Cari Entri Dulu

06 April 2011

LEPAS DAH!



Done!

Public Speaking presentation berakhir dengan jaya nya tadi. Aku rasa gembira bila orang tengok aku ketika aku deliver speech. Minggu depan ada impromptu speech pulak. 3 minit. Aku harap aku mampu lah membebel dengan tajuk yang akan di cabut nanti.

Kertas test 2 math pun dah dapat tadi. Alhamdulillah. :)

Minggu lepas dah selesai program kayak. Burn sedikit lah. Tapi dapat pengalaman baru. Lagi meredah sungai dikelilingi hutan seperti sedang membuat penggambaran National Geographic.



*******(ini cerita semalam)*******

Nak sambung tulis balik. hehe

Malam tadi aku patut turun dari blok bawak camera time roll-call. Semalam macam PATI ja aku rasa kena duduk atas tar. Dari pukul 10pm - 1am. Fuh! Semua ini disebabkan pencuri lahanat yang dah berjaya mencuri sebuah laptop dan 3 buah handphone dalam 1 malam.

Tadi pulak aku baru dapat kerja berat. The real job of SETIAUSAHA. Aku akan bertanggungjawab untuk key in nama-nama peserta yang meyertai program anjuran persatuan aku Electrical & Electronics Engineering Society (EEES UMP) untuk sistem merit yang melayakkan pelajar menetap di kolej kediaman.
Jadi sila berbuat baik dengan aku ya. haha
BTW, jumaat ini nak kena turun Gambang pulak jumpa dengan orang JHEPA.

Akhir sekali, aku sedih sedikit lah sebab ada orang itu tak hargai sikap prihatin aku terhadap dia. Sedih sedikit ja. Bukan susah nak taip mesej pendek kan? Aku tak suruh taip panjang-panjang tapi sekurang-kurang nya tunjukkan lah penghargaan sedikit.

Manusia ini, bila dah lesap baru nak beringat. Selama ada di sekeliling tak pernah nak ambil berat. Banyak kali dah aku kata nak hilang, tapi tak berkesempatan lagi lah nak melaksanakan hajat aku itu. Mungkin satu hari nanti.

p/s: pertama kali guna Opera. :) Nice one.

1 reaksi homosapien:

soffya cik bulan berkata... [Reply]

manusia mmg mcm tu...
ms ada tk dihargai, tkde baru sibuk2 nk cari..
cuba hilang sekali. tgk gelabha ke tak.

Catat Ulasan

komen lah dengan ikhlas ya. Aku terima sahaja manis atau tajam.