Cari Entri Dulu

12 April 2011

KADANG-KADANG, BILA KITA BERUBAH SEBAB ORANG LAIN, PERUBAHAN ITU TAK KEKAL

Berubah lah kerana anda ingin berubah. 

Let it comes from the bottom of your heart. (My beloved girlfriend, 2011)




Selepas diserang oleh Cik Anon yang menyirap sirap dengan aku tuh untuk kali kedua, aku memulakan kembali pemakaian stokin.

Namun, aku di tegur oleh girlfriend ku. Dia perasan kaki aku hitam sebentar tadi (berstokin hitam). Dia mulakan bicara tentang kejadian yang lepas iaitu kejadian anon menyirap sirap tentang sharing dan stokin. Dia mengerti, bahawa pemakaian stokin itu berlaku kerana aku ingin memuaskan hati Cik Anon. Bila aku fikir balik, ada betul nya kenyataan yang dikeluarkan oleh dia.

Adakah aku berubah demi memuaskan hati pihak lain? 

Tapi bila aku bermonolog panjang dengan diri sendiri, aku tekad untuk berubah demi menunaikan perintah Pencipta ku. Terima kasih kepada Cik Anon kerana menjadi generator penggerak untuk aku berubah.

Amar makruf nahi mungkar.

Korang mesti kenal Wardina Safiyah kan? Beliau memakai tudung atas kehendak diri, bukan sebab nak berkahwin atau untuk memuaskan hati pihak lain. Dan perubahan itu kekal sehingga kini. Alhamdulillah.



Doakan aku istiqamah. Insyallah.

p/s: pesanan untuk penegur yang ingin menegur aku lagi selepas ini. Minta jasa baik untuk menegur aku dengan menghantar mesej ke fesbuk Masturah Idrus. ATAU hantar email ke mashi_lala@yahoo.com ATAU selit surat bawah pintu bilik aku jika korang pelajar UMP (Kampus Pekan). Ingat, kita jaga aib saudara kita di dunia, Allah jaga aib kita di akhirat. Sekian.

6 reaksi homosapien:

Nailah Azman berkata... [Reply]

Hehehe. Jap lagi mesti Anon Sirap datang menyinggah! Hahaha.

Hmmm .. akak dulu pakai hijab sebelum nak kahwin bila pergi rumah mertua. Then, akak niat, lepas kahwin, terus nak pakai sebab dah rasa cukuplah dosa tak pakai hijab sebelum ni.

Takkan dah kahwin nak suami pulakkan tanggung dosa kita? Huhuhu. Alhamdulillah. Sekarang kekal dan akak masih belajar untuk menjadi muslimah yang lebih baik.

Plus bila dah duduk Jeddah, akak pernah niat, if one day balik Malaysia, akak nak pakai niqab. InshaAllah.

MR. SYAH berkata... [Reply]

betul tu.. klu kita betul2 nk berubah.. kita akan nmpk jlnnya.. apa2pun anggaplah kritikan cik anon tu sbg pembakar semangat... keep it up masturah..

ump pekan yerk.. library dh siap belum?? heheh..

Tanpa Nama berkata... [Reply]

Demi PENCIPTA.... (awal)

Mr.niklodeon [♂] berkata... [Reply]

siggah lar melepak kat sini jugak yea~
http://niklodeon.blogspot.com/

p/s : sory admin, promote~ kate shring is caring kn~?? for ISLAM, better~ ^^

zubair ghazali berkata... [Reply]

oh, saya suka entry ni.

tapi macam mana kalau kita berubah,
tapi pada suatu masa kita merasakan, baik jadi macam orang biasa je...

macam mane tu?

Aisyah Shams berkata... [Reply]

"tapi macam mana kalau kita berubah,
tapi pada suatu masa kita merasakan, baik jadi macam orang biasa je..."

syaitan & iblis tu sgt3 la bersungguh2 nk sesatkan manusia dlm apa cara sekalipun. bermujahadahla lawan lintasan2 hati yg melawan iman tu, insyaAllah semoga kita sentiasa dalam redhaNya

p/s: kalau org biasa masuk lubang, xmola ikut XD

Catat Ulasan

komen lah dengan ikhlas ya. Aku terima sahaja manis atau tajam.