Cari Entri Dulu

19 September 2010

PENGALAMAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sejarah mengajar kita menjadi lebih dewasa meniti arus angkara. Lupakan kisah yang lalu teguhkan tugu iman mu doaku buat kekasih - Doa buat kekasih (Ramli Sarip & Khatijah Ibrahim)

Kisah hidup yang dulu telah pun ditempuhi, dilalui, dirasai segenap tubuh kecil ini. Girang, sedih, sakit, tawa, tangis, pedih, kecewa, luka bercampur baur membentuk satu acuan di panggil pengalaman. Mudah dilupakan namun sukar dipadam dari kotak memori. Ianya tersimpan rapi, cuma terletak agak jauh dek ditelan masa. Ia akan timbul semula tatkala diperlukan pada masa-masa tertentu. Tetapi, ada masa nya ia akan muncul tanpa dipinta. Tanpa dirayu. Tika itu tubuh menjadi layu kerna masa lalu.

Tika itu jugalah pengalaman mula memainkan peranan. Menjadi api pembakar semangat supaya tubuh yang layu bangkit. Supaya tubuh kecil itu tabah mengharungi kedatangan tetamu yang tak diundang yakni pengalaman yang berperisa pahit. Pahit untuk ditelan apatah lagi untuk disimpan. Terima seadanya kerna itulah sumber kekuatan kelak.

Allah Yang Maha Pemurah menghadiahkan pengalaman yang tidak enak supaya hambaNYA tidak hidup di dalam kealpaan. Tetapi masih ada yang tidak bersyukur. Nauzubillah.

Di setiap kegagalan ada tersimpan hikmah nya. Begitu jua dengan kekecewaan. Namun tubuh yang kecil ini gagal menemui nya. Menjadikan dirinya dalam keadaan yang tidak seimbang. Seakan mahu jatuh kerna termakan amarah sendiri. Tiba satu masa, dia rasa bersyukur atas kurniaan Illahi. Dia bersyukur dia kecewa, dia bersyukur dia gagal. Dia bersyukur kerna Allah masih ingat pada dirinya.

Biarlah lah gagal, asalkan tidak tersalah haluan.
Biarlah lah kecewa, asalkan tidak tersalah pilihan.

Bersyukurlah dengan apa yang terjadi kerna sesungguhnya setiap perkara adalah balasannya. Percayalah.

Kepada si tubuh kecil, masa lalu bukan penentu cuma sebagai notis yang kompleks agar tidak tersesat lagi. Semoga Allah memberkati hidup mu. Amin.


p/s: dah lama aku tak buat entri macam ini.


3 reaksi homosapien:

Tanpa Nama berkata... [Reply]

terus maju...matlamat yang pasti hanya satu...jalan yg dilalui hanya satu...teruskan...teruskan...


^_^

student life

zul berkata... [Reply]

pengalaman adalah cikgu yang terbaik :)

AJ berkata... [Reply]

pengalaman mematangkan kehidupan

P/s : dijemput join My Raya Moments Contest

Catat Ulasan

komen lah dengan ikhlas ya. Aku terima sahaja manis atau tajam.