Cari Entri Dulu

08 September 2010

TAK EXCITED NAK RAYA.

Assalamualaikum nenek! Kami datang nak makan + duit raya, nak duit hijau tua, tak pun merah 5 keping!

Entah apa yang masuk dalam badan aku. Pelik. Aku takde feel nak raya. Adakah aku tak sempat nak raya? Wallahualam.

Tahun ini aku tak excited macam tahun-tahun lepas. Aku tak excited nak beli baju raya. Aku macam nak pakai je apa yang ada. Tak yah beli baru. Sebab ada je baju kurung yang tak pakai lagi. Kasut yang aku beli tu pun sebab aku suka memang suka beli kasut, beli beg. Jangan cerita lah, En. Tunang dah masak dengan sikap aku.

Aku tak tahu lah kalau-kalau ada yang menggangu fikiran aku sampai mood raya aku hilang kan. Mungkin juga sebab raya tahun ini kami tak beraya di Lenggeng as usual. Kampung is under construction. Mungkin lah.

Mungkin sebab mama tak buat dah kuih raya macam dulu. Kek coklat, kek lapis, kuih bahulu. Sebab mama dah menjadi wanita berkerjaya semula. So mama busy ok.

Mungkin sebab rumah kelihatan macam biasa, macam tak raya. Tak kemas lagi, tak ganti apa lagi. Ya lah, esok papa mama cuti, esok jugak nak balik Dengkil. So bila nak kemas? Jangan harap aku nak mengemas kalau papa mama tengah kerja. Sebab aku lagi suka kemas rumah time depa ada. Barulah masyuk kan.

Mungkin sebab aku wanita aku kaum hawa yang takkan puasa penuh. Mungkin juga ya.

Mungkin sebab macam-macam telah terjadi di sekeliling aku. Macam-macam lah.

Mungkin juga sebab aku dah dewasa. Ngek, takde kaitan.

Mungkin sebab aku tengah lapar tunggu berbuka sebab itu aku jadi weng2 sedikit.

Apa-apa pun, kalau lah ini Ramadhan terakhir ku, aku lah golongan yang rugi. Sangat rugi.

Ok lah. Nak jadi cool balik.

Kepada semua umat Islam di bumi Allah ini, aku mengucapkan


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN. 

Yang buat salah dengan Allah, bertaubat lah. Yang buat salah dengan manusia, bermaafan lah.


p/s: saja nak kongsi. Klik link ini. Baca apa yang Ustaz Zaharuddin cakap pasal Dosa-dosa dan Facebook.

5 reaksi homosapien:

mira_nas berkata... [Reply]

ko ni.. jangan xde feel ok..
aku ni memang ketiadaan feeling.. sedih kot2 ni ramadahan akhir untukku..

Along Tapa berkata... [Reply]

haha...ko dah dapat sindrom orang tua....aku dah dapat sindrom tu masa umor aku masuk 20 dulu...skang dah biasa dah....

Gorengbaek - Benda yang amat berat

Masturah Idrus berkata... [Reply]

amira: camne la aku nak ade feel kalo puase tak penuh.. haha

ken: selamat hari raya!

along: means ko pun penah la dapat sindrom tu yek????? haha

Tieah Madian berkata... [Reply]

Alaaaa..
Nape plak x excited nak raye ni?
Huhu..

baincardin berkata... [Reply]

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri!!!~ :) Maaf zahir dan batin ye..:)

Catat Ulasan

komen lah dengan ikhlas ya. Aku terima sahaja manis atau tajam.