuan tanpa mahram (boyfriend dan girlfriend). Walaupun bertunang, Islam tidak membenarkan pasangan tunang tersebut untuk berdua-duaan tanpa mahramnya. Tunang bukan tiket untuk menghalalkan perhubungan antara lelaki dan perempuan. Ini hanya tradisi yang terdapat dalam masyarakat melayu. Islam menyuruh orang muslim untuk bernikah untuk menghalalkan hubungan tersebut.

Mengikut kajian yang dilakukan di sebuah universiti tempatan, 80% mahasiswa yang cemerlang adalah terdiri dari mereka yang telah berkahwin. Ini kerana pasangan yang telah berkahwin, merasakan mereka ada tanggungjawab yang harus mereka pikul, dan akhirnya mereka bersungguh-sungguh dalam pelajaran untuk mencapai kecemerlangan. Jadi, orang yang bagi alasan bahawa menikah sewaktu belajar akan mengganggu study adalah tidak tepat.

Di universiti along, ramai pelajar yang ‘bercouple’ dan mereka boleh belajar seperti biasa. Tapi, apa yang mereka buat tu adalah maksiat. Kan elok, kalau ibubapa mereka membenarkan mereka bernikah dan mereka pun boleh belajar seperti biasa. Yang ini adalah yang disuruh dalam Islam. Jadi apa perbezaannya? Yang satu, belajar tapi diiringi dengan maksiat (macam mana nak berkat ilmu yang belajar) dan yang satu lagi belajar dan telah pun menunaikan salah satu sunnah Rasul SAW. Sekarang pilihan di tangan kita, samada nak kepada benda baik atau buruk.

Mengenai calon, along takde lagi. Tapi, InsyaALLAH kalau mak dan ayah bagi along green light, masalah calon, mak dan ayah jgn risau (bagi tempoh 6-8 bulan), yang penting mak dan ayah bersedia.along lebih suka calon tu along yang pilih sendiri. Tapi tak bermakna mak dan ayah tak boleh memilih calon yang sesuai untuk along.

Mak dan ayah mungkin akan bertanya bagaimana pulak along akan memberikan nafkah zahir dan batin kepada isteri yang along nikahi nanti. Seperti yang along katakan awal-awal tadi, along nak nikah bukan kerana nafsu semata-mata. Dalam tempoh along belajar, dan kemungkinan juga perempuan tu juga sedang menuntut di unversiti, maka along akan buat syarat yang dipersetujui bersama untuk menangguhkan dahulu nafkah batin untuk tempoh tertentu. Dalam sirah Rasulullah SAW, Rasul bernikah dengan dengan Saiditina Aisyah ketika Aisyah berumur 9 tahun dan berumah tangga dengannya pada umur Aisyah mencecah 12 tahun. Ini bermakna Rasulullah menunaikan nafkah batin untuk Aisyah ketika mana Aisyah berumur 12 tahun, iaitu 3 tahun selepas menikah. Kalau dalam istilah kita dipanggil ‘nikah gantung’. Tak kisah lah apa pun namanya yang penting Rasulullah telah mencontohkan perkara seperti itu. Tapi selepas menikah, maka hubungan lelaki dan perempuan yang dulunya terbatas kini telah tiada. Kalau along telefon dia, along dapat pahala, along rindu kat dia, along dapat pahala, along bagi hadiah kat dia, along dapat pahala malahan kalau along keluar berdua-duaan dengannya adalah halal. Kan ini lebih baik dari mereka yang ber ‘couple’. Kalau pasangan yang belum menikah, mereka telefon sesama sendiri, dipanggil zina mulut dan telinga (dosa), rasa rindu di hati dipanggil zina hati (dosa), keluar berdua-duaan lagi, tambah lagi satu dosa. Jadi, along nak tanya pada mak dan ayah, adakah mak dan ayah sanggup untuk membiarkan anaknya untuk bergelumang dengan dosa atau mengikut Sunnah Rasul yang tercinta iaitu nikah. Sekarang pilihan di tangan kita…

