Assalamualaikum dan salam lebaran.
Masih dalam mood raya kah? Mesti banyak orang yang buat open
house sana sini. Tak kurang juga yang berkonvoi raya. Seronok bukan. Ada juga
yang hang out dengan kawan-kawan alang-alang tengah cuti ini. Jadi, apa yang
korang buat time hang out? Wayang? Bowling? Makan-makan? Karaoke? Aku tulis
macam aku biasa buat je kan? Takde lah biasa Cuma pernah je. Hehe.
Semua itu memang aku masih amalkan kecuali wayang lah. Aku
dah lupa sejak bila aku mula berpantang. Tahun ini juga agak nya. Aku pun dah
lupa tayangan terakhir yang aku tonton. Mesti ada yang pelik, ada yang rasa aku
tipu. Ini betul-betul, bukan cobaaan. Mengapa
aku berpantang?
Membunuh masa
berharga.
Aku ini jarang keluar ke bandar. Selalu keluar makan
dekat-dekat ja. Jadi bila dah jarang keluar, aku nak lah guna masa itu sebaik
nya kan. Tambahan lagi kalau aku keluar dengan orang yang tak selalu aku jumpa.
Mesti aku nak habiskan masa dengan depa kan? Kalau pergi tengok wayang, mesti
1-2 jam akan habis macam itu sahaja. La dalam wayang tak boleh buat bising
sangat, mengganggu orang lain. Kan dah hilang keseronokan di situ. Tak selalu jumpa, bila jumpa, membisu untuk
1-2 jam. Membazir loh!
Membazir duit.
Tak semua tayangan akan buat kita puas hati. Kadang-kadang
ada orang akan buat review, bagi 3 bintang lah 7 bintang lah. Takde maknanya.
Kalau cerita itu tak best,sampai bila pun tak best. Punyalah tinggi harapan
kita kan, nak keluar dari bilik tayangan dengan perasaan puas hati. Tapi
malangnya, itu tak terjadi. Hampa. Ada sesetengah cerita sahaja yang kita akan
puas hati, tapi susah nak jumpa situasi itu. Aku dah banyak kali terkena cerita
yang memberi harapan menggunung ketika The Making Of... Boo la weh, kata-kata
depa semua palsu. Trailer punya lah
hebat, tapi cerita slow nak mati. Contohnya
cerita adaptasi novel yang mendapat kritikan hebat dari penonton. Aku tak
tengok lagi cerita itu, tapi depa kata tak best. So case close! Haha. Even
tiket berharga RM8 untuk hari rabu dan juga untuk student (consider murah), aku
tetap rasa ianya satu pembaziran semata-mata.
Melayan perasan
sendiri.
Kan masa menonton kena senyap kan. Part gelak itu silalah
gelak. Time gelak je lah kita boleh
berinteraksi dengan orang sebelah, which means kawan kita. Tapi selepas itu
diam semula. Layan perasaan sendiri. So macam itu baik pergi tengok
sorang-sorang. Kadang-kadang kesian pada kawan kita yang lain. Depa nak tengok
cerita itu, tapi disebabkan yang lain nak tengok ceita ini, terpaksa ikut majority.
So bila dalam bilik tayangan dia boring, dia kecik hati, dia merajuk, dia nak
balik. Kan dan membunuh kegembiraan di hari itu. Kesian... Kita kena consider
juga yang lain. Si Timah tak suka tengok cerita hantu, si Leha tak suka tengok
cerita kartun, si Tipah tak suka cerita romantic, kan dah jadi masalah besar
kat situ. Jangan gaduh-gaduh. Takyah tengok wayang. Pergi shopping or
jalan-jalan lagi bagus.
Tak selesa.
Bila tengok cerita dekat wayang, kita nampak kepala orang
depan, orang belakang goyang-goyang kerusi, dalam bilik tayangan gelap sangat,
sakit badan sebab kena static macam itu saja, nampak orang tengah bermesra sakan, bukan nya cerita hantu pun,
cerita kartun ja, itu pun nak peluk-peluk kah? Orang dah kahwin pun tak buat
macam itu lah. Baik aku tunggu cerita itu keluar kat tv, aku tengok kat rumah
ja. Lagi best!
Masa tayangan tak
sesuai.
Sebagai muslim, kita sangat mementingkan solat sebab solat
tiang agama. Kadang itu waktu tayangan nya sangat lah tak best. Ada yang pukul
2pm, pukul 4pm, pukul 7pm. Nak beli waktu lain dah habis lah, takde tayangan
ketika itu lah. Bila beli tiket yang tayangan nya pukul 2pm, dan 7pm, kita akan
jadi tak khusyuk nak solat mengenang
kan tayangan akan bermula. Takut masuk lambat, nanti susah nak cari seat. Kalau
pukul 4pm pula kita kan terkejar-kejar untuk solat selepas itu. Di tambah lagi
dengan surau pack gila time tuh. Fuh. Seksa. Paling senang beli tiket malam.
Tapi mama tak bagi saya balik malam-malam. Tak tahu lah mama korang macam mana
pulak kan.
Setakat itu sajalah bebelan aku. Aku bukan nak mengata atau
apa. Ini adalah alasan-alasan aku sendiri. Dari pengalaman aku sendiri. Ada
alasan lain yang ingin aku luahkan, tetapi korang pandai-pandai lah pikir
sendiri sebab itu alasan utama aku tak pergi tengok wayang dah. Mungkin lepas
kahwin pergi kot. Mungkin juga tak. Tengok kat rumah sudah.
p/s: Bertudung labuh atau biasa bukan alasan untuk kita
dianggap lain atau istimewa, semua wanita bertudung sama. Harus dihormati,
harus menjaga adab.
6 reaksi homosapien:
lain org lain pandangan, betul kan? :)
indeed.. :)
terpulang pada diri masing2..
biase tngok yg kol 8 mlam ke atas..
siang ade kelas..
hehehe
Weehuu ~ Selalu download jak.. Kadang2 jak tengok wayang.. Asal jangan buat wayang jak la.. har3x~ Apapapun.. Idea bernas seyh.. hehe..
timah? terasa ak bla nama ku disebut. hahah~ urm. ak salu tgk plg awl, waktu pertama skali ckit jer org. wakakak
ahaha..bernas gak post ni..
ada betul nya.bosan bila xley buat bising dengan kawan kan?
aku pnah kena marah dalam wayang sbb bising.ahahhaa..
baik g jalan2 je lagi enjoy :p
Catat Ulasan
komen lah dengan ikhlas ya. Aku terima sahaja manis atau tajam.