Cari Entri Dulu

26 Mei 2011

SELALU NAMPAK KELIBAT ATAU MATA AKU YANG BERMASALAH?

Kelibat: rupa seseorang atau sesuatu yg kelihatan sepintas lalu sahaja, imbasan (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Kalau tak silap aku, pada bulan Mac aku mula rasa macam ni di UMP Kampus Pekan

Blok A, Kolej Kediaman 5, UMP Kampus Pekan


Bilik aku kat kampus bersebelahan dengan toilet, jadi aku memang tak kisah lah nak pergi toilet malam-malam buta atau pagi-pagi buta. Serius. Kalau aku dah berhajat nak buang, aku pergi jugak toilet walaupun ketika itu pukul 4 pagi. 

Tapi aku tak nampak kelibat tu ketika aku membuang la, aku selalu nampak ketika aku cuci mug aku di sinki. Sinki berdekatan dengan pintu masuk/keluar bilik air tuh. Bila aku tengah syok main buih masa cuci cawan tuh, aku macam nampak ada yang lalu tepi aku. Mula-mula aku biar ja. Tapi bila dah habis cuci aku pikir balik, kenapa tak dengar bunyi tapak kasut/selipar pun? Aku panjang kan leher jenguk ke luar bilik air, eh takde orang pun. 

Aku terus cakap, aku silap pandang kot. Dan melupakan.

Keadaan ini berterusan, kadang-kadang sekali toleh macam ada benda, bila toleh balik takde apa pun. Peristiwa ni bukan kat UMP ja, kat rumah pun jadi lagi.

Ada sekali tuh, bila aku pandang ke satu sudut aku nampak macam ada manusia bersaiz kecik, aku paling tempat lain dan aku paling semula ke sudut tu sebab kat rumah ni mana ada budak kecik kecuali teddy buncit tuh (haha).  Macam biasa tiada apa di situ. 

Paling latest semalam. Aku ada kat dapur, aku nampak macam adik aku menuju ke dapur dari ruang tamu. Aku berpaling ke tempat lain dan bercakap, bila aku pusing belakang aku tengah cakap sorang-sorang rupanya dan adik aku ada dalam bilik ketika itu. Terdiam aku semalam.

Mungkin ini mainan minda atau aku salah pandang. Tapi dah kerap sangat tersalah pandang ni. 

Korang rasa aku ini bermasalah ke sebenarnya?

p/s: Lain kali nak buat pau lagi lah. Eksaited bila pau menjadi sebab ini kali pertama aku buat. (of course dengan bantuan mama) 


15 reaksi homosapien:

Syazwan Che Deraman berkata... [Reply]

bahay kau nie.
rujuk pada yang pakar ;)

Atia_gadismelayu berkata... [Reply]

tia kt ump skrg.. seram lak dgr..>_<

Ezany-Kun berkata... [Reply]

aiyok.. kdg2 mainan perasaan jer.. tp kalo bebetul seram gak.. heee..

izuddinrahim berkata... [Reply]

hahaha. betol pon ye, salah pon ye.
langkah terbaik, buat tatau je. haha

ninie berkata... [Reply]

adoyy . aku selalu rasa and cepat cepat lari , tapi aku rasa tu perasaan aku je kot . huhu

Masturah Idrus berkata... [Reply]

@syazwan

hang ingat aku gila dah ke? hahaha

Masturah Idrus berkata... [Reply]

@tia

hati-hati ya. kalau jumpa jangan tegur........... hehe

Masturah Idrus berkata... [Reply]

@ezany-kun

mungkin ya. harap2 lah...

Masturah Idrus berkata... [Reply]

@kembatolo

yup, memang sedang mengamalkan nya pun. buat tak tau. hehe

Masturah Idrus berkata... [Reply]

@ninie

aku pun ingat perasaan je wey. tapi makin lama makin menjadi kot.

Dauspozi berkata... [Reply]

Erk!.. tetiba rasa macam seram.. haha.. dah ler baca entry ni tetengah pagi.. hamagad!

Latest Post: (Gambar) Cinderella Dan Kakak Tirinya Versi Sebenar

Masturah Idrus berkata... [Reply]

@dauspozi

naseb baik tak letak gambar creepy. hehe

Tanpa Nama berkata... [Reply]

ni klu da kena sekali kompom seumur idop x merayu sampai pagi bute ooo....hahahahaha

Mr jai berkata... [Reply]

Sya pun kerap kena mcm ni. Dan sdg cari punca dan jawapan pada benda tu. Tgh tgh cari jumpa blog ni tu baca dlu. Sapa yg alami benda ni akan tahu rasa dia mcm mana. Kkdg berdegup jantung klu nampak kelibat tu. Hurm.😖

Tanpa Nama berkata... [Reply]

Awakk,,saya pun pernah 2 kali dah nmpak kelibat kat dapur,,satu macam adik saya..satu lagi macam anak buah saya..saya ingat diorang nak main nyorok2,saya pun terkejutkan..then saya tergamam sbb xde apa kat dapur��

Catat Ulasan

komen lah dengan ikhlas ya. Aku terima sahaja manis atau tajam.