Cari Entri Dulu

29 Oktober 2010

TAKDIR KU MENGGONCANG LENA KU.

Orang kata,

Segala yang jadi adalah takdir.
Nasib. Mungkin.

Aku kata,
Segala yang jadi adalah refleksi diri.
Seakan quote ini,
"We are what we eat".

Setelah berbulan-bulan aku berhibernasi,
akhirnya lena ku dipalu.
Bukan paluan jutaria. 
Ia paluan derita.
Namun tak pula aku masam mencuka,
bahkan aku hanya senyum bersahaja.

Senyum itu bersifat variasi.
Senyum aku bukan untuk ketawa.
Senyum aku tanda bersyukur.

Hidup diulit mimpi. 
Fantasi.

Hidup dibaluti pedih.
Realiti.

Sungguh rugi orang yang sentiasa ketawa.
Tetapi tak rugi pada yang senyum.

Aku senyum kerna Allah sayang pada ku.
Allah tidak pernah kejam padaku.
Allah sentiasa sayang pada ku.
Kerna itu aku kini dipalu.

Sakit. Pedih. Perit.

Itu semua hadiah. Supaya aku tak leka dan terlena.

28 Oktober 2010

LAGU | TALKING TO THE MOON - BRUNO MARS


I know you're somewhere out there
Somewhere far away
I want you back
I want you back
My neighbors think
I'm crazy
But they don't understand
You're all I have
You're all I have

Chorus:

At night when the stars
light up my room
I sit by myself

Talking to the Moon
Try to get to You
In hopes you're on
the other side
Talking to me too
Or am I a fool
who sits alone
Talking to the moon

I'm feeling like I'm famous
The talk of the town
They say
I've gone mad
Yeah
I've gone mad
But they don't know
what I know

Cause when the
sun goes down
someone's talking back
Yeah
They're talking back

Chorus:

At night when the stars
light up my room
I sit by myself
Talking to the Moon
Try to get to You
In hopes you're on
the other side
Talking to me too
Or am I a fool
who sits alone
Talking to the moon

Do you ever hear me calling?
Cause every night
I'm talking to the moon
Still trying to get to you

In hopes you're on
the other side
Talking to me too
Or am I a fool
who sits alone
Talking to the moon

I know you're somewhere out there
Somewhere far away


p/s: esok saya pakai pashmina dan saya buat entry itu ye awak.

25 Oktober 2010

AKU PILIH LELAKI BIASA SAHAJA

Aku mahu lelaki yang hebat,
tetapi
jika hebat itu memusnahkan aku,
aku pilih biasa sahaja

Aku mahu lelaki menawan,
tetapi,
jika menawan itu memusnahkan aku,
aku pilih yang biasa sahaja.

Aku mahu lelaki kaya,
tetapi,
jika kaya itu memusnahkan aku,
aku pilih biasa sahaja.

Kadang-kadang,
apa yang kita nak itu akan memusnahkan kita tanpa kita sedar.

Jangan cinta kerna darjat,
Jangan cinta kerna rupa ,
Jangan cinta kerna harta.

Cinta lah kerna kasih.
Layari lah bahtera cinta dengan keredhaan Yang Maha Esa.

p/s: doakan aku dapat nikah awal. tak mahu macam ni dah

24 Oktober 2010

ATTENTION PARA BLOGGER, FACEBOOKER DAN TWEEPLES YANG KACAK DAN JELITA.

Asaalamualaikum dan salam sejahtera para jejaka kacak dan gadis jelita serta papa mama yang hot lagi bergaya! (ok enough membodek)


Kalau korang perasan lah kan abang joe , kak ery (esok dia start final exam) dan blogger lain tengah sibuk duk promote suruh vote entry yang ada gambar 4 orang tengah pegang kertas tu kan. Nak tahu kenapa?

Usaha tangga kejayaan!

