Cari Entri Dulu

21 April 2011

RINDU PERASAAN BERJEMAAH DI MASJID

Rindu.


Perasaan itu datang semalam. Selepas solat maghrib. Salah satu sebab nya, aku sedang berfikir ketika itu. Aku berfikir


"Mengapa aku lebih khusyuk ketika berjemaah di masjid? Mengapa aku lebih tenang di masjid? Mengapa aku tak tergesa-gesa ketika solat di masjid?"

Yang menyedihkan, aku sudah lupa bila kali terakhir aku berjemaah di masjid.

Hidup di MRSM dahulu telah memberi aku lebih banyak ilmu akhirat berbanding ilmu dunia. Aku berubah kepada yang lebih baik. Aku dipupuk untuk sentiasa berjemaah ke surau. Ketika itu ianya kelihatan seakan memaksa. Namun kini aku merindui 'paksaan' itu.

Kini, aku lebih kejar duniawi. Astaghfirullah..

Kepada yang pernah ke masjid pasti mengerti perasaan aku ini. Bila melangkah sahaja ke dalam masjid, hati tenang, dan rasa dilindungi. Subhanallah, aku berada di dalam rumah-NYA.

Pernah juga terdetik di dalam hati ini,

"Sekejap nya pertemuan ini" 

Maksud aku, terasa singkat waktu solat itu. Tiba-tiba sudah sampai ke tahiyat akhir. Boleh sahaja aku teruskan dengan solat sunat, namun perasaan solat berjemaah itu lain.

Masjid itu medan penyatuan. Selepas solat, aku bersalaman dengan jemaah muslimat yang lain. Walau tidak kenal, namun kami masih bersaudara dalam Islam.

Ingat ya, ini penceritaan tentang perasaan aku. Bukan aku kata tidak bagus solat bersendirian. Cuma aku rindu solat berjemaah di masjid. Atau dengan kata lain, aku rindu rumah Allah itu.



p/s: Apa-apa pun, bersabarlah. Setiap perkara ada hikmahnya. Jangan bosan dengan kenyataan ini. :)

4 reaksi homosapien:

baincardin berkata... [Reply]

alhamdulillah. 'rindu' itu mampu melebihi rindu segalanya.

Nailah Azman berkata... [Reply]

Akak rindu kat Makkah dengan Raudhah.
Should be harini pegi buat Umrah but akak pulak cuti.
Frust betul. =_=

Rasa macam dah lama sangat tak pegi MasjidilHaram.
Padahal sebenarnya, baru pegi. Hehehe.

Masturah Idrus berkata... [Reply]

@baincardin: Insyallah... :)

Masturah Idrus berkata... [Reply]

@Nailah Azman: Untung akak tinggal kat sana. :)

Catat Ulasan

komen lah dengan ikhlas ya. Aku terima sahaja manis atau tajam.