Cari Entri Dulu

27 Februari 2011

LOVE YOU LOADS XX


Aku nak kahwin, lepas tuh nak ada anak-anak yang comey. Tapi sebelum tuh, aku nak pegang ijazah sarjana muda dulu. Aku nak kerja. Aku nak ada kereta sendiri. 

Selepas kahwin

Aku tak nak berhenti kerja sampai lah aku dah tak mampu. Aku nak kumpul duit KWSP. Biar sampai beratus-ratus ribu. haha. Bukan apa untuk masa depan anak-anak aku jugak.

Haa. Cakap pasal anak-anak, aku takkan hantar mereka pergi ke nursery atau minta baby sitter jaga. Kalau atuk nenek depa nak jaga cucu depa, aku bagi ja mereka jaga sementara aku pergi kerja. Kalau mereka tak larat, aku mintak tolong jiran yang superb baik. Aku tak mahu bagi kepada baby sitter yang entah dari mana datang. 

Aku akan pastikan aku masak setiap hari. Biar family aku makan masakan dari air tangan aku sendiri. Beli kat kedai bila emergency je. hehe.

Aku nak bagi education yang superb baik kepada anak-anak aku especially bab agama. Bila anak aku dah independent sedikit, aku nak pergi sambung ambil sarjana pulak. :)

Adakah ini wishlist? haha. Repekan impian di pagi hari. Arios.

p/s: Siapa sayang aku, aku sayang dia balik. What you did you get back.

21 Februari 2011

GAMBAR | SUDIKAH AWAK TERIMA BUNGA INI?

Pemberian Encik H sempena.. erk. sempena apa yek? Lupa. haha

p/s: cantik jugak gambar yang aku snap ni. hehe 

16 Februari 2011

KENAPA RANKING ALEXA BLOG ATAS SEJUTA?

Haha.

Antara alasan aku untuk persoalan diatas adalah :-

1) Tak rajin buat promosi

Tapi aku promote je dekat fesbuk, tuiter, innit dan gb, haih~ Sampai pening aku tengok link blog aku bersepah merata-rata. *pening ke?*

2) Tajuk entri tak menarik.

Mungkin aku harus terapkan penggunaan tajuk entri yang serba lucah atau serba palsu. Sekurang-kurangnya naik jugak jumlah orang yang view blog walau depa duk maki hamun lepas masuk blog.

3) Tak letak gambar muka macam comel, pakai tudung lilit-lilit, pakai mekap macam clown.

Sesungguhnya aku malu dah nak tayang muka sebab muka aku hanya sedap dipandang bila senyum. Bila tak senyum, toksah lah tengok, nanti dapat mimpi ngeri.

4) Tak update secara mendadak

Bila cuti tahun baru cina hari itu, aku tak update langsung. Aku sakan duk tengok tv besaq tu ha. Bila balik sini, line internet kadang-kadang jadi gedik.

5) Orang tak paham entri atau entri syok sendiri.

Haa. Ni memang feveret aku. Haha. Walau syok sendiri aku akan pastikan ianya berkualiti dan ada input untuk pembaca sekalian.

6) Aku tak famous amous.

Ya. Itu kenyataan. But Im cool with that, sebab bila famous, peluru-peluru dengki akan singgah pada aku. Lebih baik begini.

Dulu ranking Alexa blog ini bawah sejuta lah jugak. Itu dulu. Semasa itu aku terlalu kisahkan populariti sampai pergi blog walking tengah-tengah malam, post link sana sini.

Sekarang aku kisahkan kepuasan untuk aku menaip/menulis. Biarlah orang tak baca, janji apa yang terbuku terluah.

p/s: Tolonglah jangan pentingkan diri sendiri.


15 Februari 2011

ADA ORANG TANYA KENAPA AKU TAK PAKAI TUDUNG LABUH? KENAPA AKU PAKAI SELENDANG?

Ehem.