Abang Joe kita ini tengah berusaha nak dapat kan SPONSOR untuk next gathering. Sob..sob.. Sayu pulak bila fikir balik yang aku tak pernah ada chance nak menggedik kat mana-mana gathering pun. So, aku nekad aku nak pergi next gathering sebab dapat jumpa madu aku, kak mah @ kak ery tuh ha and dapat jumpa blogger lain yang kacak dan jelita. Awww..

Ok. Kembali ke dunia nyata. 


Ini lah gambar 4 orang yang pegang kertas tuh.


Dan ini adalah entry nya. 

So sesiapa yang belum vote lagi sila vote! Entry ini sekarang di rank #17. Kita nak jadi NO 1! Vote hanya sekali dalam seminggu. Korang ada masa sehingga 26 October 2010, pukul 7 malam. Jangan lengah-lengah lagi okeh! Macam mana nak vote? 


1.Sila tekan perkataan vote itu. 
2.Korang akan di direct kan ke page FB digi youth.
4. Thanks for voting! Harap kita dapat makan besar kali ni. haha


p/s: Abang Joe berharap kita jadi top #5 hari ini. Kalau boleh jadi yang top terus lah! haha. Alang2 vote jugak gambar aku ini untuk menang RM3000!



THANKS!
Enhanced by Zemanta

AKU NAK MENANG RM3000!

Assalamualaikum semua!



Hey..hey.. Aku perlukan LIKE dari korang semua untuk menang contest Oxy ini. Tarikh tutup pada 31/10/2010. Agak lambat aku join sebab baru tergerak hati nak join. hehe. So, nak minta jasa baik korang semua untuk like gambar aku.

BAGAIMANA?

Senang saja.Klik gambar dibawah ini dan klik butang like. Thats all bebeh.


p/s: BUKAN butang like dibawah ini okeh.

23 Oktober 2010

BE CAREFUL WHEN YOU LOVE SOMEONE.


16 Oktober 2010

SAYA NAK BEG ITU ~ GIVEAWAY!



Assalamualaikum!

Yuuhhuuu... Pengumpul beg dah datang! ngehahaha. Mama buat giveaway ni! Nak beg lagi! Nak beg lagi! Nak beg lagi! Jom join giveaway ini. :) Sila klik banner atas ini untuk ke blog mama dan join giveaway ini.
All the best! hehe

14 Oktober 2010

AKU TAK SEDIH LAH

Itu hakikat pada hari ini. Tidak pada hari sebelumnya.

Awak, kita sedih sangat tau hari itu. Selepas kita sedar kenyataan itu, kita rasa sedih sangat. Kita pun tak tau kenapa kita sedih kaw kaw. Kita pelik.

Padahal kita patut gembira sebab awak gembira. Ini tak. Kita rasa sesuatu yang buruk. Kita tak suka perasaan ini. Kita ini bukan lah sesiapa dalam hidup awak. Kita tahu perkara itu.

Kita ikhlas sayang awak tau. Tapi kita tak berniat nak berlebih. Sebab kita dah ada dia.

Tapikan, awak tak jaga pun sayang yang kita bagi itu. Mungkin awak rasa perkara itu biasa. Jadi awak tak ambil kisah.

Sekarang awak dah dapat sayang baru. Dan kita nampak awak sangat bahagia.

Kita dah mula kekok. Kita cakap dalam hati. Cukuplah.

Kita rasa segalanya bakal berubah. Dan tidak akan ada seperti dulu lagi.

Kenangan hari itu akan menjadi kenangan terakhir yang indah.

Terima kasih.

Kita minta diri dulu. Selamat malam.

p/s: hey. Aku tak sedihlah. :)

12 Oktober 2010

HANYUT - FAIZAL TAHIR.



