Cari Entri Dulu

17 April 2011

KULIAH SEMESTER 4 TAMAT.

Okeh. Dalam belog tak bulih CAPS nanti berpinau mata semua orang nak baca.

Dah habis 4 semester, tapi ada lagi 4 semester ke 3 entah. hehe. Semester depan jadi siswa tahun 3 pulak. Lepas itu pergi Latihan Industri (LI), lepas itu jadi siswa tahun 4 lepas itu grad lepas itu kerja dan kerja dan kerja.

Semakin kita dewasa semakin berat cabaran yang akan kita jumpa. Bukan senang nak survive dalam dunia ini. Kalau kita leka sedikit, mula lah orang akan ambil kesempatan dan pijak kita dalam kita tak sedar. Mungkin juga akan di pijak oleh orang yang selalu senyum dengan kita. Hidup ini tak boleh dijangka.

Life is full of surprise 

Letakkan azam yang tinggi bukan harapan yang tinggi. Bagi orang yang mudah rasa kecewa macam aku ini bahaya untuk letak harapan yang tinggi. Nanti aku akan miserable untuk jangka waktu yang panjang. Jadi aku jarang mengamalkan "meletakkan harapan yang tinggi" kecuali kepada Allah. Janji Allah tak perlu dikhuatiri. 

Dalam tempoh masa sekarang aku cuba membuat perubahan. Perubahan yang positif insyallah. Aku tahu semakin bertambah umur aku semakin pendek umur aku. Ada yang tak sedar bahawa mati merupakan perkara yang paling dekat dengan kita. Dunia hanya R&R. Destinasi sebenar kita adalah akhirat.

Jadi kita kena ingat, setiap perkara yang kita buat ada balasannya. Tak kira baik atau buruk. Jika tak dibalas di dunia, maka di akhirat kah tempat kita menerima balasan tersebut. Bersyukur lah jika sesuatu yang buruk menimpa anda. Mana tahu itu balasan atas perbuatan anda, atau mungkin itu cara Allah ingin memanggil anda semula ke jalan yang di redhai Nya. 

Balasan di akhirat lebih dahsyat 

Tetapi pernah kah kita menemui halangan pabila membuat perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yang ditegah? Aku pernah. Perkara yang baik orang tinggal-tinggal kan, yang buruk pula di rindu-rindukan. Dunia mula kembali ke zaman jahiliah. 

Hidup umpama roda yang berpusing 

Namun, percaya lah pada kuasa Allah. Jika kita melakukan perkara yang Allah suka, nescaya hidup kita selamat dari seksaan NYA. Biar pun banyak halangan, namun ambil ia sebagai satu ujian dari Allah. Allah saja yang tahu kemampuan hamba NYA dalam menghadapi sesuatu ujian, maka jangan merungut jika di timpa bala, jangan bersorak bila mendapat rezeki. 

P/s: Entah apa yang aku bebel. Perut masih sakit lagi. Doakan yang terbaik untuk aku dalam peperiksaan akhir semester pada 27-29 April ini.  
 

6 reaksi homosapien:

HembusanNafas berkata... [Reply]

terima kasih. ini satu entri yang penuh dengan manfaat. memang pown hidup di dunia sementara, bayangkan, "kita lahir di dunia di iqamatkan, dan meninggal dunia di sembahyangkan... betapa singkat masa tu. minta2 kita sentiasa dalam golongan orang yang beriman, insya-Allah.

Nailah Azman berkata... [Reply]

Good Luck in your final exam!
Wish you all the best!

Nazirul berkata... [Reply]

baik lah ustazah

Alan Rizque berkata... [Reply]

Semoga berjaya dalam Final Exam nanti..
Buat study group belajar paling berkesan..

Tanpa Nama berkata... [Reply]

hype dak kecik...ngak ada kredit nak balas msj lah...hahaha

anyway gud luk exam k :)

YobSumo berkata... [Reply]

mesti dah tak sabar LI kan. tapi lambat lagi kan... saya sem depan dah LI. teruja!

Catat Ulasan

komen lah dengan ikhlas ya. Aku terima sahaja manis atau tajam.