Cari Entri Dulu

14 September 2010

CERITA RAYA 2010

Assalamualaikum! Selamat hari raya korang semua!

Sakan aku beraya sampai laptop tak on 3 hari berturut-turut. Raya tahun ini memang macam best sedikit sebab banyak berjalan ke rumah orang, duit raya masih 3 angka, banyak konvoi, jumpa saudara yang lama terpisah dan macam-macam lagi lah. Adik sepupu aku tuh dah ada lesen kereta dah, baru form 5, jealous loh. Tapi, dah lama tak jumpa dengan nenek Maimun. Bila lah kita boleh jumpa lagi nek?

Tahun ini aku beraya di Dengkil, rumah pakcik sebab rumah kampung di Lenggeng is under construction. Insyallah, Raya haji ini kami merasa lah beraya di rumah kampung versi baru. Tapi aku tak balik kot sebab time tu tengah final exam. Adeyh.

30 RAMADHAN 1431H
Kami tiba di Dengkil pada hari terakhir bulan Ramadhan. Berbuka bersama dengan pakcik, makcik, sepupu kecik dan nenek. Aku tak tahu la apa yang buat aku rasa penat sangat sampai aku tertidur dari pukul 8pm - 11pm. Memang berniat nak sambung lagi tuh, tapi disebabkan rasa panas, lepas bersiram terus segar tak boleh tidur sampai lah pukul 4am.

1 SYAWAL 1431H
Pagi raya memang pagi yang kecoh sebab mak-mak nak masak-masak, bapak-bapak dan abang-abang nak mandi cepat nak pergi sembahyang raya, kakak-kakak nak bersiap-siap dan tolong mak-mak. Memang kecoh.
Raya kali ini auntie Seri memang masak banyak juadah raya. Terbaik lah auntie. La dia tengah sarat mengandung, insyallah bulan 11 ini aku dapat sepupu baru. Yeay! Auntie masak kuah kacang (sedap!), masak lodeh ( aku tak cuba la pulak) , rendang (terbaek!), dan sambal udang (feveret aku!). Mama pula masak spegeti malay style, laku babe! Spegeti banyak lagi, tapi kuah nya dah kering. Spegeti mama memang best!
Disebabkan kawasan perumahan ini tak ramai Melayu, so macam weird sedikit lah kan. Mana tak nya, tetiba banyak pulak kereta dekat depan rumah pakcik aku tuh.
Dalam pukul 3, kami semua berkonvoi ke rumah pakcik di Banting. Dekat rumah ini lah ada yang melelapkan mata sekejap. Bukan atas katil tau, atas sofa. Lena habis! Pukul 6pm macam tuh, aku bergerak pulang ke Dengkil, yang lain balik rumah depa la kan.
Pukul 8pm, aku dan family bergerak ke Bangi pulak untuk ke rumah adik mama. Semua adik-adik mama berkumpul di situ. Rumah yang ini lagi kecoh sebab banyak budak kecik dan remaja yang sedang membesar. Seronok tengok gelak tawa adik beradik mama, yang si suami lepak dengan si suami-suami la kan. Lama betul tak jumpa depa semua memandang kan ketika aku di Pahang aku jarang pulang ke KL. So I missed a lot of gathering. So sad. Pukul 12am kami pulang ke Dengkil semula.
 -tamat cerita Hari Raya Pertama-

banyak kan.....kat dalam rumah ada lagi, jangan maen2.. hehe


2 SYAWAL 1431H
Pada hari ini, kami berkonvoi ke rumah Pak Long pula yang terletak di Kajang. Agak lama lepak di situ. Dari pukul 12pm sampai 6pm. Aku agak mengantok lah pada raya kedua ini. Asyik menguap saja. Makan pun sedikit. So sumpah raya tahun ini berat badan aku tak naik malahan turun. Nanti aku timbang, aku bagitau. Hehe. Sampai kat Dengkil dalam pukul 7pm. Kami berkemas untuk pulang ke KL. Ada konflik sedikit ketika yang buat aku moody. Kesian En. Tunang. Dia yang terkena tempias nye.
-tamat cerita Hari Raya kedua-

posing di dapur rumah Pak Long


3 SYAWAL 1431H
Kami ke Lenggeng untuk menziarah saudara mara di sana sambil melawat tapak pembinaan rumah kampung yang baru. Agak besar lah. Fully batu-bata. Dulu ada lah papan-papan sedikit. FYI, rumah kampung yang baru dan lama bersebelahan saja. Tak boleh blah kan. Tak sabar nak tengok yang dah siap punya. Mesti awesome lah! Selepas beraya di sana, kami berkonvoi lagi ke Bangsar, rumah auntie. Bangsar adalah destinasi akhir konvoi. Sebab lepas itu semua pulang ke rumah kalau tak silap lah.
-tamat cerita Hari Raya ketiga-

rumah kampung hampir siap!


FAKTA HARI RAYA 2010
-baju raya aku warna pink. Kalau boleh every year aku nak colour pink. Aku gila pink. haha
-masih menerima duit raya. yeay!
-pertemuan dengan kawan lama.
-tetiba simpan azam untuk memandu kereta sendiri untuk balik kampung pada raya 2011. Insyallah.
-banyak orang tanya aku pasal pelajaran aku di universiti. terharu weh.
-dua orang auntie cakap benda sama, "eh, bukan dulu kata nak belajar benda lain ke?" bila aku cakap aku ambil jurusan kejuruteraan elektrik. Kenapa, tak percaya ya? hehe
-tetiba jadi model sebab aku asyik posing, dan adik aku snap gambar. sengal.


p/s: jom puasa 6! sambil ganti puasa. hehe


Enhanced by Zemanta

6 reaksi homosapien:

sweetsal berkata... [Reply]

sedapnye makan spageti di hari raya..

ftrhd berkata... [Reply]

erkk baju raya pink? tak bosan ke?? hehe

selamat hari raya..raya sebulan kan..lantak ar nak wish lambat pun :p

Anna Boleyn berkata... [Reply]

waa.. memang sakan betul beraya ekk. hana tak de lah beraya sangat tapi smpai tak update belog seminggu gak lah. hehe. malas kot. mood raya. :p

p/s : jom datang blog anna boleyn tengok header and layout baru. Okay tak??? ke..lambat loading? :)

ftrhd berkata... [Reply]

@Anna Boleyn
ajak cik masturah je ke?? ermmm ;(

Masturah Idrus berkata... [Reply]

sweetsal- mmg sedap.... hee

fitri-neva.. haha

anna-awk pun mesti beraye sakan jugak kan.... hehe

Hasrol Nizam berkata... [Reply]

kita ada azam yg sama..nak bawak kereta sendiri jugak time balik raya 2011..!!!

:D

Pendapat anda?
blog Serol-Nizam

Catat Ulasan

komen lah dengan ikhlas ya. Aku terima sahaja manis atau tajam.