Harus bagaimana lagi
Dan terus begini
Dengarkan aku
Lihat ke mataku

Cukup sudah kau menghukum
Salahku tetap salahku
Benarkan ku berbicara
Agar bisa pulih semua

Namun harus sampai bila
Kau kan diam seribu bahasa

Chorus
Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Saat mata terpejam
Hanya kau ku terbayang
Menghapus semua segala rasa di jiwaku

Saat mata terbuka
Kamulah yang pertama
Tak mampu aku
Bayangkan
Hidup tanpa dirimu

Repeat Chorus

Aku memang bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Dan tapi dah ku sedari
Segala perit kau lalui
Ku terlupa kau terluka

Dan memang selalu
Aku bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Meninggalkan mu
Dan tetapi itulah aku sedari
Segala perit yang kau lalui
Kerna diriku yang terus hanyut

Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Bagaimana ku nanti
Bila kau tak di sisi
Yang ku ada hanya kamu saja



p/s: Kita minta maaf banyak-banyak sebab buat awak terluka. Kita serabut. Tapi jangan risau kita dah ok. So keep smiling ok. :)

08 Oktober 2010

NO.


Luka di hati kembali berdarah.
Namun tak mampu aku ubatinya.
Kerna aku bukan doctor chenta.

Darah mungkin boleh lesap selepas seketika,
tapi tidak parut.
Ia kekal.

Seribu kata maaf tak mungkin memadam memori silam.
Selagi kau masih berlegar dalam kotak memori aku,
selagi itu aku tak bisa tenang.

Hati ku seperti sedang menuntut sesuatu,
namun akal ku tak mampu mendefinisikannya.
Aku keliru.

Mungkin,
jika ia terjadi lagi.
Aku pasti hati aku tak kenal lagi kasih sayang.
Kasih sayang manusia.

Jika kau kata, "Maafkan saya",
I would say, "NO".
Kejam.
Realiti memang kejam.


p/s: ingat, kasih sayang Allah jua yang kekal. Percayalah. 


07 Oktober 2010

AKU CIRIT BIRIT



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Nak mintak MC ke tak? Ok tak jadi sebab aku tersangat malas nak berjalan ke klinik dengan badan aku yang lemah gedik ini. Aku cirit birit. Sebab aku pergi bantai mihun sup yang pedas kaw2 before aku tidur pada pukul 2am semalam.

Kronologinya.

2am : tidur dengan perut kekenyangan mihun sup pasar malam yang pedas hambek kaw.

5.30am: Aku bangun dengan terkejutnya sebab perut aku sakit sangat! Terus ke jamban. Sepi je jamban time ni. Sedikit seram, tapi time sakit siapa kesah dengan seram ke tak. Lepas selesai, kembali ke bilik dengan lemah, sapu minyak yu yee cap limau dan tertidur. Ampunkan hamba MU ini kerana aku tak sempat melaksanakan tugas ku untuk bersujud kepada MU.

9am: Terjaga dan terus terduduk sebab sakit. Ke jamban lagi. Kembali nya, aku sapu minyak angin dan tidur balik. Serius aku rasa lemah.

1pm: Aku terjaga dengan damai. Tapi hilang cirit, datang selsema, sakit tekak dan feeling nak demam. Dugaan..

2pm: Mandi dan solat. Minum susu. Itu jelah yang masuk perut aku setakat ini. Takde mood nak makan sebab gusi bengkak. Sakit.

Hari yang penuh dugaan. Hari khamis dolu2 pun aku tak pergi kelas sebab aku sakit. Hari itu muntah-muntah. Harap-harap mama papa tak baca apa yang aku tulis ini. Takut diorang risau. Akak dah besar mama, papa. Akak boleh jaga diri. Jangan risau ye.

Minggu ini aku akan busy lagi dengan projek microprocessor. Ahad ini nak pergi kenduri kahwin kakak jijah. What a busy weekend! *sigh*

p/s: Sepupu aku, Faris comment on my status " Diarrhea.." :  Bace fatihah kt dlm air kosong.. Pstu minum.. Pegang perut bace fatihah lg.. :) Thanx Faris.

05 Oktober 2010

"THERE IS NO FRIEND FOREVER"

Aku orang yang tak hebat,
boleh diabaikan bila terhajat.
Bila mahu panggil.
Bila tidak buang.

