Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Dah nak penghujung Ramadhan dah.Aku mengaku, sekali lagi aku sia-sia kan bulan yang baik ini. Bilalah nak berubah cik Masturah oi! Ok. Biarkan dia.
Sekarang ni kan, aku tak galak sangat nak ambil gambar. Dah takde feel dah. Macam hari itu, aku keluar dengan member kelas aku buka puasa dekat padang MPK Kuantan tuh. Mestilah ada sesi foto memoto kan. Aku pun senyum ja. Smile!
Then esoknya mereka upload dekat FB, aku pergi la tengok dan aku mendapati tiada satu pun gambar aku, ada pun tak clear. Apa aku rasa? Teka r.....
Aku rasa lega. Serius. Tak semena-mena aku lega. Aku tak kecik hati.
Dah lama aku tak upload gambar dekat FB. Kalau upload pun gambar orang lain. Blog? Blog la tempat aku selalu upload gambar. Tapi aku tak benarkan sesiapa pun copy gambar yang ada watermark mashilala.blogspot.com tuh. Sebab itu kepunyaan aku. Sebab itu lah aku disable right click dekat blog aku ni.
Kenapa aku takut?
Aku takut orang cabul gambar-gambar aku. Paham? Aku takut orang salah guna gambar aku. Aku takut mereka buat benda tak senonoh. Superimpose, tabur fitnah, dan macam-macam lagi. Angpa yang lain tak takut ka?
Ok. Mesti angpa cakap, kita tahu kita siapa, buat apa nak takut. Kalau orang superimpose pun, buat apa nak kisah. Itu bukan kita.
Ang cakap senang lah sebab ang tak merasa. Kawan aku dah pernah kena dah. Dia kena stalk dengan laki ini. Habis semua gambar dia ada dekat laki ini. Laki ini sendiri yang habaq dekat kawan aku dia simpan semua gambar FB kawan aku. Gila punya laki. Angpa tahu tak lelaki ini ada imaginasi yang sangat tinggi? Angpa tak takut kah termasuk dalam mainan imaginasi mereka itu? Kawan aku tu trauma sampai sekarang.
Kes lain pulak, kawan aku kena ugut dengan EX dia, EX dia kata dia nak sebarkan gambar lucah (yang di superimpose kan) kawan aku. Gila tak gila.
Teknologi tersangat lah maju sekarang ini. Kadang-kadang masa depan pun boleh musnah gara-gara perkara yang orang tak ambil kisah ini.
Aku tahu, yang suka siarkan gambar ini semua nak tunjuk mereka comey, mereka cantik, mereka gebu, mereka hot, muka putih suci murni. Angpa jangan tak mengaku. Kalau bukan sebab itu, angpa habaq kat aku kenapa angpa suka upload gambar sendiri?
Bukan aku tak pernah upload gambar sendiri. Dekat Myspace dulu banyak kot aku upload. Tapi bila aku sedar banyak orang gila sekarang ini, aku matikan akaun tersebut. Bila aku sedar orang mungkin boleh bomoh gambar aku, kebanyakan gambar FB aku delete. Gambar tag itu memang tak boleh diselamatkan lah kan. Boleh hide jela.
Aku sedar banyak dah orang gila sekarang ini, angpa?
p/s: esok aku balik. Raya..raya..raya..
02 September 2010
KENA SUPERIMPOSE NANTI BARU TAU.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
6 reaksi homosapien:
uish ada gak yg tergamak wat camtu ek.
tapi mungkin bagos kot.sbb beringat sblom kena pada diri sendiri :)
pergh..lame xsinggah blog nie..sedar2 template da berubah wajah!
hehehhee..ermmm...mashi,aku pon cuak gak kalo orang bomoh2 kan gambar aku nih..huhu
aku takde fb dan aku tak post pun gambor aku kat blog....jadik aku masih misteri....ahahaha
Gorengbaek - Cerita saksi pembunuhan
nad pun da delete byk gamba kat fb! tinggal gamba separuh2 je.. bahaya letak gamba penuh dr atas sampai bawah sebab org gila bleh bomohkan. takot!!
mas..cmne nk wt xnk kasi org copy pic kite kt blog??hmph...
zul: ade jee
nas: hehe..comey tak template baru? bomoh2 ni bahaye weh.... boley bawak ke mati..
along: satu hari nnt ko mesti kantoi punye... haha
n4dh!3r4: betul tuh... take care!!
najwa: ko check bawah header aku tu ade tutorial pilihan..
Catat Ulasan
komen lah dengan ikhlas ya. Aku terima sahaja manis atau tajam.