Berkenaan nafkah zahir pula, memandangkan along masih belajar dan mungkin juga dia masih belajar, maka along akan berbincang dengannya untuk mempertimbangkan perkara ini. Nafkah zahir wajib along bagi sebagai suami walaupun dalam jumlah sedikit. Sebagai contoh, kalau nanti dia setuju untuk menerima RM 50 sebulan, maka along akan bagi dia yang sesuai dengan kehendaknya. Lagipun, untuk sementara waktu ini, biarlah mak dan ayahnya menanggung makan, minum dan pakaiannya walaupun sebenarnya ini tugas seorang suami. Tapi tak salah kalau ibu bapa sanggup untuk menyara kehidupannya sementara menunggu waktu apabila sudah bersedia berumah tangga. (minta dibezakan antara erti nikah dan berumah tangga). Macam sekarang ni lah, kalau nenek bagi mak baju sebagai hadiah, takkan mak tak terima dan bagi alasan kewajipan beri pakaian ini hanya terletak pada suami. Mak akan terima juga. Kalau nenek menjamu mak dengan makanan, mak jangan tak makan kerana dengan alasan yang patut menanggung makan minum kita adalah suami. Yang penting, isteri mesti redha dengan apa yang diberi oleh suami. Kalau mak dan ayah masih kurang jelas, mak boleh bertanya kepada ustaz mengenai masalah ini. Mak dan ayah jgn risau, sebelum along nak nikah, along akan jelaskan hal ini kepada bakal isteri along. Kalau dia menyetujuinya, alhamdulillah, kalau tak along tangguh dulu. Apa-apa pun, along tegaskan sekali lagi, along nikah ni bukan kerana nafsu semata-mata, tetapi adalah untuk memelihara seluruh anggota zahir dan batin ini dari terjebak ke lembah dosa.

along tengok semua sepupu along nikah awal dalam umur 22 tahun. along cadang pun gitu juga. Banyak juga kelebihan kahwin awal ni antaranya waktu along tua nanti, along tak risau sebab waktu tu anak-anak dah besar dan mungkin dah ada kerjaya sendiri. Kalau kahwin lambat, nanti waktu tua (dah pencen), ada anak-anak along nanti baru masuk darjah satu, ada yang ambik PMR dan SPM dan perlu banyak duit. Waktu dah pencen, nak harap wang pencen, sikit sangat. Mau tak mau, dah tua-tua kena kerja juga banting tulang nak sara anak-anak yang masih sekolah. Sepatutnya waktu tu, ajal nak dekat sampai, patutnya lebih banyak beribadat kepada ALLAH. (tak bermaksud sekarang tak perlu nak beribadat, ajal dan maut di tangan Tuhan. Tua pun mati, yang muda pun mati). along juga harap, anak-anak along nanti (kalau ada rezeki) akan dapat menerima belai kasih dari datuk dan neneknya sebelum mak dan ayah meninggalkan dunia yang fana ini.

Dan kelebihan yang lebih besar dari itu ialah kita dapat menundukkan pandangan dan nafsu kita dari bermaksiat kepada ALLAH di samping mengikut sunnah Rasul SAW. Dalam umur muda nie, macam-macam dugaan dan cabaran yang menanti. Punca maksiat ada di mana-mana. along tak nak along akan terjerumus ke dalam jurang dosa dan lebih-lebih lagi harapan mak dan ayah untuk tidak nak melihat anaknya untuk menderhaka kepada ALLAH dan Rasul.

along sebenarnya dah buat satu risalah mengenai nikah ni tahun lepas dan along dah pos ke rumah pada tahun lepas juga. Tapi sampai kat Mak Su, sebab along tak tulis nama mak dan ayah. InsyaALLAH dalam risalah tu along ada terangkan tentang konsep perkahwinan di dalam Islam.

Diharap mak dan ayah tak terkejut dengan kehadiran surat ini. along nak mak dan ayah terima surat sebagai satu surat biasa yang tak perlu untuk dijadikan isu keluarga yang besar. Sebab bagi along, kalau along membicarakan masalah ni, ia adalah satu yang normal sebab along pun seorang lelaki yang akhirnya akan bernikah jua. Mungkin saja along membicarakan hal nikah ni ketika mana along baru berusia 19 tahun (dalam tahun Islam, along dah 20 tahun). Tapi ini tak boleh dijadikan alasan untuk tidak menyetujui pendapat along ini. Diharap mak dan ayah dapat membaca surat dengan ikhlas tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. along tidak memaksa mak ayah untuk menyetujui seratus peratus apa yang along katakan ini, tapi jika ada kebenaran dalam hakikat, apa salahnya untuk kita menerimanya dengan hati yang lapang dan fikiran yang terbuka.

Kalau boleh jgn bagitau abg azmi dan kakak saudara yg lain, mungkin mereka tak setuju dengan keputusan along ini atas beberapa faktor. InsyaALLAH, kalau ada apa-apa nanti, along akan maklumkan kepada mereka. Sebenarnya bagi seorang lelaki, dia tak perlu untuk minta izin kalau nak nikah tetapi Islam menyuruh kita tidak membelakangi orang tua dalam kita nak buat keputusan. Sebab redha ALLAH adalah berserta dengan keredhaan mak dan ayah. Berbanding dengan perempuan, mereka harus minta izin, sebab ayahnya harus jadi wali dalam pernikahan nanti.

Akhirul kalam, doakan along di sini agar dipermudahkan urusan di dunia dan di akhirat. Kirim salam dengan semua keluarga di Selangor.


Puteramu,
Along



Artikel yang aku jumpa di laman Facebook Ahmad Zul Hafiz. Buat aku keruan. Buat aku serba salah. macam mana ni?

p/s : aku macam serius je. Percaya tak?