Pergi jahanam lah anasir yang bodoh-bodoh belaka.

Memang aku hanya layak wujud jika aku hebat seperti kau.

Friendship is nothing.
Its just element that can be forgotten.
In the end, you will be alone.
Facts that can never be denied.

Feel it before you deny.
You will realize its damn true!

p/s: perkataan-perkataan ini dengan spontan keluar dari kotak minda aku dan terus aku taipkan ketika aku dalam perjalanan pulang. Mungkin ada yang kata salah. Tapi bagi sesiapa yang pernah merasa. Mereka akan setuju. Percaya lah. Tapi. Aku sayang kawan-kawan aku. Really. Betul kata Sir Khalid, there is no "friend forever"

01 Oktober 2010

SUNYI.

Hanya bunyi bilahan kipas yang sedang berpusing menjadikan dunia ku tidak bisu. Sekurang-kurangnya ada bunyi. Sekurang-kurangnya aku masih tidak pekak. Apa pun aku masih sunyi.


Padahal aku ada mereka di sekeliling. Padahal mereka dekat sahaja dengan aku. Tapi aku masih diselimuti sunyi. Mungkinkah aku yang tidak bersyukur kerna ada mereka, lalu aku ditakdirkan untuk rasa sunyi. 

Kadang-kadang aku menangis, untuk mengisi kesunyian. Aku tak pernah mengatakan dunia ini kejam. Yang aku tahu semua yang terjadi ada sebab. Sunyi aku pun bersebab. Cuma aku yang tak jumpa apa sebab nya.

Aku pandang siling, aku pandai kipas yang sedang ke kanan ke kiri, aku pandang objek statik di kamar kongsi ini, aku tengok tin minuman, semua lah aku jeling. Oh. Sunyi ini makin melampau. 

Bukan tiada yang datang menjengah, bukan tiada yang datang menegur. Entah. Aku turut keliru dengan kemahuan diri sampai aku tak tahu apa yang diingini. Keliru aku dibuatnya. Pandai sunyi memanipulasikan keadaan diri aku.

Apa khabar agaknya keluarga ku ni kota penuh debu di sana? Ah, bukannya aku di seberang laut, aku cuma di pantai timur, dan mereka di pantai barat. Hmm. Setiap hari aku ingin menelefon mereka. Cuma aku mati akal tatkala menyusun ayat untuk bercerita. Aku berdosa. Aku berdoa agar papa, mama dan abang, dan adik aku sihat dan bahagia. Semoga senyuman sentiasa terukir di bibir mereka. Amin.

Yang tersayang. Aku pohon maaf atas sikap ku yang agak dingin. Mungkin hormon ku mulai tidak stabil. Mungkin. Maaf jika aku mengguris hati mu sekali lagi. Banyak nya luka di hati mu. Beritahu pada aku apa perlu ku buat agar luka itu sembuh? Aku sentiasa yang terbaik di hatimu. Itulah ungkapan kamu yang menyentap jiwa ku. Layak kah aku menjadi terbaik dengan perbuatan ku terhadap mu kebelakangan ini? I guess not.

Sahabat yang sentiasa di sisi. Di kala tawa, di kala duka. Hanya terima kasih yang mampu aku ucapkan, dan hanya doa dapat ku titipkan untuk kalian. Tolong jangan berpisah dari ku kerna kalian sebahagian dari semangat aku. Jika kalian pergi, aku akan kehilangan sebahagian itu. Dan aku akan lemah, lalu rebah menyembah bumi. Aku pohon jangan.

Aku ingin berwuduk dan bersujud pada-Nya; Allah Yang Maha Esa. Aku minta semoga kesunyian ini tidak berpanjangan. Jika ia berlarutan, aku khuatiri aku aku tak mampu mengawal diri. Jauhkan lah. 


p/s: ERA FM. Dilema Cinta-Ungu