Tergendala sebentar tutor math aku. Dah lama aku tak dapat komen dari yang bernama tapi tak dikenali.

Aku tak tahu tudung labuh macam mana yang dia maksudkan. Mungkin tudung bulat atau tudung bawal tapi labuh. Mungkin.

Sekarang, aku lebih kerap pakai tudung sarung yang ada awning tuh jika aku pakai jaket fakulti, dan pakai pashmina yang agak besar saiznya bila aku pakai selain dari jaket (cth: baju kurung, t-shirt, dll). Kadang-kadang aku pakai jugak tudung sarung bila pakai tshirt.

Untuk pengetahuan, aku memang dah jarang pakai selendang pendek. Hari itu, aku ada pakai, selendang yang encik H bagi, kaler pink, manik2. Tapi aku pakai dengan jaket. Maksud aku, selendang itu masuk dalam jaket. Kalau nak tahu jaket aku agak besar dan tak sendat. Insyallah, penampakan bentuk dada tidak terlalu jelas.

Tentang persoalan kenapa aku tak pakai tudung labuh.

  • Aku sedang dalam proses melabuhkan tudung hingga menutup dada. Doakan aku agar aku istiqamah dalam perkara ini.

Dulu pakai selendang kontot nampak dada lah bagai, kini pakai pashmina besar yang mungkin belum sempurna tutup nya, mana tahu kemudian nanti hanya mata aku sahaja yang kelihatan? Doakan aku. Terima kasih. :)

p/s: terima kasih sekali lagi! aku lupa kaki juga merupakan sebahagian dari aurat wanita!

RUTIN HARIAN - SEBELUM MASUK SHOWER ROOM MASUK JAMBAN DAHULU

Di suatu bilik air yang berkombinasi kan jamban dan shower..


Nenek : Jangan kencing kat bawah! Nanti hancing! Pergi cangkung kat jamban tu lain kali. (posisi lubang jamban lebih tinggi)

Ini dialog nenek semasa aku kecil dahulu. Sejak dari itu aku tak mencangkung atas lantai bilik air depan lobang bilik air untuk membuang. Aku guna kan jamban sebaik nya sebab lobang jamban lebih besar, dan lepas habis buang terus pam. Hilang bau.

Perkara nampak remeh, tapi ini tentang kebersihan. Jadi sila ambil perhatian.

Cuba lah bayangkan, lubang atas lantai bilik air tu tersumbat dan timbul lah segala buangan yang entah apa apa entah bau dan warna nya, jijik bukan?! Jadi, guna lah jamban sebaiknya.

Berkenaan rutin harian aku, sebelum masuk shower room, aku akan masuk jamban room dulu. Kalau terdesak sahaja aku terus masuk shower room. Terdesak itu seperti aku tak tahan dah, dan kebetulan ada orang sedang menggunakan jamban itu.

Islam, agama yang sangat menitikberatkan kebersihan dan kesucian. Jadi jagalah kebersihan. Siapa yang suka membuang air kecil dalam shower itu, jirus lah banyak-banyak sehingga hilang bau, warna dan rasa.

p/s: Marilah sentiasa berselawat ke atas junjungan besar kesayangan kita, Nabi Muhammad S.A.W. *Hari Keputeraan baginda -12 Rabiuawal 1432H*

14 Februari 2011

TAK PERCAYA PADA PUJIAN ORANG, RELA PUJI DIRI SENDIRI.

Gadis: Kau nampak cantik!

Jejaka: Comey la awak ni..

TIPU.

Haha. Itu yang terlintas di fikiran aku, sementara bibir hanya mengukir senyuman dan dan buat muka gedik. Ya. Aku tak percaya.

Aku tak tahu apa yang orang psychology istilah kan sikap ini, tapi aku memang susah nak terima bulat-bulat pujian orang. Walhal kadang-kadang aku mengharapkan pujian. Heh!

Kadang-kadang pujian itu membawa kehancuran, kritikan pengiring kejayaan. Kadang-kadang okeh.