07 Ogos 2010

WILL YOU MARRY ME?

kredit to Legal Me Yours

Kenapa aku pulak yang tanya? 


p/s: what should I do?

SALAM TAKZIAH BUAT MAZIDUL AKMAL SIDIK ATAS PEMERGIAN AYAHANDA TERCINTA.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Yang hidup pasti akan meninggalkan dunia ini.

Al-Fatihah.

Untuk cerita penuh, boleh rujuk ke blog Mazidul Akmal Sidik.


p/s: sudah cukup kah bekalan aku untuk alam yang kekal itu?

UPSET

Serabut. Cepat rejam aku dengan ais ke sebab aku macam nak gila dah ni. Semua benda datang serentak. Datang dari semua arah sampai aku tak sempat nak tepis.

Otak aku serabut.

Tolong.

GAMBAR HARI INI - 12


Menawan atau ayu?
Confuse.

Anyway, he is one of my best friend.
Thank you for everything! 

Kalau ada yang tertanya apa benda yang comel dan nampak sedap itu, itu adalah donashi from Big Apple yang kami beli sempena menyambut birthday kawan baik kami jugak.

What a wonderful day!

Alhamdulillah kerna Allah mengurniakan sahabat sebaik mereka.

Terima kasih.


06 Ogos 2010

BLOG PECAH PERUT. SILA KLIK GAMBAR JIKA ANDA SEDANG EMO.


Assalmualaikum dan salam sejahtera.

Kali ini aku nak promote kat korang semua blog yang bikin aku girang dari tadi. Serius weh. (kening aku dah tercantum-cantum dah ni nk buat muka serius)

Kalau korang bosan dengan blog fakta ke hape, jenguk lah blog Encik Along Tapa ni ha.. Gerenti korang bernafsu untuk tekan 'older post' kalau dah habis satu page korang baca.


p/s: Along, 20 sen. wink wink.. haha

SURAT CINTA BUAT PARA SAHABAT.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tidak pernah ku sangka langkah ku telah mengguris jalan hati kalian.
Aku mohon maaf.
Hati ku pernah terluka jua.
Namun, aku sudah lupa.
Baru aku mengerti kenapa Allah menciptakan aku sebagai seorang insan yang pelupa.
Otak ku pantas membawa memori luka tenggelam nun jauh di sana semoga ia tidak akan mudah muncul semula.

Serius.

Aku diajar untuk memaafkan semua orang sebelum tidur.
Kita tidak tahu ajal kita bila.

Sesungguhnya, senyuman kalian menjadi kan aku lupa mengapa hati aku terluka.

Jadi, jika kau pernah menoreh perasaan ku ketika hari yang lalu.
Hari ini, aku sudah lupa.

Allah Maha penyayang.

Tetapi, jika kalian selesa dengan atmosfera begini,
aku redha.
Jika kalian tidak senang dengan kehadiran ku di depan mata kalian,
aku terima.
Mulai hari ini,
anggap lah aku tidak pernah hadir dalam hidup kalian.
Anggaplah aku hanya seorang pelajar yang tak dikenali.
Anggaplah aku tidak pernah wujud.

Mungkin ada yang mencebik ketika meneliti surat ini.
Terserah,
itu hak kalian.

Di laman ini, hati kalian terluka,
di laman ini juga aku mohon maaf.

04 Ogos 2010

LAGU | BULAN 8 DI KUANTAN




kisah mula dulu kala

bila hati jatuh cinta

ku terkenang raut wajah

bila pejam mata

tawa riang ubat duka

ku terkenang kau di sana

lagu ini aku gubah

untukmu oh sayang



hatiku mula hiburkan

cintaku pada mu bulan

bulan lapan di kuantan

tapi ku oh sayangku

ku cinta kepada mu

cintaku hanya satu

kau pun tahu



janganlah kau cemburu

ini sekadar lagu

jeliknya oh muka mu macam hantu


listen to it and you will love it. trust me. Pertama kali aku dengar lagu ini masa belajar dekat matrik Melaka. Dan aku suka. Sangat-sangat. Untuk semua yang tersayang.

01 Ogos 2010

TERIMA KASIH ALONG TAPA, KEN DAN JFOOK

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dear Along Tapa, Ken and Jfook



Thanks for your previous comments...
Bukan aku pilih kasih, tapi ini muka-muka yang selalu jadi yang terawal komen post aku.

Pada yang lain, terima kasih banyak atas komen-komen anda. Really appreciate it! Komen korang memang membina semangat aku!  Setakat ini aku tak pernah reject sebarang komen even nama diorang "TANPA NAMA". Kalau ada yang ter reject tuh, minta maaf.. :)


p/s: Mungkin aku patut bertindak tanpa suara. Buat sahaja tanpa jejak, biar orang tak tahu, biar aman dunia ku.

UNAPPREACIATED


.better be silent. 

It will make you HAPPY right?