13 Februari 2011

LEHA ADA MASALAH. SIAPA DOKTOR CHENTA? TOLONGLAH RAWAT DIA


Leha ini seorang gadis. Leha ini ada satu masalah. Masalah untuk melupakan sakit yang dia dapat dulu. Tapi Leha ini jenis lupa bab duit. Korang pinjam lah kat dia duit, gerenti dia tak mintak sampai bila-bila. Leha kata, kan bagus dia boleh lupa sakit itu macam dia lupa hutang orang pada nya. Tapi Leha kata susah. Allah betul-betul tengah uji dia.

Korang semua mesti ada sejarah hitam kan. Leha kata sejarah dia tu tak hitam sangat, kelabu-kelabu simen je. Tapi dia tetap tak boleh lupa. Luka dia tuh berparut, tapi kadang-kadang tiba-tiba berdarah. Leha ini silap hari bulan memang gone lah.

Berapa kali entah aku nasihat kan Leha supaya bukak buku baru. Toksah diingat benda lama dah. Let by gone be by gone. Entah apa Leha ni merepek. Lepas itu dia tanya aku balik, “kalau kau dengan lesbo-lesbo kau selalu share duit yang ada, tetapi satu hari itu dia terus ragut semua duit itu dan tuduh kau selalu cilok duit lebih. Lah ragut duit, lesbo-lesbo kau pun kena ragut sekali. Apa perasaan kau? Mesti kau sakit kan? Kau rasa senang tak nak lupa sakit itu?” Aku bisu.

Memang dalam luka Leha sampai dia buat analogy yang buat aku kurang paham. *haha*

Tapi aku kesian lah pada Leha sebab sakit dia itu menghantui dan mengrohi dia sampai sekarang. *bukan kes duit, duit itu hanya analogy semata-mata*

Kesimpulannya, jangan lah jadi orang yang busuk hati. Bukan apa, takut orang dah tak tahan dengan kebusukan itu, nanti depa duk simbah Clorox dan bahan kimia yang boleh buat diri korang terhakis pulak. Lepas habis terhakis, semua dah tak nak dekat sebab diorang tahu dulu korang ini busuk.

p/s: aku dan keyboard berkawan baik sebab aku dan jadi S/U untuk kelab dan persatuan. 

09 Februari 2011

MUSIBAH CINTA

Cinta itu kita tak nampak.
Cinta itu ibarat angin.
Bila ada kita rasa, bila tiada kita resah.

Hidup ini perlukan cinta.
Dunia ini perlukan cinta.

Pilu.

Cinta sering disalah erti.
Cinta sering dipersalahkan.
Cinta sering menjadi mangsa.
Alasan manusia cetek kedalaman ilmu.

Ya.

Bila cinta, harus berkorban,
Korban masa.
Korban harta.
Tetapi bukan korban jiwa!
Bukan korban dara.
Lainlah jika akad itu telah terlafaz.
Tika itu sudah jadi kewajipan demi sang bidadaranya.

Jika betul suci cinta nya,
hati juga harus suci.
Akal juga mesti suci.

Kuatlah gadis!

Apa ada dengan kata-kata keparat itu?
Usah takut ditinggalkan kerana Tuhan bersama kita.
Tuhan tak mungkin meninggalkan hamba NYA,
malah hamba NYA yang sering membelakangkan penciptanya.

Gadis molek

Dunia fana ini penuh dusta.
Penuh janji palsu.
Hati-hati sayang.
Semoga kalian jauh dari musibah cinta.


p/s: ayat di atas dikarang ketika aku mengantuk dalam majlis formal.

p/s: Tips dari aku; Kalau nak hilang kan rasa mengantuk, buat otak korang cergas. Maksud aku dengan berfikir. Salah satu benda yang aku suka fikir adalah reka bentuk pusat jana kuasa elektrik yang agak unik terutamanya ketika dalam perjalanan balik kampung dan keluar dari kota lumpur. Anda?